Tips sukaRUN: Cara elak rasa sakit di ulu hati bila berlari marathon

Tips sukaRUN: Cara elak rasa sakit di ulu hati bila berlari marathon

Hari Ahad lepas, 26 Julai 2015 aku dan hubby join larian 10 km di Ecohill Rescue run event, Semenyih. Kira event larian pertama di hari raya selepas berpuasa Ramadan sebulan. Apa yang aku tak sangka pasal event tu, ramai yang join! Menarik sangat! Bila baca dekat theSundaydaily, rupanya dalam 4500 peserta! wow.
Ecohill rescue run (gambar sumbangan: theSundaydaily )

Ecohill rescue run
(gambar sumbangan: theSundaydaily )

Keseronokan berlari ramai-ramai di ecoHill rescue Run, Semenyih

Kalau tengok jalan tu, memang penuh dengan pelari-pelari yang semangat nak bakar kalori-kalori lemang, rendang, ketupat yang dah dimakan berhari-hari agaknya. Yela, elok-elok dah kurus masa puasa, masuk je hari raya, ambik kau, terus naik 3 kilo! šŸ˜€ .Ā Aku dah lama tak dapat lari, lepas balik cuti ke Malaysia dari 28 June 2015, langsung tak berpeluang untuk berlari masa puasa. Kira nak dekat sebulan jugak tu tak lari, alih-alih masuk event 10km Ecohill! Cuak jugakla.
Tapi amazingly, boleh rupanya aku habiskan larian. Dalam minda aku dah set, nak lari slow-slow je sampai habis, taknak jalan! Kalau nak bandingkan dengan pengalaman aku berlari di Kuching Marathon 2014, memang sangat jauh berbeza. Yang dulu, aku lari slow pun semput! terpaksa walk/run. Tapi kali ni, Alhamdulillah, walau dah tinggal dekat sebulan, boleh aku habiskan tanpa henti.
Collect bib larian ecohill recue run Semenyih 2015

Collect bib larian ecohill recue run Semenyih 2015

Larian bermula dengan turun bukit sejauh 2 km. Aku hanya tersenyum setiap kali aku berjaya melepasi sign board 9km to go, 8 km to go. Sekali, dah masuk km ke 3, larian mula bertentangan, naik bukit pulak! Oh sudah, aku cuba jugak buat yang terbaik, lari jek, dan tak sangka berjaya! Lari punya lari, sedar-sedar tinggal lagi 5 km. Wohh jauh jugak naik bukit!

Cara hilangkanĀ sakit di ulu hati semasa berlari

Masuk km ke 5, tiba-tiba aku rasa sakit di ulu hati di sebelah kanan. Aku dah berlari semakin perlahan, badan pun dah menyeget ke kanan. Oh tak besnya. Tapi dalam beberapa minit keadaan tak berubah, aku baru teringat tips yang coach Sarah ajar bila sakit ulu hati macam ni menyerang bila lari full marathon pertama aku di Madrid.
Coach Sarah pesan, tarik nafas dalam-dalam, kemudian lepaskan dengan satu nafas kuat (hembus sambil kluarkan bunyi hoh!) Susah la nak explain dalam penulisan, tengok video la better. Buat je beberapa kali, sampai hilang sakit tu. Dan memang menjadik! Alhamdulillah.

Aku teruskan larian, bila tinggal lagi 1 km, aku lajukan sikit pace larian, sebab dah excited nampak finish line. Yay.. i did it again! Kepuasan bila kita berjaya cabar kemalasan dan kemampuan diri dalam larian ni memang lain macam. Bila berjaya habis, kau akan rasa lega tak ingat. Satisfied! Puas hati, bombastik! haha.
Tak caya cer cuba :)
sukaRUN-keliling_ecoHILL-rescue-run-Semenyih_2015

sukaRUN-keliling_ecoHILL-rescue-run-Semenyih_2015

By the way, kami sangat berpuas hati dengan organizer event ni. Tengok marketing pun berjaya sebab ramai pelari yang join. Dan, medal pun sangat sweet, siap boleh gabung-gabungkan :) Sesuai sangat untuk couple berlari together-gether. Tahun depan, kalau ada lagi, korang wajib cuba. Aku tengok ramai yang join dengan keluarga, berjalan je, sambil kendong baby pun ada. Baguslah makin ramai rakyat Malaysia yang nak sihat sambil berlari :)
-yEEn-
sukaRUN in syawal

Comments

  1. bestnya larian cmni..sy ada masalah semput..boleh jalan2 je..

    • jalan pun ok maa.. mase I buat FM April lepas, ada satu group ni jalan je all the way, tapi lagi laju dari orang berlari! haha

  2. tips yang berguna, dah lama tak p marathon

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge