5 tempat pilihan sukaRUN sambil travel keliling DUNIA!

5 tempat pilihan sukaRUN sambil travel keliling DUNIA!

Semua orang bermula dengan kosong. Ramai sangat yang berkata-kata ‘Best ek korang lari merata-rata tempat, aku 1 km pun tak boleh nak lari’. Dalam hati, mungkin dia ada pasang cita-cita nak cuba berlari juga, cuma belum masa untuk memberanikan diri mencuba.

Kenapa agaknya geng community PelariStyloYo gila berlari sekeliling dunia? Yang pasti, ia merupakan salah satu cara untuk motivasikan atau kata lain, mensaiko pale otak sendiri untuk cakap ‘Aku kena jugak training, sebab aku dah sign up untuk lari half marathon di Berlin (contohnya)’. Kalau nak cancel, rugi, sebab dah bayar mahal-mahal jadi nak tak nak, kami kami dah memaksa diri untuk komit dan teruskan perjalanan sampai ke garisan penamat!

PSYMadridgirls-berlari-sekitar-retiro-park

Kenapa pula sign up Half Marathon? Sebabnya, ia sangat sesuai untuk pelari baru, tak terlalu jauh untuk dihabiskan, dan tak terlalu dekat untuk satu-satu trip oversea. Kalau setakat nak lari 5 atau 10km, baik ko lari dekat KL je kan? Buat rugi duit kau jer! šŸ˜› Sekurang-kurangnya larian 21km barulah dianggapĀ pencapaian atletik yang patut dibanggakan.Ā Latihan pun lebih pendek dan mudah dirancang berbanding marathon dan ultras, dengan tempoh pemulihan yang lebih pendek.

sukaRUN ada mengumpulkan top 5 tempat menarik untuk pelari Half Marathon beginner. Tapi, korangĀ boleh je gunakan impian korangĀ nak lari dekat mana-mana pun.Ā Tapi perlu diingat, bukan destinasi sebagai satu kemestian, ia hanya satu pemangkin semangat yang sangat berkesan. Yang penting ialah cabaran untuk diri sendiri. Cuba ingatkan kembali kenapa anda cabar diri untuk berlari sejauh itu?

sukaRUN sendiri sememangnya menggunakan destinasi larian sebagaiĀ motivasi untukĀ mengekalkan momentum untuk berusaha. Lagi satu, bila berlari di tempat orang, bolehĀ melarikan kerisauan dengan memberikan focus pada tempat baru. Sebab itu sukaRUN menyarankan 5 tempat menarik berikut untuk pelari beginner Half Marathon. Tetapi perlu diingat, tempat bukanlah segala-galanya. Itā€™s the fight against yourself! Dimana saja boleh! Malah berlari di sekeliling rumah selama 21km pun boleh! :)

Kalau berminat, boleh baca lanjut dari ebook Half Marathon training plan. Download percuma!

Pilihan pertama sukaRUN: Half Marathon di Chiang Mai Thailand

Menerusi pengalaman manis di Chiang Mai, route larian boleh dikatakan rata dan mudah untuk diikuti. Sangat sesuai untuk rakyat Malaysia kerana lokasi yang dekat tetapi cuacanya lebih sejuk. Apabila sejuk, sangat selesa untuk berlari lebih laju dari kebiasaan, korang memang boleh dapat rekod larian terbaik dekat sini! Boleh baca kisah larian Half Marathon Chiang Mai kami disini. Biasanya Chiang Mai Marathon ni bulan December. Kalau ikut pengalaman, kiteorang duduk diĀ Top North hotel, dekat sangat dengan starting/end point, so jalan je kaki.

latihan half marathon

Pilihan kedua sukaRUN:Ā Half Marathon di Ras Al Khaimah (RAK)

Antara course half marathon terpantas di dunia kerana bentuk muka bumi yang sangat rata dan mudah untuk dihabiskan. RAK sudah menjadi tempat ā€˜favouriteā€™ geng PelariStyloYo yang mahu mencapai Personal Best. Lariannya selalunya dilakukan pada bulan February dimana cuaca sudah mula panas tapi tidaklah terlampau lagi (transaksi winter ke summer). Ikuti pengalaman trip bobois ke RAK HM yang tinggal di hotel Double Tree by Hilton.

Pilihan ketiga sukaRUN:Ā Half Marathon di Vienna

Larian ā€˜We Are Europeā€™, melalui pemandangan moden dan bersejarah kota Vienna. Pelari akan melalui jambatan ReichsbrĆ¼cke untuk menyeberangi sungai Danube. Menerusi pengalaman rakan sukaRUN dari community group PelariStyloYo; Addry dan Nik -Tokey 2XU Qatar (yang pergi dengan keluarga masing-masing), course larian dikatakan agak mudah dan rata, jadi agak bagus untuk beginner atau untuk siapa-siapa yang nak capai Personal Best (PB) terbaik.

Vienna merupakan antara destinasi perlancongan yang terkenal dan sangat cantik. So, alang-alang kalau ada berangan nak pergi Vienna, bolehla cuba ambil HM die. Dari sharing diaorang, hotel Park Inn by Radisson Uno City Vienna dikatakan paling dekat dengan starting point dan sangat memudahkan. Hotel Suite Novotel Wien City (sesuai untuk family sebab bilik besar) pun ok, betul-betul depan stesyen keretapi, 2 stop je dari starting point. Tapi kalau nak adventure rasa rumah macam local, boleh try apartment. Book menggunakan AirBnB memang terbaik.

Addry-Viena_Half_marathon_2015

Pilihan keempat sukaRUN:Ā Half Marathon di Berlin

Menerusi pengalaman rakan pelari sukaRUN dari community group PleariStyloyo, course larian juga dikatakan agak mudah dan rata untuk mencapai pencapaian larian terbaik. Larian bermula dan berakhir di monumen Karl-Marx-Allee. Pelari bakal menerusi pemandangan indah dari barat ke timur seperti bangunan Unter den Linden boulevard, Gate Brandenburg. Tapi satu je yang diaorag tak berapa gemar ialah medal yang sangat kecil.

Tapi pada pengalaman mereka, Berlin punya expo sangat best, macam-macam barang dari macam-macam brand! Untuk maklumat lanjut, boleh cuba tengok link sini: Berlin Half Marathon

Pilihan kelima sukaRUN: Half Marathon di Kuching, Sarawak

Cuaca di Malaysia agak panas, tetapi kebiasaannya, larian yang lebih jauh akan dimulakan lebih awal, maka tidak menjadi masalah. Untuk yang muslim, mungkin agak kelam kabut untuk solat, tapi jangan risau, masih sempat solat kemudian bergegas ke start point. Sebabnya, tak perlu pun nak tunggu awal-awal. Atau pun, boleh je dah lari, lepas tu berhenti untuk solat ditepi.. yakin je insyaaAllah bersih ā˜ŗ.
Macam pengalaman kami, kami tinggal di hotel Hilton Kuching, yang betul-betul berdepan dengan sungai Sarawak. Sangat cantik! Dan boleh Nampak pelari-pelari marathon pun dari atas bilik. Dari hotel hanya perlu berjalan beberapa minit je garisan permulaan di padang Merdeka, kemudian, menembusi kawasan perkampungan baru, di mana ramai makcik-makcik tunggu di tepi jalan memberikan semangat kepada pelari! Baca kisah kami di Kuching Marathon di sini.

kuchingmarathon

 

Kuching-Half-Marathon-2014

Lagi cerita lanjut tentang pengalaman larian sukaRUN dan rakan-rakan akan dikongsikan dari masa ke semasa.

sementara tu.. jom enjoy video sukaRUN: Motivasi berlari.. salah satu testimoni seorang rakan yang tidak pernah berlari, dan sekarang sudah mendaftar untuk larian Half Marathon pertamanya di Disneyland Paris nanti!

sukaRUN-inspirasi-berlari from sukarun on Vimeo.

 

-yEEN-

sukaRUN!

dari keliling rumah, ke keliling DUNIA!

Comments

  1. berlari sambil menikmati keindahan alam, travel dalam keriangan :)
    Dr Fattah recently posted…Sistem Untung Pasif Untuk Bisnes AndaMy Profile

  2. seronok baca..dok berlari je eh..
    farisya recently posted…#27: Pengedar Shaklee Area Kampung Melayu Subang, Selangor.My Profile

  3. memang salute dengan mereka yang tegar suka sertai acara larian gini. mj suka tengok tapi bak kata ayat di atas tadidok fikir-fikir tak terbuat-buat hehehe
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Salam Ramadhan Hari Kedua Dari MJMy Profile

    • Mak Jemah kenalah buat benda lain.. jangan jual Vitamin jek.. supplement penting, tapi fizikal pun kena gak bekerja hehe

  4. First time singgah sini. Rasa teruja tengok gambar-gambar kat sini. Blog yang santai dan memberi manfaat. insyaallah akan melawat selalu blog ni.
    Nurul recently posted…Kurangkan mengantuk ketika memanduMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge