Sukanya tips memelihara kesihatan mata

Sukanya tips memelihara kesihatan mata

Penjagaan kesihatan mata selalunya dilupakan apabila kita masih lagi dapat melihat dengan baik. Masalah kesihatan mata hanya disedari setelah diperingkat yang teruk, dimana sudah agak terlambat untuk mengubati. So, hari ni jom kita baca 10 tips dari webMD untuk menjaga kesihatan mata kita agar kekal berpanjangan;

1.  Dapatkan pemeriksaan mata sekerap mungkin

Kita yang memang tidak pentingkan pencegahan penyakit sering terlupa untuk membuat pemeriksaan mata yang kerap mungkin kerana belum lagi terasa ada masalah dengan penglihatan. Tetapi tahukah anda, terdapat banyak penyakit mata yang mana seseorang yang sebelum ini dapat melihat dengan 20/20 secara tiba-tiba tidak lagi dapat melihat dengan jelas.

Orang dewasa, terutama yang berusia 40 tahun dan ke atas memerlukan pemeriksaan mata setiap tahun, terutamanya untuk mengelak dari penyakit yang berkaitan usia seperti ‘macular degeneration’, cataract dan glucoma. Bagi kanak-kanak pula, dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan pertama pada usia 6-12 bulan untuk memastikan tiada masalah penglihatan.

2. Berikan sejarah kesihatan mata anda pada doktor

Berikan segala maklumat kesihatan yang relevant kepada doktor mata anda untuk memastikan pemeriksaan dibuat secara lebih terperinci. Pesakit biasanya tidak sedar akan hubungan langsung kesihatan badan mereka dengan mata. Penyakit sepeti darah tinggi, dan kencing manis boleh dikenal-pasti menerusi pemeriksaan disebelah bahagian belakag mata. Oleh itu penting untuk memberikan sejarah kesihatan agar doktor boleh membuat perancangan untuk pemeriksaan secara terperinci. Tidak lupa juga, pastikan anda berikan hobi atau kegiatan masa lapang, agar doktor anda boleh membuat keputusan yang lebih tepat dalam menasihatkan kaedah perubatan.

3. Kawal kualiti udara anda di rumah atau di pejabat

Gunakan mesin mudah alih humidifier untuk memastikan udara di rumah atau di pejabat sentiasa lembab yang bagus untuk menghalang penyakit mata yang disebabkan oleh udara kering. Jika anda mempunyai haiwan peliharaan, adalah digalakkan agar tidak membiarkan bulu-bulu haiwan berada di temppat tidur atau tempat istirehat seperti sofa atau kerusi. Ini kerana, dikhuatiri, haiwan peliharaan itu ada membawa masuk bahan-bahan yang boleh menggangu kesihatan mata.

4. Simpan saline solution di dalam rumah sebagai langkah persediaan

Jika mata anda termasuk sabun atau pencuci, perkara yang paling penting adalah membilas mata dengan air saline selama 1 ke 15 minit. Ini adalah jalan yang paling berkesan untuk membersihkan mata. Jika mata masih terasa sakit, bawalah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

5. Ganti contact lense anda setiap 2 ke 3 bulan

Masalah mata yang sering timbul adalah berpunca dari menjagaan contact lense yang tidak bersih.  Penyimpanan contact lense di dalam poket, atau simpan di dalam biir mandi yang kering membolehkan pembiakan bakteria. Maka penting untuk membersihkan bekas simpanan contact lense di tempat yang bersih dan kering. Selepas memakai contact lense, buang apa saja cecair di dalam bekas penyimpan dan keringkan sebelum pengunaannya sekali lagi.

6. Minum Caffeine—Tapi jangan terlampau banyak

Berita baik untuk pengemar kopi dan teh. 2 hidangan caffeine sehari adalah bagus untuk menghalang mata dari kering (menggalak pengeluaran air mata yang memastikan mata sentiasa lembab). Tetapi perlu diingat, minum lebih dari 2 hidangan boleh menipiskan filem dan mengeringkan mata yang menyebabkan sakit mata.

7. Rehatkan mata dari skrin komputer 

Jika anda bekerja di depan komputer setiap hari, pastikan anda ikuti aturan 20-20-20 untuk merehatkan mata. Setiap 20 minit, pandang sejauh 20 kaki selama 20 saat untuk membolehkan mata berehat dari keletihan memfokus semasa bekerja seperti membaca atau melihat komputer. Dan pastikan jarak yang selesa dari bahan yang dilihat atau bahan bacaan. Apabila kita fokus, mata kita akan lebih banyak berkelip untuk memcwtuskan pengeluaran air mata untuk memastikan mata sentiasa lembap. Jadi, lebih banyak kita fokus, lebih kering mata kita.

8. Makan lebih banyak sayuran hijau, berries gelap dan ikan air sejuk

Makan lobak merah membantu kesihatan mata dan penglihatan, tetapi tidak kurang juga kebaikan sayur-sayuran dan buah-buahan lain. Sayur seperti bayak, kale dan Brusels sprouts serta buah-buahan seperti blueberries dan blac

Pelihara kesihatan mata

Pelihara kesihatan mata

kberries adalah kaya dengan lutein yang merupakan sejenis carotenoid untuk melindungi mata dari macular degeneration yang menyebabkan kehilangan keupayaan melihat pada mereka yang berusia lebih dari 60 tahun. Makanan yang kaya dengan Omega-3s seperti walnuts dan ikan air sejuk telah disahkan untuk membantu mengurangkan keradangan pada salur darah mata.

9. Lindungi mata anda sebagaimana anda menjaga kulit

Setiap kali anda memakai pelindung uv kulit, jangan lupa untuk menjaga mata dari sinaran matahari. Pendedahan keapda cahaya matahari sepanjang hidup boleh menyebabkan Cataracts, maka penting untuk memastikan pemakaian spek mata yang memberikan 100% pelindungan dari UVA dan UVB. Amat penting untuk mula menjaga mata anak-anak sedari kecil.

10. Travel Smart
Udara di dalam kapal terbang lebih kering dan menggangu keselesaan mata, terutamanya jika memakai contact lense. Gunakan penitis mata dan titiskan ke dalam mata sebelum naik ke pesawat. Bawa lebih contact lense dan cermin mata sebagai langkah berjaga-jaga. Semasa bercuti, adalah tidak digalakkan untuk mendedahkan contact lense pada kolam mandi atau hot tub kerana dikhuatiri mengandungi bahan kimia dan bakteria yang boleh membawa jangkitan enyakit.

Memperkenalkan Carotomax Shaklee yang sangat bagus untuk penjagaan mata kerana:

  1. Carotomax mengadungi 6 jenis karotenoid penting Astaxanthin, Alpha Carotene, Beta-Carotene, Lypocene, Lutein dan Zeaxanthin
  2. Carotomax juga tinggi dalam antioksida dan membantu dalam anti-penuaan
  3. Menjaga kesihatan mata secara keseluruhan
  4. Juga bagus untuk kesihatan paru-paru
  5. Meningkatkan penglihatan pada waktu malam
  6. Juga bagus untuk melembapkan kulit

Peliharalah kesihatan mata selagi mampu. Hubungi saya jika anda berminat untuk mencuba!

Yeen 
SID 913391
Tep (WA) 012-2151970
yeen@sukavitamin.com

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge