Tips sukaRUN: 7 Kebaikan berenang untuk pelari samada untuk performance atau pembaik-pulih recovery

Tips sukaRUN: 7 Kebaikan berenang untuk pelari samada untuk performance atau pembaik-pulih recovery

Sejak aku belajar berenang, aku mula jatuh cinta dengan perasaan best selepas selesai sesi swimming. Yang paling ketara ialah bagi tahap kecergasan minda. Seriously lepas habis swimming memang segar bugar, walaupun sebenarnya dah masuk waktu tidur. Then, sejak berlari setiap hari demi cabaran #50hariakuberlari kaki yang agak nak rasa sakit, bila abes je run terus swim, terasa sedap, macam terubat pulak. So aku buat research sikit apakah kebaikan berenang ni untuk pelari, dan terjumpa perkongsian menarik di running.competitor, jom baca secara ringkas;

7 kebaikan berenang untuk pelari

Kebanyakan latihan untuk larian marathon terutamanya memerlukan larian yang agak lama, dah la lama, banyak kali pulak tu dalam seminggu. Dari aktiviti ini, kadang-kadang boleh menyebabkan atlit cedera, dari hentakan-hentakan kaki yang lama.

Kebaikan swimming untuk pelari

1) Berenang tidak memberi impak kepada kaki.

Selamat lutut, pergelangan kaki semua. Inilah cara paling selamat untuk merehatkan kaki tapi dalam masa yang sama tetap memastikan fitness berkekalan. Berenang tiada hentakan!

2) Berenang menambahkan endurance.

Bermakna tahap ketahanan bertambah baik, kerana seperti yang kita maklum, berenang memerlukan seluruh tubuh, otak, jiwa dan raga bekerja dalam satu masa, maka dengan latihan yang betul, ia bantu kita lebih bertahan!

3) Berenang menambah kapasiti oksigen.

Ini disebabkan kebiasaan kita menahan nafas semasa berenang, kita lebih mudah mengawal pernafasan yang mana sangat penting dalam menaikkanĀ prestasi badan dalam apa saja acara sukan.

Mr Ironman to be

4) Berenang sebagai terapi anti-inflammatory

Ini apabila dilakukan dalam kolam air sejuk (bawah 80^F) menurut Sandy Bikus- USA Triathlon certified coach & NASM certified personal trainer di Omaha Neb.

5) Berenang memerlukan pattern pergerakan badan yang berlainan

Form berenang memberi peluang kepada bahagian badan yang lain bergerak dan bekerja. Jadi ini peluang untuk workout bahagian badan yang lain selain daripada kaki šŸ˜‰

Health benefit of swimming

6) Berenang memerlukan pergerakan menyeluruh yang menguatkan otot di bahagian yang ‘dilupakan’.

Sebab pelari kebanyakkannya memang fokus pada latihan kaki, dengan swimming, dapat jugakla part-part otot lain merasa bekerja juga.

7) Bagi pelari yang cedera, salah satu cara terbaik untuk mengekalkan fitness dan merehatkan kaki.

Kalau memang perlukan rehat yang secukupnya untuk kaki, boleh juga mengunakan ‘pull bouy’. Kaki tidak perlu digerakkan, hanya badan di bahagian atas yang bergerak untuk berenang.

 

Pullbouy - sumber: swimshop.co.uk

Pullbouy – sumber: swimshop.co.uk

Walaupun berenang banyak kelebihan dan kebaikan, tetapi harus diingat, stroke renang yang salah adalah bahaya. Sebab itu penting untuk mendapatkan coach yang bagus untuk bantu lihat cara renangan kita dan memperbetulkan agar ianya dilakukan dengan efektif.

Coaching memang memerlukan wang, tetapi percayalah, ianya adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan hingga akhir hayat!

So tunggu apa lagi? Jom berenang!

Swimming for runner

yEEN sukaRUN

dari melihat di atas bot, aku mahu terjun menyelam

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge