Macam bermimpi sukaRUN di New York Marathon 2015

Siapa nak sangka, akhirnya berakhir sudah larian full marathon aku yang kedua di New York, salah satu event major marathon yang terbesar di dunia dengan jumlah peserta seramai 50 ribu orang!
Beberapa bulan nak sampai ke November, macam-macam hal dah jadi, sampai aku pun dah rasa takkan sampai ke New York. Tapi rezeki aku masih ada, jodoh aku dengan New York rupanya masih kuat, tiket kapal terbang yang dah berbulan-bulan aku beli semenjak terpilih untuk berlari akhirnya digunakan seperti yang dirancang.
Yang sedihnya, dari kami berlima yang terpilih, 2 orang lagi terpaksa menolak dan menangguh larian ke tahun depan oleh sebab-sebab yang tak boleh nak elak. Aku doakan semoga ada rezeki diaorang nanti. New York marathon ni kira, kalau dah terpilih, baik cuba jugak lari, bukan senang nak dapat rasa. :)
Lama aku tak berkongsi cerita di blog ni, insyaaAllah aku akan kembali aktif berblogging dengan kisah-kisah menarik sepanjang di USA. Banyak sangat kenangan indah yang aku tak sabar nak ceritakan, stay tune!

Yeen
sukaRUN, dari keliling rumah, ke keliling New York!

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge