Sukanya bagaimana aku Berjaya pulih dari kecederaan berlari dalam masa 2 minggu

Sukanya bagaimana aku Berjaya pulih dari kecederaan berlari dalam masa 2 minggu

Sebenarnya selepas larian minggu ke sembilan, yang sejauh 27 kilometer, aku mula rasa sakit di bahagian tulang keting (shin). Tapi aku macam ignore je sebab bila jalan hari-hari biasa, tak pulak rasa sakit. Mungkin biasa la kot rasa sakit sikit-sikit lepas lari jauh dari kebiasaan, aku pikir. Tambah pulak aku push untuk lari laju sikit hari tu, mungkin sebab tu sakit tu datang sekejap.

Lepas 2-3 hari ada sesi test run 5 km. Kali ni agak meriah sebab ramai geng PelariStyloyo dapat join sama-sama untuk race. Baru ada perasaan macam dekat event, so barula akan lari lebih laju sikit macam dekat race betol bak kate coach Pie. So 17 Mac berkumpul la kami-kami di Al-Saad track untuk test run.

 

test run 5km di Al-Saad stadium

test run 5km di Al-Saad stadium

Masa lari, coach Pie tak habis-habis bagi kata semangat suruh push lagi, boleh laju lagi tu.. setiap kali dia berjaya potong aku untuk beberapa lap sekali. Tension jugak aku hahaha, dah la kaki ni rasa sakit, lepas tu makin menjadik pulak tiba-tiba. Tapi aku tetap lari je, taknak pikir sakit.

Selepas larian, memang aku tak sangka la.. aku ingatkan aku slow je, sebab kaki memang sangat sakit masa tu, tapi aku push jugak untuk pegi, bila habis 5km, aku tengok jam, aik, baru 27 minit? Biar betol. Aku teruskan larian sebab macam tak percaya yang aku dah abes 5km, haha. Last-last aku berhenti juga lepas satu lap lagi, check jam, macam tak puas hati.

hasil test run 5km selepas latihan 9 minggu

Wow. Ini agaknya hasil latihan yang berdisplin ek. Sebab selama ni aku tak pernah sedisplin ini. Sebelum-sebelum ni, aku memang berlari main-main. Berlatih pun ikut bila rasa free, interval tak pernah nak buat. Ni first time aku follow betul-betul training plan coach Sarah, dan inilah hasilnya.. macam tak percaya. Siap lepas tu coach Pie belanja carrot cake sebab consider I’m a winner walaupun Hani wife die yang paling laju pun haha.

Tapi, malangnya kaki aku yang kesakitan itu macam semakin sakit lagi. Aku mintak tolong Nanie urutkan. Ikut cakap dia, urat dekat bahagian pergelangan kaki aku bengkak teruk. Oh sudah.. macam mana ni? Lagi sebulan lebih nak Madrid Marathon.. oh kaki, janganlah buat hal.

Mengikuti nasihat coach Sara, aku berehat selama 5 hari. Tapi selepas 5 hari pun aku masih rasa kaki aku tak berapa sedap. Aku nak cuba lari sambung latihan, tapi kaki aku masih rasa sakit, jadi aku buat keputusan untuk sambung berehat.

shinsplint runners

shinsplint

Selama berehat apa yang Sarah cadangkan untuk kekalkan momentum ialah dengan buat core training, yang terbaik adalah berenang. Kemudian, untuk LSD, dia cadangkan diganti dengan sesi berbasikal. Tapi aku takde basikal, jadi aku skip terus. Kemudian dia cadangkan agar aku buat senaman menggunakan roller dan senaman untuk ankle.

Tapi, kalau korang nak tau, masa aku berehat tu, aku tak buat sangat cadangan-cadangan coach Sarah, tapi bukanlah sebab degil, tetapi aku dah hilang mood, macam rasa nak putus asa dengan Madrid Marathon, habislah pengorbanan aku selama ini aku pikir. Tapi berenang ada aku cuba sekali dua, memang membantu.

Satu tips je yang aku memang konsisten buat ialah fokus ambil supplement AHJT & Ostematrix semata-mata. Kadang-kadang aku selit juga kolagen, bukan apa, aku fikir supplement ni boleh bantu untuk kuatkan balik tulang dan sendi (ankle) aku dan menghilangkan rasa sakit.

Lepas tu aku memang berehat betul-betul dari larian. Sebab bila aku baca-baca tips untuk pulih dari kecederaan larian pun memang mencadangkan berehat sebagai jalan terbaik. Lepas beberapa hari, kaki aku rasa semakin pulih, macam dah takde sakit, jadi aku kembali berlari, 25 Mac, aku cuba larian 5km, nampak macam dah ok, Alhamdulillah.

Bersambung di: Bagaimana aku pulih dari kecederaan sebab berlari part II..

-Yeen-

sukaRUN for a reason!

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge