Tak suka 7 jenis kecederaan berlari jarak jauh

Tak suka 7 jenis kecederaan berlari jarak jauh

Menjadi idaman setiap orang untuk berlari tanpa kecederaan. Tetapi dalam realitinya, dalam dunia pelarian, kecederaan adalah sangat normal. Aku selama 2 tahun lebih berkecimpung dalam larian belum pernah injured (thanks to set sendi ajaibku!), sehinggalah baru-baru ini. Kesakitan yang aku tidak perasan sangat apabila berjalan biasa, tetapi apabila kaki mula melangkah untuk berlari, barulah aku sedar, my body is telling me something, terasa sakit di bahagian tulang tibia (shin splint).

Sakit yang mulanya terasa seperti saktu gigitan kecil, menjadi semakin teruk selepas sesi latihan 27 kilometer tempoh hari. Kesilapan aku ialah, berlari terlebih laju dari zone heart rate yang sepatutnya. Coach aku cakap, mungkin aku over-abused my legs. Ye lah.. memang aku setuju, sebab masa latihan tu, aku terbangun lambat, jadi aku cuba kejar Hani dan Addry yang sudah sejam berlari. Lepas tu, sambung pula berlari 27 km. Ambik obat!

Semalam, selesai 5 hari waktu rehat. Makanya hari ini aku perlu buat larian cubaan seperti yang dinasihatkan coach Sarah. Tetapi yang agak pelik, selepas 2 sesi urut, bahagian pergelangan kaki aku yang terasa sakit dan bengkak. Coach Sarah kata, disebabkan bengkak tu bukan common simptom shin splint, mungkin aku sebenarnya kena ankle injury. Macam-macam! Jom kita baca sikit!

Kenali 7 jenis kecederaan ‘common’ berlari jarak jauh menurut Runner’s world:

  1. Sakit lutut

Injury yang paling biasa adalah sakit di bahagian kepala lutut. 40% dari kesakitan kebiasaannya di bahagian lutut. Alhamdulillah, aku belum lagi kena, mungkin sebab sudah biasa mengamalkan set sendi ajaib, so lutut masih terpelihara. Sesiapa saja berisiko, terutama yang meletakkan beban berlebihan di lutut, antaranya include overpronation (kaki menapak terlebih kedalam) atau peha, pangkal peha dan pinggul yang lemah. Pelari masih boleh berlari, tetapi dengan menambah hari berehat dan mengurangkan jarak larian.

sakit lutut

sakit lutut

 

2. Achilles Tendinitis

Achilles tendon menghubungkan 2 otot calf utama kepada bahagian di belakang tumit. Stress yang berlebihan boleh menyebabkan tendon mengeras dan sakit. Pelari yang menambah latihan secara tiba-tiba, terutamanya untuk larian membukit atau menambah kelajuan berisiko tinggi. Mereka yang mempunyai peha atau betis yang lemah turut berisiko. Apabila terasa sakit selepas larian, anda dinasihatkan berehat beberapa hari sebelum meneruskan latihan untuk mengelakkan kesakitan berpanjangan.

Kesakitan di bahagian achilles tendon

Kesakitan di bahagian achilles tendon

3. Kesakitan di otot Hamstring 

Otot yang terletak di bahagian belakang peha yang sangat diperlukan untuk membengkokkan kaki, memanjangkan kaki, mendaki bukit atau menendang kuat. Jasi, apabila otot hamstrings terlalu menegang atau terlalu lemah, kita akan merasakan perbezaan. Punca kesakitan boleh disebabkan oleh kelemahan otot dari larian jarak yang jauh dari kebiasaan. Ia juga mungkin berpunca dari kekuatan otot-otot yang tidak sekata. Kebanyakkan pelari mempunyai otot quadriceps yang lebih kuat berbanding otot hamstrings, yang menyebabkan kecederaan.

Kecederaan ini memerlukan masa berbulan-bulan untuk berehat dan pulih. Senaman rolling foam turut membantu. Someday nanti I upload video untuk cara nak guna rolling foam tu ok?

Massage-Therapy-for-Pulled-Hamstring

credit: epainassist.com

Ok, esok aku sambung k? Panjang ni nak tulis sampai 7 hehehe.

 

Klik sini untuk baca sambungan kenali 7 jenis kecederaan common pelari jarak jauh.

-yEEn-

.no pain no gain, take care!

Comments

  1. sakit lutut tu kalau tak berlari pun ramai yang kena. biasanya atlet atau orang yang aktif ni saya syorkan ambil set sendi. kena cegah kecederaan dan pada masa yang sama kena beri nutrisi terbaik kpd badan sebab akan terdedh kepada masalah kesiahtan di kemudian hari seperti osteoporosis, arthritis dll.

Trackbacks

  1. […] kawan-kawan, aku nak kita sama-sama kenal dan cuba elak ;). Ok, bersambung dari entri semalam, kenali 7 jenis kecederaan common berlari marathon. Lagi kecederaan yang biasa berlaku menurut Runner’s World ialah […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge