Tips masa paling sesuai untuk berlari di bulan Ramadhan

Tips masa paling sesuai untuk berlari di bulan Ramadhan

Dah berapa hari puasa, baru 2 ke 3  kali aku berjaya berlari, huhu. Punyalah payah nak gerakkan diri ni untuk kuatkan semangat pergi berlari. Kenapa agaknya time puasa bulan Ramadan terutamanya, badan sangat susah nak digerakkan. Sebab penat beribadah kot? Siang pulak panas, haus dan dahaga.

Lepas tu sekarang dah balik pulak ke Malaysia, lagilah aku susah nak pergi lari. Satu, ikutkan rasa badan, malam lepas terawikh la masa paling sesuai, tapi dekat Malaysia, aku tak berapa rasa selamat nak berlari outdoor sorang-sorang. Ni dah nak masuk hari ke empat aku balik, masih tak bersenam atau berlari sekalipun.. kes berat ni.

 

berlari di bulan Ramadan

So, aku pun saja-sajalah google tips-tips berlari di bulan Ramadan ,untuk bagi motivasi pada diri dan jugak kawan-kawan yang mungkin turut memerlukan. Satu tips yang aku jumpa masa baca perbualan dalam group di Runnersworld, ada orang tu cakap gini (selepas aku alih bahasa hehe):

S: Bilakah masa terbaik untuk berlari di bulan Ramadhan?

J: Kita patutnya berlari pada masa yang paling selesa pada diri kita, bukan pada masa yang orang lain cakap sesuai untuk berlari. Contohnya di UK, semua orang lari pada bila-bila masa saja, awal pagi, sebeleum sarapan, sebelum pergi kerja, masa rehat tengahari, selepas kerja malah sebelum waktu tidur sekalipun.

Seperti aku, tidak ada masalah nak berlari pada bila-bila masa walaupun aku tak makan untuk berjam-jam lamanya. Aku tak minum un aku ok je (walaupun cuaca panas). Tapi apa yang penting ialah, adakah kita rasa ok? Kalau ok, patutlah kita teruskan. Kalau tak, kita perlu selaraskan, cuba-cuba ubah sikit-sikit.

Contohnya, kalau kita tak sesuai lari masa panas, tukar berlari masa malam hari. Atau cuba berlari di awal pagi, di mana tempoh terakhir kita makan pun tidak berapa jauh sangat, dan cuaca pun lebih sejuk. Apa-apa pun semua ini perlukan cuba-jaya dari diri kita sendiri. Tidak ada satu satu masa pun yang betul-betul sesuai untuk semua orang!

Apa yang penting ialah, pastikan kita makan kalori yang mencukupi dalam masa 24 jam supaya tenaga sentiasa tinggi, jadi berlari dalam bulan Ramadhan pun tidak memberikan apa-apa masalah! Jadi itu salah satu dari pendapat yang aku baca di group discussion.

Hampir pengsan berlari mengejar 'Cheetah'

Macam dari pengalaman kitaorang sendiri pulak, Mr.Ai pernah buat tahun lepas, dia suka berlari 30 minit ke sejam sebelum waktu berbuka. So, dah letih-letih, boleh terus berbuka dan minum dengan segera. Macam aku pulak, memang rasa paling sesuai selepas terawikh, makanan pun dah hadam, dan cuaca kurang panas.

Tempoh hari aku berlari dekat pukul 11 malam, mencuba sehabis baik mengejar Mr.Ai. Agaknya malam tu aku makan terlebih banyak dari biasa, perut terasa masih sebu. Rasa nak muntah je masa berlari tu. Memanglah salah satu faktor lagi, sebab aku lari laju sikit dari pace biasa. Yelah, lari dengan Olahragawan PSY of the year.. memang tercungap-cungapla nak kejar! haha

Apa-apa pun, macam tips tu cakapla, cuba jaya.. tak cuba sampai bila-bila pun kita takkan tahu.

sukaRUN in Ramadan!
**listen to your body :)

Comments

  1. Huhu..saya pun dah lama tak berlari ni.. malas aje kerjanya sekarang ni..haha
    Hafizul recently posted…Pendapatan Ke-27 Panduan Menjahit BajuMy Profile

  2. Larat engkau lari bulan-bulan puasa ni. Memang kental lah..Respek..
    Sani recently posted…Bestnyer Makan Serunding Original Ni!My Profile

Trackbacks

  1. […] tempoh hari, selepas teman aku berlari 5km, dia sambung pulak cycle 20km, habis latihan dah dekat tengah malam. Esok nak kena kerja jam 6 […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge