sukaNYA tips menjadi Fit dan Stylo muslim!

sukaNYA tips menjadi Fit dan Stylo muslim!

Apa itu F.I.T?

Bagi saya, F.I.T itu ialah keadaan Fizikal & Interlek (Minda) terbaik! Jadi, untuk menjadi muslim fit, selain dari menjaga fitness badan, kita turut menekankan fitness minda. Macam mana pulak nak capai fitness minda? Salah satu cara ialah dengan ‘menyaiko’ minda separa sedar kita!

Apa maksud minda separa sedar?

Bagaimana seseorang berjaya mencapai apa saja dengan hanya menggunakan kuasa minda sendiri. Sejauh mana kebenarannya? Atau adakah ianya kisah dongeng semata-mata? Sebenarnya minda separuh  sedar kita sentiasa bekerja untuk kita tanpa kita sedari. Inilah yang dikatakn sebagai kuasa minda. Bila kita betul-betul fokus dan membayangkan benda-benda positif, positiflah yang akan terjadi.

Power of the minds

Tips bagaimana kita boleh mempengaruhi minda separa sedar kita, supaya kita lebih F.I.T:

1) Tuliskan, tampal dan baca perkara-perkara positif untuk diri setiap hari.

Tempat terbaik ialah di tepi cermin, jadi apabila kita baca, kita sedang melihat diri sendiri dan dalam masa sama memprogram minda kita!

Contoh perkara-perkara positif:

✔I am in perfect health
✔I eat healthy and nutritious food
✔I am at my ideal weight
✔I have abundant energy
✔I am fit and in great shape
✔I live long and strong
✔I love my life

2) Kuatkan penyucian kolam jiwa kita. Antara amalan harian yang bagus ialah:

✔Solat di awal waktu
✔Berzikir Ya Wahab 100x, Ya Razak 100x, Istighfar 100x
✔Solat sunat Dhuha
✔Solat sunat Tahajud
✔Sebelum tidur, bacakan surah Al-Mulk

3) Kawal persekitaran kita, elakkan dari unsur-unsur negatif yang dapat mempengaruhi semangat kita:

✔Elakkan merokok dan perokok
✔Berkawan dengan orang yang sama wavelenght minda dengan kita
✔Mandi garam
✔Elakkan melihat berita-berita negatif
✔Un-friend kawan-kawan maya yang selalu menulis perkara negatif!

smart-target

4) Tulis target kita dengan jelas! Pastikan ianya berkonsepkan S.M.A.R.T

✔S – Specific: Target apa yang kita nak perlulah

✔M – Measurable: Boleh diukur

✔A – Attainable: Target yang sebenarnya mampu di capai. Bukan sesuatu yang tak masuk akal.

✔R – Relevant: Target itu perlu sejajar dengan objektif kita

✔T – Time: Pastikan kita set masa.

Contoh target yang SMART:

“Saya mahu hilangkan 10 kilogram berat badan saya dalam masa 6 bulan bermula dari 1 January 2015.”

Target di atas SMART kerana ia bukan sesuatu yang mustahil, ia boleh diukur dari seminggu ke seminggu, dan masa yang ditetapkan sangat boleh dicapai dengan displin yang betul. Tampal target kita dan baca hari-hari. Kita akan terkejut melihat diri kita, bukan saja minda terasa lebih ‘fit’ malah secara tidak sedar akhirnya kita berusaha untuk mencapai target tersebut!

FIT dan Stylo muslimah

Antara peserta seminar FIT dan Stylo muslimah

 

Berminat nak tahu lanjut? Teruskan mengikuti blog sukaRUN! Ini adalah antara apa yang saya kongsikan dari program #FitAndStylo muslim!

sukaRUN in Ramadan!

Trackbacks

  1. […] semalam aku share pasal macam mana nak dapatkan Minda yang F.I.T. Hari ni aku nak kongsikan beberapa tips, macam mana nak jadi muslimah stylo […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge