Sukanya tips pengurusan kewangan untuk Pencen Muda, Pencen Kaya!

Sukanya tips pengurusan kewangan untuk Pencen Muda, Pencen Kaya!

Bayangkan, kita yang masih muda, setiap hari duduk di coffee shop minum kopi sambil surf internet, tidak perlu rushing nak pergi mana-mana. Suka-suka boleh pergi bercuti ke mana saja yang kita nak. Tak perlu pening nak carik duit, duit yang tak abes-abes datang bergolek-golek. Beli apa saja yang dihajati, masa banyak dengan keluarga, kawan-kawan dan sanak saudara. Malah, boleh join lebih banyak kerja-kerja amal yang memerlukan bantuan. Siapa taknak kan?

Senario seumpama ini, kita panggil orang yang dah Retire Young, Retire Rich atau dalam bahasa melayunya, Pencen Muda, Pencen Kaya! Best!

pencen awal pencen kaya

Sejauh mana keberkesanan tips pengurusan wang yang boleh bantu kita untuk capai Pencen Muda, Pencen Kaya?

Korang semua pernah tak alami simptom poket bocor? Bape banyak duit kita dapat, dan dan tu la banyak tu jugak duit akan ‘kene’ pakai? Baru dapat bonus 1500, elok-elok kete rosak pulak, nak repair, kos 1500. Aik?! Nape ni? Adakah kerana kurang keberkatan semata-mata? ATau kita yang tak pandai urus?!

Pastu, ada tak selama kita bekerja ada terdetik rasa keluhan tidak tahan bekerja teruk untuk hasil yang sedikit. Keluar seawal 5 pagi, pulang selewat 10 malam, tak jumpa anak bini, masa banyak dihabiskan di traffic jam! Kemudian, kerja pulak asik stress, langsung tidak dihargai.

Kadang-kadang ada yang berselisihan pendapat dengan rakan sekerja. Biasa sangat jadi mangsa ketidak-adilan sistem performance review. Sampai bila nak biar? Masa untuk bertindak!

Bekerja selama-lamanya tanpa planning tidak akan membawa anda kemana-mana.

Tips pengurusan wang menggunakan konsep 6 tabung mengikut perkongsian yang saya dapat dari kelas DOA.

Tips ini sangat berkesan dari pengalaman dia dan bisnes partnernya sendiri. Diceritakan, bisnes partnernya sebelum ini sebenarnya hanya bekerja makan gaji. Kerja yang diperolehi hasil pendidikan ‘book smart’. Dan kerana displin yang sangat tinggi, dia berjaya meraih RM1 juta dalam simpanan Financial Freedomnya. Ya, tidak dinafikan, bekerja makan gaji juga boleh turut capai target jutawan, tetapi mungkin agak lambat kerana ‘fixed income’ dari company. Tetapi kalau berniaga, kena dengan cara, usaha untuk capai Financial Freedom akan lebih mudah dan cepat.

Ok, berbalik kepada tips pengurusan wang tadi. Mereka mencadangkan, agar kita sediakan 6 tabung fizikal yang di label (dengan penerangan) dan di agihkan peruntukan seperti di bawah:

1. Tabung Keperluan – 55% allocation

  • Keperluan sehari-hari seperti bill elektrik, bil air, makan, minum

2. Tabung Long Term Saving – 10% allocation

  • Bertujuan untuk menyimpan wang untuk belian barangan yang memerlukan modal yang besar, seperti rumah, kereta, etc2..

3. Tabung Keseronokan – 10% allocation

  • Perlu dibelanjakan untuk kebahgiaan bersama keluarga

4. Tabung Financial Freedom – 10% allocation

  • SImpanan financial freedom untuk PENCEN AWAL, PENCEN KAYA

5. Tabung Pendidikan – 10% allocation

  • Tabung ini bukan untuk anak-anak, sebaliknya ini adalah untuk pendidikan diri sendiri. Gunakan wang ini untuk bina skill peribadi – masuk kelas etc2

6. Tabung Kebajikan – 5% allocation

  • Zakat sebenarnya 2.5% Tetapi kita lebihkan untuk mencuci harta demi keberkatan.

Jadi nampak jelas kan? Macam mana kita boleh plan, sebulan-sebulan penggunaan wang kita. Yang penting konsisten dan displin!

Jadi, bagi mereka yang berimipikan PENCEN AWAL, PENCEN KAYA, perlu membuat kiraan, berapakah wang yang perlu dia ada dalam Tabung Financial Freedom:

Katakan anda sekarang bergaji RM 5000. Tetapi ada akan hanya selesa untuk berhenti kerja, jika setiap bulan, anda dapat RM15000. Maka untuk pencen awal, bayaran RM15000 ini perlulah datang dari pelaburan yang menghasilkan RM15000 sebulan untuk anda, tanpa anda perlu keluar bekerja, betul?

Katakan anda gunakan pelaburan ASB yang menghasilkan 10% dividen setiap tahun, maka berapakah jumlah yang perlu dilaburkan kedalam ASB untuk anda dapat RM15000 sebulan?

Sebulan RM 15000

Setahun RM15000 x 12 = 180 000.

Jadi RM 180 000 = 10% dari pelaburan di ASB.

Maka, jumlah yang perlu dilaburkan dalam ASB untuk dapat 10% seperti di atas ialah = RM 1 800 000.

Inilah target simpanan dalam Financial Freedom anda!

Pening? hehehe boleh hubungi saya kalau nak minta bantuan kiraan.. tapi tolong kira gitu-gitu jela.. saya pun baru tahap basic 😀

Tahniah! Sekarang anda sudah boleh rancang perjalanan PENCEN AWAL, PENCEN KAYA anda :)

Semoga bermanfaat :)

Yeen

SID 913391

Tel +6012-2151970

yeen@sukavitamin.com

Tel +974 55022452

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge