sukaNYA 5 tips membeli kasut larian yang NGAM NGAM SOI~

sukaNYA 5 tips membeli kasut larian yang NGAM NGAM SOI~

Apa agaknya ciri-ciri yang kita cari apabila membeli kasut lari atau kasut sukan? Sudah pasti, jawapan yang biasa, bagi perempuan terutamanya, ialah rupa paras kasut, design, brand dan warna, betul betul? Inilah antara kesalahan biasa yang dibuat oleh pelari baru terutamanya. Kan dah cakap, kalau nak berjaya, dalam apa jugak benda, kita perlu ada mentor untuk bantu kita membuat keputusan yag lebih tepat. Mencari kasut juga perlukan khidmat nasihat!

Running clinics by Sarah Whittington - wanita hebat

Running clinics by Sarah Whittington – wanita hebat

Dari run clinics yang dianjurkan oleh geng PelariStyloYo yang dianjurkan bulan lepas, coach Sarah Whittington berkongsi beberapa tips penting untuk memilih kasut larian yang betul.  Antara yang perlu kita fahami ialah jenis- jenis larian diri sendiri. Adakah kita jenis pelari ‘Leadrunner’? Yang mana larian ‘leadrunner’ ini kebiasaannya menapak secara lurus. Ianya adalah jenis larian high performers, yang sangat stabil dan sesuai untuk larian jarak jauh.

Tetapi sayangnya, kebanyakkan kita bukanlah secara semulajadi seorang pelari ‘leadrunner’. Oleh itu, penting mengenakan kasut yang sesuai untuk membetulkan posisi badan kita sebaiknya agar kita dapat efek yang sama seperti ‘leadrunner’.

Tips 1: Jenis-jenis larian bergantung kepada bahagian tubuh badan kita seperti:

1) Kaki panjang
2) Tapak kaki rata

3) Tapak kaki normal

Disinilah pentingnya gait analysis, untuk melihat kepada keadaan semulajadi badan kita, agar kita dapat memilih jenis kasut yang terbaik untuk jenis badan kita.  Sebab itu penting untuk meluangkan masa yang berkualiti untuk mencari dan mencuba kasut yang paling sesuai. Biar pun beribu kedai perlu dicari!

Kenali jenis kasut yang bersesuaian dengan badan kita

Setiap cubaan perlu dilakukan dengan betul, sarung dengan stokin, pakai kedua-dua bahagian kasut, dan cuba bawa berlari! Ya, coach Sarah menambah, kalau kedai itu tidak benarkan kita cuba dan bawa berlari, cari saja kedai lain! Kerana sememangnya hak kita sebagai pengguna untuk mencuba sehingga berjumpa yang selesa.

Tips 2: Apabila memilih kasut, kita perlu juga lihat juga pada jenis tapak kasut untuk pastikan kesesuaian mengikut tempat larian;

  • Tapak kasut yang rata dan licin kebiasaannya untuk kasut larian di jalan bertar.
  • Tapak kasut yang mempunyai spike, big lug sesuai untuk off road.
  • Kasut motion control mempunyai bahagian plastik keras berdekatan dengan tapak (Sangat sesuai utk pelari prokatunatur & pelari yang agak berat)
  • Untuk jalan yang agak keras seperti di Qatar, cubalah kasut yang lebih padded.
Gait analysis mengkaji cara larian

Gait analysis mengkaji cara larian

Tips 3: Kasut pelari kebiasaannya boleh bertahan sejauh 500miles.

Mungkin sudah tiba masa untuk kita tengok dan periksa balik kasut lari kita yang lama. Kalau ade tanda haus di sebelah kiri, bermaksud sudah tiba masa perlu ditukar dan di betulkan. Tapak kasut yang lebih sesuai adalah yang menunjukkan tanda  haus di bahagian depan. Menurut coach Sarah lagi, bagi larian jarak jauh, kasut yang mempunyai sedikit efek kusyen lebih sesuai.

Gait Analisis kaki melihat jenis tapak kaki

Gait Analisis kaki

Tips 4: Peranan senaman untuk posisi larian yang terbaik.

Bukan kasut saja yang menentukan posisi kaki yang terbaik. Senaman pun turut memainkan peranan. Kuasa larian, seharusnya datang dari bahagian pangkal peha. Bagi menguatkan abdomen untuk berlari lebih baik, di cadangkan agar kita melakukan aktiviti senaman cross training seperti berenang dan pilates.

Tips 5: Kasut sesuai bantu elak kecederaan berlari

Pemilihan kasut turut membantu dalam mengelakkan kecederaan. Ada kisah geng pelari, yang membeli kasut secara online, tanpa membuat gait analisis, dan akhirnya merosakkan lututnya da menyebabkan kecederaan. Tetapi, jangan bimbang, kerana kecederaan selepas larian adalah perkara normal, termasuk juga buat pelari-pelari elit. Jadi, apabila anda tercedera,  seharusnya rasa bangga, kerana anda kini sama level dengan pelari elite!  😉

Mana satu kasut lari yang sesuai?

Tak silap, kalau betul lah catatatn nota aku ni, antara pilihan  kasut kegemaran coach Sarah antaranya ialah;

  1. Hooker – 3mm
  2. Brooks
  3. Asics nimbus – tapak lebih keras
  4. Brooks ghost

Tetapi apa pun, lebih baik untuk anda buat gait analisis yang sebetulnya agar mengurangkan risiko pembelian kasut yang salah! Di Malaysia, tempat terbaik untuk membuat gait analisis ialah di Running Lab, Tropicana Mall. (Jangan jadi sepertiku… aku dah buat gait analysis, tapi tetap salah kasut, maybe sebab tak cuba betul-betul, main beli sebab cantik je hehehehe.. check-check tapak dah haus! padahal baru je beli sebulan!)

Happy hunting!

on your mark, get set.. RUN!

.yEEN.

Comments

  1. Wowww.
    Ilmu baru pasal kasut nie.
    Best sharing.
    AZENI AHMAD recently posted…Cara Buat Jus Daun Betik Untuk Rawat DenggiMy Profile

  2. Assalamualaikum..

    Do you know whether there is a store in Doha which provides gait analysis?

    Thanks :)

  3. Ikram Hakim says:

    Penulis dan pasangan pakai kasut apa?

  4. Thanks buat entry macam ni..saya ni newbie so baru je suka suki join lari2 ni.
    Baru lari 12km Twincity 2 hari lepas..then rasa sakit sakit kaki dibahagian betis.Huhu biasanya saya akan rasa sakit seluruh kaki especially di bahagian lutu, tapi alhamdulillah saya pakai knee soft tu so kurang sikit sakit kali ni. But still lah rasa sakit2 sikit hahaha terperanjat lemak2 ni ha..sebab jarang buat exercise.

    teruskan berikan tips2 berguna dalam dunia larian ni ya..

    p/s : kalau ada tips utk hiking pun bagus juga haha :)

    maceh ! ^_^

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge