Sukanya pengalaman kami hilangkan Eczema anak!

Sukanya pengalaman kami hilangkan Eczema anak!

Siang tadi ada kawan yang mengadu anaknya sakit eczema yang semakin teruk. Faham sangat perasaan dia, sebab kami juga satu masa dulu mempunyai masalah yang sama dengan Maqeel. Tetapi selepas baca testimonial tentang set eczema Shaklee yang mengandungi mealshake, omega dan herbal blend dan tidak lupa jugak Basic H untuk mandian, saya terus bertindak mencuba. Sebulan, tidak berapa nampak kesan ketara, tetapi saya tidak berputus asa, masih meneruskan usaha untuk Maqeel.

Selepas beberapa bulan, mula perasan, kulit Maqeel tidak sesensitif dulu, kurang merah. Ya, set Eczema ni dengar seperti pelik, kenapa gunakan basic H untuk mandi? bukankah ianya pencuci serbaguna? Tapi disebabkan basic H yang diperbuat dari bahan-bahan semulajadi yang selamat, saya tidak langsung berasa ragu-ragu, maka saya teruskan usaha dengan yakin. Hanya beberapa titik dicampurkan dalam air mandian sehari.

Kini, setelah setahun, apabila diberitahu tentang masalah penyakit Eczema anak kawanku, saya mula teringat kembali keadaan Maqeel dulu, dan bandingkan dengan sekarang. Sekarang, kulit Maqeel sangat licin, dulu pipinya kasar, merah-merah, betisnya juga kasar dan menggerutu, kini sudah tiada lagi… Alhamdulillah. Terus, apabila teringat perjalanan eczema dia, terasa mahu berkongsi pengalaman kami disini.

Pengalaman merawati eczema Maqeel

Maqeel-di sekolah

Mula-mula nak kenalkan Mealshake pada Maqeel, saya campurkan pada susu. Dia nampak boleh menerima dengan mudah. Omega Guard pulak, saya cuba bagi, tapi ditolak. So, cuba cucuk dan picit masuk kedalam susu atau jus, Alhamdulillah dia dapat terima. Lama-lama saya cuba sekali lagi bagi Maqeel makan Omega sebiji-sebiji untuk gigit-gigit.. mula-mula tak berapa mahu, lama-lama dia mula suka. Sekarang, sudah menjadi macam gula-gula! Saya pulak nak kena stop dia dari ambil ebih-lebih! Benda ni kena sabar, memang lambat nak berjaya jadikan ia sebahagian dari hidup, tapi insyaaAllah bila dah jadi rutin harian, lama-lama kita mula perasan, kondisi anak kita makin baik. Dan seperti yang saya ceritakan di atas, kulit Maqeel sememangnya kini dah licin habis.. semakin gebu.. Alhamdulillah :)

Bagaimana mealshake, Omega, herbal blend dan Basic H membantu mengurangkan eczema?

Saya akan kongsikan dalam post yang seterusnya.

 

Hubungi saya di,

Yeen

SID 913391

yeen@sukavitamin.com

+6012 2151970

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge