Sukanya tips bekalan sekolah anak yang pasti habis licin!

Sukanya tips bekalan sekolah anak yang pasti habis licin!

Buntu nak masak apa untuk anak setiap hari ke sekolah. Kalau boleh, memang taknak bagi dia beli makanan di kantin, sebab tak pasti apa yang dimasak dan masuk ke tidak dengan selera Myra. Tahun ini, masuk gred 2, Myra dah bebas bergerak ke kantin semasa waktu rehat. Tidak lagi perlu makan di dalam kelas seperti dulu. Dia selalu cerita kawan-kawan ada beli makanan, tapi saya cakap belum masa untuk Myra pegang duit sendiri, tunggu gred 3 ye. Dia redha :).  Macam mana nak pastikan bekalan yang kita buat akan habis dimakan?

Tips nak bagi bekalan sekolah anak licin sampai menjilat bekas

1) Cuba libatkan anak dalam proses penyediaan bekal. Kanak-kanak sangat suka apabila diberikan tanggungjawab. Dia akan rasa sangat dewasa, dan pasti akan excited untuk habiskan makanan yang disediakan sendiri.

2) Pelbagaikan bekal. Jika anak sukakan sandwich, boleh cuba bermacam-macam inti berlainan. Jangan beri bekal yang sama secara berturutan, cuba tukar setiap hari. Dalam masa yang sama, boleh beri peluang kepada dia untuk bantu membuat sandwich itu bersama-sama malam sebelum sekolah dan disimpan di dalam peti sejuk.

3) Cuba idea kretif dalam menyediakan bekal. Boleh gunakan cookie cutter untuk mendapatkan bentuk sandwich yang menarik seperti idea di bawah. Kanak-kanak sangat teruja apabila melihat bentuk-bentuk menarik.

Tips bekalan sekolah anak yang pasti habis licin.

Tips bekalan sekolah anak yang pasti habis licin.

4) Pastikan bekalan yang lengkap dari pelbagai kelas nutrisi. Karbohidrat, protein, sayur dan buah-buahan. Tidak perlu terlalu banyak. Contoh, jika kita bekalkan sandwich telur, bolehlah diselitkan timun didalam. Jika anak tidak suka, boleh jadikan timun sebagai mulut, buah anggur sebagai mata dan dicucuk diatas sandwich untuk menarik minat anak.

Buat muka menarik untuk tarik minat anak untuk makan

Buat muka menarik untuk tarik minat anak untuk makan

5) Bekalkan minuman yang penuh khasiat, seperti banana milk shake untuk diminum dalam perjalanan ke sekolah. Sangat mudah tetapi penuh dengan khasiat yang diperlukan anak! Untuk memastikan tambahan nutrisi yang lengkap, boleh dimasukkan 2 sudu kecil Shaklee mealshake seperti yang saya buat setiap hari.

Tahu kenapa saya sangat sukakan Shaklee mealshake untuk bekalan anak? Pastinya kerana pelbagai kebaikan mealshake seperti yang saya eritakan dalam entri-entri sebelum ini.

Hubungi saya jika anda mahu turut mencuba!

Yeen

SID 913391

Tel: +6012-2151970

yeen@sukavitamin.com

 

Comments

  1. Budak-budak memang suka makanan yang comel-comel…jangan kata budak, puteri pun suka…hehehe :)
    puteri kasih recently posted…Hantaran Dan PerkahwinanMy Profile

  2. Pasti! 😉

Trackbacks

  1. facebook marketing for dummies 2014 pdf

    Bekalan sekolah nak yang pasti licin | Sukavitamin

  2. Being the Action-Man in Business

    Bekalan sekolah nak yang pasti licin | Sukavitamin

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge