Sukanya training minggu pertama Madrid Marathon 42.195km

Sukanya training minggu pertama Madrid Marathon 42.195km

Ok, sebagai permulaan, minggu pertama agak rileks, isnin lepas buat interval training 10 round 20 saat larian pecut, apalah sangat hahaha (eksyen!). Tapi mak datuk, punyalah sejuk malam tu, ada dalam 15 Celcius kot.  Kitaorang yang mengigil-gigil tu, sampai-sampai je, coach terus brief bagitau macam mana training untuk hari tu. Mula-mula sebelum start interval run, dia suruh warm up, panaskan badan dengan berlari keliling field track Al-Saad Stadium. Oh ya, untuk makluman, boleh je kalau nak training berlari dekat track Al-Saad Stadium, memang open, tapi lepas jam 8 malam lampu dah tutup, so lari jela dalam gelap, dengan bantuan samar-samar lampu jalan haha. Dan disebabkan kesejukan terlampau, memang sangat susah nak keluarkan peluh! Dah lari untuk warm up pun, masih tak panas-panas aku rasa hehe.

Interval run

Interval run

Round punya round, tiba-tiba dah settle interval run. Adeh.. tak sempat nak feel pun.. hehe. So coach suruh tambah larian easy pace untuk 2-3 km lagi. Yang lelaki, dengan training plan lain, untuk RAK Half Marathon bulan February nanti. Ya, training plan ni memang lain-lain mengikut target masing-masing. Target apa? Meh nak cite sikit,

Kepentingan training plan larian mengikut target

Kepentingan ialah, untuk melatih diri bersedia dan cukup kuat secara berperingkat untuk lari berterusan di pace yang bagus bagi mencapai target peribadi. Apa target peribadi? Jangan sekali-kali bandingkan dengan target orang lain. Kita perlu be realistik. Penah dengar kaedah SMART tak? Dalam arena berlari pun, kita boleh apply menatang SMART ni, bukan hanya semata-mata untuk kerja :). S-Specific bermaksud, biarlah target yang kita impikan di klasifikasikan dengan terang dan terperinci. Contoh, kalau nak lari laju, berapa kelajuan? haa.. ada paham?

M– Measurable pula bermaksud, target itu mesti boleh diukur, sesuatu yang boleh kita ukur untuk bandingkan setakat mana kita sudah makin hampir dengan target. Contoh tadi, Nak lari laju 50 minit untuk 10km. So, kiraan untuk capai, 1 km mesti lari dalam masa 5 minit je. Katalah kita punya target nak capai masa penghujung April, jadi masa pertengahan Februari sekurang-kurangnya, mesti ada peningkatan prestasi, dan kelajuan memang sesuatu yang boleh di ukur.

SMART target

A– Attainable atau Achievable bermakna target itu sesuatu yang memang boleh dicapai.

R– Relevant/Realistik bermaksud, ianya masuk akal, logik. Janganla kau target, semalam baru join lari, minggu depan aku nak masuk Full Marathon, habis dalam 4 jam. Sangat tidak logik dan mustahil! Baca pengalaman orang terdahulu untuk dapatkan gambaran.

T– Timed ada target untuk capai by bila .

Disebabkan faktor-faktor inilah, kami-kami register untuk masuk acara larian untuk memastikan target peribadi boleh diukur dan dicapai dengan lebih ‘SMART’ :) Dan untuk menambahkan keterujaan, masing-masing akan mencari larian di tempat-tempat yang best, untuk sambil berlari, sambil makan angin.. bijak kan?

Training plan pula akan disarankan mengikut target masing-masing. Kalau nak buat Marathon Madrid, pada 26 April 2015, training perlu dimulakan seawal 3 bulan sebelum, dan mengikut target, kalau nak habiskan larian di bawah 5 jam, jadi kenala ikut yang di design untuk 5 jam finisher (Macam yang kitaorang tengah ikut sekarang).

Latihan larian minggu pertama sesi dua

Baru tadi habis larian sesi 2 pula, 50 minit easy run, dapatla buat dalam 5 km lebih. Habis saja berlari, terus semua ke MRA untuk menjamu selera ala-ala mamak, roti canai, roti naan cheese, ayam masala, kari kambing dan ayam tandoori! Wah! Sememangnya terasa seperti di Malaysia, yang membezakan just kalau dekat Malaysia, takde kot nak lari sampai lewat malam macam ni, lepak je lebih.. hahaha.

Latihan larian Marathon minggu pertama

Latihan larian Marathon minggu pertama

Habis usaha berlari tadi, bakar-bakar kalori untuk makan balik berkali-kali ganda! haha.. it’s ok, we RUN so we can indulge ;P. Indulgence kadang penting, untuk make sure kita reward diri sendiri setelah berhempas pulas berusaha. Barulah ada rasa nak meneruskan. Dan, seperti yang saya katakan sebelum ini, lagi satu yang penting dalam latihan larian ini, ialah rakan-rakan sesama gila hahaha. Running buddies ni penting, kerana untuk kekalkan momentum, motivasi diri, agar tidak kecundang separuh jalan. Lebih bagus kalau boleh jumpa kawan-kawan yang lebih baik dari segi kekuatan mental untuk capai target masing-masing. Jadi, jangan lupa follow fbpage kami atau IG sukarun_ atau twitter, so, bilamana rasa nak malas-malas.. bila tengok orang lain semangat, kita pun turut berjangkit sama 😉

Things got a lot easier when we speak the same language.. Kan?

Okla, setakat sini dulu coretan tentang latihan minggu ini, insyaaAllah akan sambung selepas larian sesi 3. Nak tido dulu.. nite nite people!

 

YeeN

-Love, Live, RUN!-

Comments

  1. kagum dengan orang-orang yg hebat bersukan. mak jemah sejak ada anak ni sukan kat rumah je pagi petang siang malam hehehe
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…The Foodies Cafe Putra HeightsMy Profile

  2. stamina masih mantap untuk larian, tahniah :)
    Ikhwan Fahmi recently posted…Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge