Sukanya tips untuk mengelakkan sakit belakang!

Sukanya tips untuk mengelakkan sakit belakang!

Oleh: Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam sekitar Jabatan Kesihatan Negeri PahangSegala kerja yang anda buat boleh memberi kesan kepada belakang anda samda duduk, berdiri, membongkok, mencapai/terdongak kepala untuk mengambil sesuatu, berjalan, berlari, menarik, memegang, menahan, menolak, menurun atau mengangkat barang. Hatta semasa sedang beristirihat atau tidur pun belakang anda sedang berperanan. Sakit belakang adalah masalah otot dan tulang.

Apa yang menyebabkan sakit belakang (faktor risiko)

1. Posture yang tidak betul: Berdiri, duduk atau bergerak seperti orang malas, kedudukan sebelah pinggang lebih tinggi daripada yang sebelah lagi. Tabiat seperti ini akan menyebabkan otot tegang, kaku, sakit belakang, sakit leher dan kelesuan.
2.  Kurang bersenam: Otot yang menyokong tulang belakang perlu senaman untuk rengangan dan mengekalkan otot itu supaya kuat.
3. Kegemokan: Perut buncit akan menarik otot belakang dan menegangkan otot abdomen. Mengurangkan berat badan boleh meringankan beban kepada tulang belakang dan baik untuk jantung.
4. Stres: Kerungsingan boleh mengakibatkan otot belakang menegang dan hilang keseimbangan badan dan boleh cedera belakang.
5. Tersalah urat belakang: Anda boleh menegangkan atau mengoyak bahagian belakang dengan hanya membongkok, mencapai/mendongak untuk mengambil sesuatu dan mengangkat barang dengan cara yang salah.
6. Piring ruas tulang belakang tergelincir. Kdangkala piring/cekera ruas tulang belakang tergelincir atau tergencat daripada kedudukan asalnya dan menekan saraf dibelakang. Ini menyebabkan kesakitan, lemah dah kebas-kebas di kaki. Anda perlu mendapatkan rawatan Doktor.

Jika sakit belakang sering menganggu dan anda tidak tahu apa hendak dibuat, ini adalah panduannya:

Cara yang betul untuk berdiri, duduk, memusing badan, berjalan, tidur dan mengangkat barang.

Semasa berdiri:

Rehatkan sebelah kaki di atas papan lapek rendah untuk menyokong belakang sebelah bawah.

Kebiasaannya kerja hendaklah di buat pada paras ketinggian siku samada sewaktu anda duduk atau berdiri. Walau bagaimanapun kerja yang berat hendaklah dibuat pasa paras lebih rendah daripada ketinggian siku.

Semasa memusing badan:
Berpusing dengan mengerakkan kaki, bukan memusing badan. Badan yang berpusing boleh menyebabkan kecederaan belakang.

Semasa duduk:
Gunakan kerusi yang boleh menyokong belakang. Tapak kaki dirapatkan ke lantai dan badan bersandar di kerusi.

Semasa berjalan:
Kepala tegak ke depan dan angkat dada sedikit.

Sewaktu tidur:
Tidur diatas belakang dengan menyelit bantal kecil di celah lutut, tidur mengiring dengan kaki membengkok atau tidur seperti kedudukan janin dalam perut ibu.

Semasa mengangkat barang:
Mengangkat barang hendaklah dengan mengunakan otot kaki, bukannya otot belakang. Berat barang yang selamat untuk diangkat hendaklah lebih kurang 3 kg (anggaran purata berat bayi baru lahir)

Anda boleh merujuk maklumat cara mengangkat barang dengan cara yang betul do artikel yang lain.

Mencapai untuk mengambil sesuatu barang.
Satu cara yang baik untuk memikirkan berkenaan kawasan yang boleh di capai dengan tangan ialah ruang hayunan lengan semasa digerakkan. Mencapai sesuatu benda di dalam kawasan ini adalah selamat.

Kita mesti ingat untuk mendapatkan belakang yang sihat, kita hendaklah mengekalkan otot belakang dan abdomen supaya kuat. Dengan itu ia boleh menyokong dan meletakkan tulang ruas vertebrata leher, tulang ruas vertebrata toreks dan tulang ruas vertebrata pinggang pada tempatnya serta seimbang kedudukannya. Di dalam apa jua aktiviti atau kerja yang dijalankan pastikan postur badan yang betul, sendi tulang hendaklah dalam kedudukan semulajadi , dilarang membongkok kehadapan dan berwaspada dengan berat badan.

Berhati-hati kerana kelalaian boleh mengakibatkan sakit belakang.

Selamat mencuba.

Untuk memastikan kesihatan berpanjangan, Shaklee mencadangkan supplement semulajadi berikut;

Set kesihatan sendi Shaklee

Advance Joint Health Tablet (AJHT) – menyokong pergerakan dan kelenturan sendi.

Omega Guard – mengurangkan inflamasi dan radang sendi serta memberi kuasa pelincir kepada sendi sendi kita.

Ostematrix – membekalkan nutrien harian terutamanya kalsium. Ia membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang. Tulang tulang sihat inilah yang akan menyokong berat badan serta menggerakkan pelbagai otot badan untuk kekal cergas.

Be naturally healthy with Shaklee! Jadi ahli Shaklee dan dapatkan produk dengan harga 20% lagi murah dan bermacam-macam lagi kebaikan!

 Yeen@sukavitamin.com 
+6012-2151970

Trackbacks

  1. […] Klik sini untuk tips atasi sakit belakang dan sendi! […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge