sukaNya lagi Tips bagaimana menjadi muslimah Stylo: Mix and match!

sukaNya lagi Tips bagaimana menjadi muslimah Stylo: Mix and match!

Ok seperti yang dijanjikan semalam, sambungan bagaimana menjadi stylo muslimah bersambung! Topik kali ni, nak sentuh macam mana kita nak jadi mengayakan hijab kita dengan pakaian yang sesuai tanpa mengopakkan poket kita, dalam erti kata lain, nak jimat laaaa.. hehe

Aku sukakan konsep mix and match, yang mana satu baju boleh dipadankan dengan beberapa baju yang lain untuk mewujudkan satu kombinasi berlainan setiap kali. Macam contoh pakaian muslimah ke pejabat, kita boleh gabung-gabung dengan lain-lain hijab, dah nampak lain, takla boring sangat kan?

Macam mana nak Mix and Match pakaian muslimah stylo ni?

Korang pernah tengok rancangan tv ‘What not to wear tak?’ Haa itu rancangan orang puteh, so pakaian agak tak sesuai la dengan konsep muslimah kita. Tapi, macam-mana pun, dalam satu rancangan tu, ada idea mix and match yang sangat bernas dan menjimatkan!

Apa yang diperlukan ialah sedikit keyakinan diri dan keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru. Bagi aku, fashion ni sebenarnya satu seni karya diri sendiri. Kita yang menentukan pemakaian kita sehari-hari mengikut citarasa kita. Tidak perlu terlalu mengikut pada trend dan brand.

Konsep 1: Fikirkan kebarangkalian gabungab sesuatu baju atau hijab

Bila membeli pakaian biasanya, aku dah siap-siap bayangkan ok, baju ni sesuai untuk gabung dengan seluar atau skirt, dan tudung dari beberapa warna, jadi memang berbaloi beli. Bila ada mentaliti macam ni, kita mengelak dari membazir. Sebab konsep ni memang menjimatkan dalam jangka masa panjang!

Contoh pembelian:

mix-and-match

Top yang sama digabungkan dengan beberapa seluar dan aksesori berlainan untuk menjadikan penampilan berbeza mengikut masa. Yang menariknya, seluar, kasut dan scarf yang sama, cuma ditukar-tukar gabungan untuk di mix dan matchkan! Jadi untuk 5 tops, 5 seluar, 5 kasut telah digabungkan untuk 3 penampilan berbeza setiap satu! Menjadikan, seolah-olah 15 jenis fashion pakaian!

Best ke best?

Teringat aku dengan sorang cikgu Geografi aku masa sekolah dulu, dia masuk kelas mesti lain-lain baju kurung moden. Tak pernah sama! Tak tahulah berapa ribu baju yang dia ada haha. Dengan konsep di atas, kita tak perlu ada terlalu banyak baju, cuma yang penting pandai match-matchkan untuk kelihatan berbeza. Jimat kan?

InsyaaAllah akan aku kongsikan lagi tips-tips menarik untuk kita sama-sama menjadi fit & stylo muslimah!

 

sukaRUN in Ramadan towards a fit & stylo muslim!

Comments

  1. Mix and match senangkan? Saya sendiri tak suka berabis pasal baju ni. Kalau beli tudung pun fikir colour ni boleh match beberapa baju baru saya beli. Kalau takat satu baju aje matching saya tak beli. Membazir aje.
    rahimah recently posted…Pengalaman Bercuti Ke Amsterdam-Panik Bila Kapal Terbang Bergegar ! ( Part 1 )My Profile

  2. bab pakaian ni memang sempoi habis. Rika tak da nak fikir sangat hehe
    rika recently posted…Rezeki Bila Ziarah SahabatMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge