Sukanya tips kuruskan badan, buang 20kg lemak tepu!

Sukanya tips kuruskan badan, buang 20kg lemak tepu!

Ramai duk tanya apa rahsia saya kuruskan badan. Nampak sangat badan gemuk lepas setiap kali bersalin kan. Tapi memang realitinya walau susah nak ku telan, setiap kali pregnant, mestiii naik paling kurang 20 kilo! Gile kan? Tak tahu kenapa. Bukannya saya jenis bila pregnant ‘makan untuk 2 orang’. Saya makan seperti biasa, tapi mungkin yang bezanya saya menjaga makanan agar sentiasa lengkap, takde skip-skip macam kalau tak pregnant. Tapi logiknya tidaklah melampau sebanyak mana pun. Dah memang badan jenis naik berganda kot hehehe.

Ok, nak tahu rahsia macam mana saya berjaya kuruskan badan, buang 20 kilo lemak tepu?

Susah sebenarnya. Masa selepas kelahiran anak pertama, Myra saya agak displin dalam bersenam dan menjaga diet makanan harian.  Maklumlah masih muda dan anak baru seorang, memang boleh uruskan masa dengan lebih baik. So, dalam beberapa bulan je dah berjaya kembali ke berat badan asal. Masuk anak kedua, Maqeel, saya terasa agak sukar nak kuruskan badan. Dan buat sama macam time lepas bersalin kali pertama, tapi nampaknya tak jadi macam dulu. Stress sangat.

Shaklee slimming set

Shaklee slimming set

Lepas tu saya kaji balik, kenapa agaknya kali ni berbeza, kenapa susah sangat nak kuruskan badan ni? Padahal dah exercise.. hari-hari.. tapi stress takde beza!

Mungkin faktor anak kedua. Disebabkan dah dua orang anak, agak sukar nak uruskan masa. Banyak masa saya spend dengan anak-anak. So lepas dah sebulan dua tak jadi apa, saya terus tetapkan hati nak cuba set kuruskan badan Shaklee sambil buat juga senaman dan amalan diet macam masa first pregnancy. Hah.. kali ni baruu nampak beza! Ahamdulillah. Laju je badan mengecil dan kembali ramping hahaha.

Belum pun setahun lepas bersalin Maqeel, sekali pregnant lagi! Alhamdulillah rezeki.

Anak ketiga lagilah susah nak turun. naik pun lebih banyak dari dulu! 25 kilo ok! Lagi la stress bila balik jumpa kawan-kawan lama, ramai sangat duk perli-perli. Macam biasa, bila dah  masuk anak ketiga, memang lagi susah nak kuruskan badan. Mainly bukan sebab taknak exercise, tapi sebab takde masa. Betul kan?

Sebenarnya masa tu ada, cuma kita yang kena displinkan diri untuk allocate betul-betul. Cuba buat list things-to-do dan allocate masa. Mesti boleh! Saya juga bekerja, saya masak sendiri untuk keluarga dan saya ada perniagaan online sambilan. Tapi saya masih mampu buat semua seperti biasa ditambah dengan aktiviti sukan. Kenapa? Sebab motivasi..

Tips saya nak motivate diri untuk kurus :

1) Jangan beli pakaian baru – biar size lama maintain. So kenala cepat-cepat kurus! haha

2) Tengok gambar-gambar lama. Tensenkan diri kalau badan still bulat tak macam dulu-dulu.

3) Paksa diri. Join group-group yang rajin beraktiviti. Sebab tu saya join geng PSY ni. Geng pelari yang memang agak saiko dalam menguruskan badan! Hahaha. Kalau tak join, kompem takkan keluar berlari. Dieorang n selalu saiko saya dan paksa saya berlari sama-same. Walaupun saya tak terer, tapi lari jugakla sebab taknak tertinggal dibelakang,

Lepas bersalin anak ketiga, saya masih amalkan set kuruskan badan Shaklee. Lepas dah capai berat asal, saya masih teruskan pengambilan Lecithin dan Omega Guard, sebab rasa best sangat. Makan banyak mana pun, berat maintain hehe. Yang lebih syok bila kita berjaya kurus ni, ramai yang termotivated untuk mencuba juga. Lepas tu, baru-baru ni pakai baju raya Jovian pun size xs! dan orang tegur macam anak dara hehe, Alhamdulillah.

Sebenarnya ada banyak set kurus Shaklee ni, mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing. Tapi, antara yang paling menarik untuk bantu ibu-ibu bekerja yang claim tiada masa untuk exercise, saya cadangkan pengambilan Cinch sebagai supplement protein. So, kalau dah malas exercise kenalah jaga makan. Kalau 2-2 pun kantoi, memang tiada satu ubat pun didunia ni yang boleh tolong hehehe. (oh Shaklee bukan ubat ye.. jangan salah faham!)

Hehe yang saya share gamba sebelum dan selepas dekat atas tu, malu nak tunjuk muka i yang kembang.. yang gamba sebelum kurus tu saya dah turun sikit, tap masih kembang semangkuk hahaha. Gamba sebelum yang betul-betul gemuk tak jumpa pulak. Kalau ade nanti akan saya update.

Anda juga boleh berjaya! Yakin dengan diri! Dengan bantuan set kurus Shaklee, insyaaAllah proses akan berjalan dengan lebih cepat dan berkesan, dan yang penting dia bantu untuk maintain! bukan yo-yo  :). Berminat nak cuba? Boleh hubungi saya.

Yeen

SID: 913391

Tel (WA): 011- 3222 0001

beli@sukaRUN.com

Comments

  1. Yang no 1 tu leh cakap kat isteri tu…jimat la sikit..haha
    Hafizul recently posted…Wordless Wednesday #93 – Tolong JawabkanMy Profile

Trackbacks

  1. […] hadiah, berikan sebagai sarapan di atas katil! Lepas kenyang makan, jangan lupa untuk selitkan set kurus Shaklee, katakan I sayang you, taknak you […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge