Sukanya kerja gila surprised cinta hati trip 2 hari satu malam di Istanbul

Sukanya kerja gila surprised cinta hati trip 2 hari satu malam di Istanbul

Sesekali mesti kita ada rasa nak buat kerja gila. Tapi tak ramai yang berjaya buat dan terjah je. Aku dulu selalu berangan nak buat trip impromptu, beli je tiket then fly terus kemana-mana! Tak sangka akhirnya dapat jugak buat macam tu hehehe. Ceritanya macam ni, Mr.Ai memang sudah berada di Istanbul, untuk join Marathon peribadinya yang ke tiga, tapi sebab dia gatal nak stay satu hari extra dari orang lain, dia tiba-tiba rasa sunyi.. terus tanya sanggup tak datang fly ke Istanbul teman dia? Haa.. mana tak sanggup?! Of coz nak! hehehe.. Terus je mode ‘Istanbul aku datang!’ ON!

Lepas dapatkan persetujuan PA ku, yng memang boleh dipercayai dan diharap, aku tekad je, malam tu lepas tidurkan budak-budak, terus beli tiket flight online, then tengah malam drive sendiri ke airport. Nasib baik di airport baru Qatar, memang disediakan long term parking space secara percuma. Kalau tengok dari jauh macam kem Mina pun ada, besar gila kawasan parking dia, dari parking pulak, boleh naik suttle ke departure halls. Ak pergi berlenggang kangkung. Hanya berbekalkan satu beg kecil berisi baju persalinan satu hari. Memang thrill gila. Tak penah-penah buat kerja gila macam ni! hehehe.

Istanbul aku datang!

Istanbul aku datang!

Flight Pergasus berlepas jam 3:40am waktu Qatar dan selamat mendarat tanpa masalah atau delay jam 720am waktu Turkey, Alhamdulillah.  Wah.. seronok sangat, shuttle pun dah siap-siap booking sebelum berlepas, terus ada orang tunggu dengan signboard namaku tertera sebesar-besarnya. Pergasus flight mendarat di lapangan terbang Sabiha yang sedikit jauh daripada kawasan SultanAhmet (kawasan perlancongan yang popular). Perjalanan dengan shuttle mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah sebab tengah traffic high peak hour. Ikutkan kalau ambil shuttle 2 ways, dia caj EUR30, tapi sebab ambil 1 way, dia charge EUR20. It’s ok, sebab hati tengah berbunga-bunga punya pasal, jadi apa pun boleh!

Sampai-sampai, saya minta shuttle van berhenti dan turun di area Hippodrome. Tak lama kemudian, Mr.Ai sampai berjalan kaki. Happy tak terkata bila dia cakap ‘Rindunya dekat you!’ :) Thrill la kan.. sekali sekala buat kerja gila mcam ni.. Lagipun, lama tak jumpa dia, sebab dia balik ke Malaysia beberapa minggu, kemudian terus ke Istanbul untuk join Marathon pulak. Memanglah teramat rindu.. ahaks.

dating-di-hippodrome

Kami terus berjalan kaki ke Grand Bazaar (dekat je pun) untuk surprisekan kawan-kawan yang memang turut sama berada di situ untuk Marathon. Diaorang yang tengah syok bershopping lampu Istanbul last minit, terperanjat beruk. Berkelip-kelip mata tengok dan asyik mengulang ‘Biar betul? biar betul Yeen ni?’ Haha.. yela, petang tu dieorang akan berangkat pulang, dan aku pula sampai untuk bermalam sehari sahaja then balik! Memang kerja gila! 😀

Aku pernah transit di Istanbul untuk separuh hari, jadi tidak lagi kekok untuk ke sana ke mari. Mudah dan selamat je Istanbul ni. Dan ianya sememangnya sangat cantik! Cuaca juga sangat best, terutama sekali kerana datang di waktu musim sejuk, memang best, tak sejuk gila, just nice! Oh, by the way, surprise trip 2 hari 1 malam ni was in November, sehari selepas Istanbul Marathon (ok akan aku ceritakan pengalaman Mr.Ai berMarathon disitu soon.. jangan risau 😛

Kalau korang ada 2 hari 1 malam di Istanbul, agak-agak apa korang buat?

First off, kiteorang habiskan sisa-sisa terakhir bersama kawan-kawan di Grand Bazaar. Tak habis-habis orang-orang lelaki ni shopping lampu! haha. aku mampu tengok dan gelak jela.. Diaorang suruh pilih, aku tolongla jugak pilih sikit-sikit. Tapi seriously, semua pun cantik, kalau borong semua pun tak kesah aku rasa haha.

Lanun pemborong lampu Istanbul

Lanun pemborong lampu Istanbul

Penat, terus berhenti minum, kemudian kembali ke apartment untuk packing dan check out. SB dan YJ terus ambil teksi untuk ke airport. Kami pulak ke hotel lain untuk check in. Abes je sume, baru kiteorang berjalan untuk cari idea mana nak pegi. Rupanya, di hotel Prince yang baru kami check in, ada menyediakan perkhidmatan dinner, boat cruise sekitar Bosphorus, dan pertunjukan Belly Dance untuk EUR50! Okla kan? Menarik jugak hehe.. lama teringin nak tengok belly dance Istanbul.. ahaks. So, dapat jugak malam tu romantik dinner atas cruise sambil tengok belly dance 😀 Tapi jangan salah anggap, kitaorang banya tutup mata haha.

Tutup mata! nampak?

Tutup mata! nampak?

Esoknya, seperti typical tourist lain, hanya berjalan kaki menghayati kecantikan Istanbul. Kali ni aku berpeluang untuk masuk ke dalamHagia Sophia- memang menakjubkan! Oh, kena bayar tiket, EUR5 tak silap.. dah lupa haha. Dah ada dalam tu apa lagi nak buat, selain jalan slow-slow konon menghayati sejarah selain dari bergambo dan pose-pose kan? Hehehe.. Yang kagumnya denganHagia Sophia ialah keunikan gabungan seni Islamic dan Christianity. Mengikut sejarah,Hagia Sophia pernah menjadi masjid, then tukar jadi gereja, kemudian masjid balik.. dan sekarang sekadar muzuem. Macam tula lebih kurang.

Bertentangan dengan Hagia Sophia pula, kelihatan Blue Mosque. Ya, kalau nak tahu, siapa-siapa saja yang mungkin mempunyai masa suntuk untuk jalan-jalan di Istanbul, kalau boleh datang ke point menarik ni, dah dapat dah cover 2 tempat perlancongan wajib dengan segera, pusing kanan Blue Mosque, snap-snap gambo, pusing kiri dahHagia Sophia, snap-snap gambo.. settled. Tapi kan, Blue Mosque tu.. tak biru punnnn.. Hahah.. ini macam pengalaman saya pernah transit dulu la ni. Memang takde masa nak masuk dan melawat, just singgah untuk bergambar di kawasan luar. Tetapi kali ni, saya siap berpeluang untuk solat jamak di dalam Blue Mosque, Alhamdulillah.. dapat jugak rasa! Kalau korang nak jimat masa lagi, aku sarankan ambil package bas hop-on hop-off yang banyak ditawarkan di sekitar Blue Mosque tu.. memang mudah dan cukup.

Blue Mosque Istanbul

Kami hanya habiskan masa dengan berjalan disekitar kawasan Blue Mosque, kemudian berjalan lagi ke Grand Bazaar untuk belian last minit, kemudian untuk makan. Jam 2 lebih, sudah masa untuk pulang ke hotel untuk tunggu shuttle ke airport. Kerana saya seorang, tak berani nak naik teksi, jadi ambil shuttle yang memang tiada banyak choice untuk pergi ke Sabiha Airport. Maka awal gila dah gerak! Shuttle yang ada jam 330pm! Flight padahal pukul 945pm! huhuhu. Tapi nasib baik Mr Ai ada kad credit yang membolehkan saya lepak di lounge, so tak ralat sangat! Banyak boleh buat dalam lounge tu, antaranya.. update blog..kan? :)

Kalau korang banyak masa, boleh cuba naik teksi, then ambil bot untuk cross pergi ke arah Sabiha sana, macam yang kitaorang pernah buat dalam transit trip dulu. Aku pun asyik lupa nak update pasal perjalanan trip Half Marathon kitaorang ke Paris, yang singgah di Istanbul untuk transit, March 2014 lalu, ada update pun pasal kekecewaan aku dengan event tu je.. banyak pulak hutang entry aku dengan blog ni.. hehehe

Lampu Istanbul yang selamat di bawa pulang

Lampu Istanbul yang selamat di bawa pulang

Aku sangat sukakan Pegasus Airline, cekap dan selesa. Ini kali kedua menggunakannya, dan terasa sangat best, tak seperti low cost airline sangat! Baggage pun dapat percuma 20 kg tau. Dapat jugak aku bawakkan lampu-lampu Istanbul yang dah terlebih berat tu.. Hehe.. Jam 3:20am waktu Qatar, aku selamat tiba, terus balik bersiap untuk masuk kerja! 😀 Nasib badan.. yang penting, ini merupakan trip 2 hari 1 malam yang paling indah! :)

Bersambung lagi untuk kisah Marathon di Istanbul Mr.Ai dan geng-geng PelariStyloYo! Tunggguuuuuuuu…

Geng PelariStyloYo yang berlari di Istanbul Marathon  November 2014

Geng PelariStyloYo yang berlari di Istanbul Marathon November 2014

-yEEn-

Love.live.RUN!

Comments

  1. Ini bukan surprise namanya. Sbb Mr. Ai yg request.

  2. Wah, tak pernah buat benda-benda ni, memang teringin! Istanbul, bestnye!

  3. bestnya yeen! sempat beli lampu~ hehe
    Nadiah Othman recently posted…Januari Bulan DetoksMy Profile

  4. 2 hari 1 malam macam tak sempat je nak jelajah seluruh turki, tapi rindu punya pasalkan. hehehe
    adarain recently posted…Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan UtamaMy Profile

  5. besttnya! suka travel gini. sukahati nak gi mane. :)
    akak vitamin recently posted…Berenang bagus untuk ibu hamil?My Profile

  6. Wah bestnya sudah menjejak kaki sampai ke Instanbul.
    akubiomed recently posted…Projek restore basikal BMX finalMy Profile

Trackbacks

  1. […] sambungan lagi kisah lucu selepas Istanbul Marathon.. (bukan bab surprise cinta hati je.. banyak lagi […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge