Sukanya BBQ geng Pelaristyloyo!

Sukanya BBQ geng Pelaristyloyo!

Tibe2 salah sorang ahli baru PSY ajak datang rumah untuk sesi BBQ.. ye.. geng pelaristyloyo bukan sekadar berlari je! Banyak jugak gathering makan-makan diselit! Sebab dah lari jauh, kenalah makan plak banyak-banyak, baru best hehe.

Si Asrul ni plak, sebab dia tau ni geng pelaristyloyo ni kebanyakkannya saiko bab makan dan gemuk, dia terus buat catuan untuk semua, makan 2 ketul je seorang! Tak boleh lebih-lebih! Haha.. kejam gila ok?! Dah penat burn kalori, nak makan pun kena catu! Memang tak berapa best 😀

Masterchef pelari

Masterchef pelari

Tapi yang bagusnya dengan catuan, terkawal la sikit berat badan, dan rasa kurang bersalah sehari selepasnya haha. Korang mesti tertanya-tanya lagi, apa agaknya geng-geng pelari bincangkan bila gather sama-sama kan? Mesti boring asek cakap pasal larian.. memang sah pun! Itu memang salah satu topik wajib. Kau tanya training plan dia, dia tanye training plan kau. Tapiii… bukan itu saja topik yang dibincang ok? Kitaorang ada life jugak, kamon.

Tapi memang tak boleh nak lari la dari topik pasal Marathon, dan yang paling saiko, semalam ada orang mula ajar cara kira kalori makanan! Adoi..

Tapi apa-apa pun, semalam memang best! Sebab winter-winter ni, memang selalunya penuh dengan aktiviti BBQ. Tapi sejak ada geng pelari, dah kurang rasa bersalah nak makan, sebab selang dengan larian hehehe.

Nanti korang pun akan naik boring tengok cerita makan-makan dan aktiviti luar larian kitaorang, haha.. nasibla.. duduk dekat Qatar memang macam ni pun.. takde aktiviti sangat, jadi bersukan atau makan-makan atau jalan-jalan jela jadi pilihan.

Geng Pelarisaikoyo wanita

Geng Pelarisaikoyo wanita

Till we meet again! Goodnite!

yEEN

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge