Tips sukaRUN: 5 jenis pakaian larian terbaik untuk cuaca panas.

Tips sukaRUN: 5 jenis pakaian larian terbaik untuk cuaca panas.

Musim panas ni, memang rasa malas sikit nak keluar berlari. Bahang tak ingat. Tapi advantage berlari masa musim panas ni, kalau lari 3km, hasil peluh macam dah lari 10km! macam masuk bilik sauna, Best! Apa-apa pun, pastikan pemakaian baju yang sesuai untuk keselesaan berlari. Sebab kalau sila haribulan, baju yang dipilih boleh menyebabkan masalah kesihatan!

5 pilihan dan saranan sukaRUN dan rakan-rakan pelari ialah:

sukarun-baju-lari-di-musim-panas-poster

1) Baju lari diperbuat dari Dri Fit material

Banyak pilihan-pilihan dri Fit sebenarnya. Jenama baju sukan sekarang kebanyakkannya dah keluarkan macam-macam design menarik. Tapi harga untuk baju sukan dri fit mahal sedikit banding dengan material lain. Kalau pergi kedai Marathon shop, kedai sukan banyak pilihan!
sukaRUN dry-FiT material running shirt

sukaRUN dry-FiT material running shirt

Untuk muslimah runners, pelbagai pilihan pakaian larian sopan terdapat di koleksi sukaSTYLO muslimah! Dari tudung, seluar lari ke baju larian dari pelbagai design dan material ada di jual! Sempena merdeka ni siap ada sales! Cepat grab sebelum terlambat! Boleh la cuba usha-usha kot kot ade yang kenan.
koleksi baju sukan muslimah di sukaSTYLO

koleksi baju sukan muslimah di sukaSTYLO

2) Baju lari diperbuat dari clima chill

Jenama yang mengeluarkan climachill so far Adidas je tak silap. Ada semacam logam-logam kecil dibahagian belakang baju untuk memberikan effect rasa sejuk semasa berlari. Ini bantu turunkan suhu badan yang naik lebih cepat berbanding berlari semasa sejuk.
adidas-climachil-baju-lari-musim-panas

adidas-climachil-baju-lari-musim-panas

3) Cooling vest

Rupanya agak pelik, tapi dikatakan dapat membantu memberi efek sejuk kepada badan si pelari. Haha tapi kami tak tahula kalau ada yang minat nak pakai? Ada banyak jugak design menarik. Kalau dah terlampau panas, mungkin membantu. Cubalah!
Cooling vest

Cooling vest

gambar sumbangan: www.matchfitsports.co.uk

gambar sumbangan: www.matchfitsports.co.uk

4) Baju larian dari Jersey material

Jersey ada banyak jenis. Pastikan yang berkualiti agar cepat kering dan tidak melekap dibadan selepas berpeluh-peluh berlari.
Pelbagai pilihan jersey

Pelbagai pilihan jersey di ebay

5) Endurocool buff

Ada beberapa produk yang dikeluarkan oleh Enduracool, ada tuala, scarf dan buff. Menariknya buff ini, boleh digayakan dengan pelbagai cara. Boleh juga dijadikan sebagai ‘tudung’ larian 😊. Boleh dapatkan dari amazon disini: Enduracool buff
Enduracool buff

Amazon: Enduracool buff

sukaRUN dalam kepanasan tanpa alasan 🙌🏻

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge