Sukanya Seribu satu cara tambah susu ibu yang senang dan mudah!

Sukanya Seribu satu cara tambah susu ibu yang senang dan mudah!

Anak- amanah dari Allah

Dulu masa anak first memang tak merasa nak susukan sendiri, sebab kurang ilmu di dada dan taknak research betul-betul sebelum beranak. Memang silap sendiri, tapi abaikan kisah lama.. kalau korang pun cam I, ada rase keinsafan untuk beri yang terbaik untuk anak, maka susu ibulah yang terbaik.
Pastikan korang cuba seribu satu cara tambah susu ibu dan lepas tu kalau still failed baru boleh mengalah! If not.. jangan sekali-kali give up ok? Sebab susu ibu adalah hak anak anda, like it or not.. Ia bukan depends on ‘kesenangan’ kita. It is not up to us

Zaman moden ni, memang agak sukar nak kekalkan amalan direct feeding pada anak, tetapi semakin ramai yang sudah sedar akan kepentingan susu ibu, maka semakin ramai yang share awareness.. apa alasan untuk tidak beri susu ibu? Malu nak bagi time jalan-jalan dekat mall? Ada nursing cover. I masa lepas pantang dulu, sambil nyusu sambil jalan.. rileks jer.. thanks to my nursing cover :)

DIY Nursing cover dan baby pillows

Ye.. I buat sendiri je tau! Tengok gamba tu.. Nak blaja buat nursing cover? Senang jer.. nanti insyaaAllah one day I post tutorial k, follow my blog kalau taknak terlepas hehehehe…

Ok berbalik pada story seribu cara tambah susu ibu yang senang dan mudah.. actually takdela I akan senaraikan seribu.. hahaha.. I akan senaraikan beberapa main point yang penting ok?

1) Pemakanan

Boleh cuba jaga pemakanan, make sure banyakkan makanan ‘penggalak susu’ seperti halba, badam dicampur susu. Oh ye, ada yang ajar tips, nak bagi banyak susu, kena minum banyak susu juga.. tapi yang sebenarnya, just make sure banyak minum air, banyak dalam erti kata setiap 25kg berat badan anda, pastikan anda ambil 1 liter air. SO kalau berat dalam 50kg, sehari kenalah minum 2liter air ok?

Lain-lain makanan penggalak susu ialah seperti air longan, air barli, oats.. apa yang pasti, kena cuba satu-satu mengikut kesesuaian diri. Lain orang berbeza-beza.

Kalau nak cara senang, macam I yang memang takde masa sangat nak make sure makanan-makanan ni ada penggalak susu, I amalkan Shaklee Alfalfa jer. Bukan saja menggalak susu, tetapi juga bagus untuk kesihatan ibu ibu :)

Dan pemakan dari mula pregnant pun penting.. macam mommy-mommy yang sangat-sangat semangat demi anak-anak, kebanyakkanya dah amalkan ESP sejak dari awal (rujuk set pregnancy Shaklee). ESP ni bagusnya mengawal berat badan ibu ibu jugak tau, pastu mencantikkan kulit anak dan jugak mak.. hehehe kan ke best tu! ESP bagi tenaga tambahan, so bila energetik, takdela rasa penat nak berusaha untuk susukan anak kan?

2) Stress level

Kurangkan stress level, happy mom = happy and healthy breast = happy a meriah milk! 😉
Sebenarnya stress level ni sangat sangat memainkan peranan, bukan apa, apabila seseorang tu stress, kebiasaannya dia mudah give up akan sesuatu perkara. So, cara nak pastikan kita kurang stress (terutama sekali dengan tangisan baby yang super kuat) kenalah kita cuba macam-macam benda yang buat kita happy ok mommy?
Buatla aktivit sambil menyusu tu, cam tengok tv cite yang happy2 ke, membaca ke (pastikan baca buku-buku berunsur keriangan ok?).. atau menyanyi ke.. hehe tapi bagi kita orang Islam, banyak amalan rohani yang boleh membantu (tengok point 3 nanti).

Macam kes I, Shaklee b-complex sangat-sangat membantu dalam mengurangkan stress.. terasa happy jer hehehe… berbanding dengan experience masa dengan anak first, yang memang kadang rase nak meroyan je.. huhuhu

3) Amalan-amalan rohani

Antara amalan-amalan rohani yang disarankan adalah agar kita kurangkan stress dan maka insyaaAllah memperbanyakkan penghasilan susu;

  • Berzikir – Ya Matin (Maha sempurna kekuatannya) 70 kali setiap hari. Waktu yang paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh.
  • Berdoa ” Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah engkau syariatkan.. Amin”
  • Baca Selawat dan Bismillah setiap kasli sebelum menyusu atau mengepam 
  • Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun…InsyaAllah

Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

4) Pahami konsep supply vs demand

Kena pahami betul-betul konsep penyusuan. Kalau tak paham, tak guna juga teori-teori seribu cara tambah susu ibu tu! Hehehe..

Susu hanya akan bertambah meriah apabila semakin banyak ‘demand’. Sebab tu pentingnya untuk kerapkan frequency untuk bagi susu pada anak. Displinkan diri dan anak dan make sure at least setiap 3-4 jam mesti kena susukan.
Masa mula-mula mungkin anak akan lebih kerap menyusu dalam 2 jam sekali, tetapi semakin dia membesar, kekerapan akan berkurangan. Semua ni ada cerita dengan lebih detail dalam e-book percuma tentang konsep penyusuan dengan pembelian mana-mana produk set tambah susu badan.
Dalam e-book ini juga terdapat tips-tips tentang cara-cara untuk handle pengepaman susu, macam mana nak simpan dan sebagainya.

5) Power Pump

Power pump ini adalah salah satu cara paling cepat untuk tambah bekalan susu. Ini pun ada di share dalam ebook. Basically konsep power pump ni, ialah taknak breast kosong, nak sentiasa ‘produce’ susu, so time anak tak nyusu tula kita buat power pump. Or time aak nyusu dkat breat kanan, kita power pump dekat breast kiri.. takk kasi chance langsung breast tu rehat hahahaha.
Waktu nak power pump pun penting, yang paling-paling berkesan ialah pukul 2-3 pagi. Kalau yang nak direct feed, dan tak berniat untuk pam pun digalakkan semata-mata untuk tambah ‘demand’ susu badan. Selepas beberapa minggu mengamalkan power pump ni, for sure akan terasa perbezaan!

Untuk menyusukan anak secara ekslusif memang mencabar, tetapi ketahuilah, pengorbanan anda itu adalah tidak sia-sia.. setiap titik susu ibu yang anak kita minum telah dijanjikan pahala dan kebaikkan. So, kena yakin ok? Mungkin anda rasa sangat susah sekarang, tetapi percaya dan yakinlah untuk balasan ‘disana’ nanti :)

Penat? tak larat? sebab tu pentingnya supplement, seperti set penyusuan Shaklee! Bantu anda tambah tenaga, kawal stress, galakkan dan pekatkan susu.. dan yang lagi best bantu ibu-ibu kurangkan berat badan secara semulajadi!

Berminat? Boleh hubungi saya segera! Ada berbagai-bagai set penyusuan mengikut keperluan dan bajet anda! Isi borang pembelian atau;

yeen@sukavitamin.com
+6012-2151970

Shaklee sentiasa semulajadi, berkesan dan selamat!

Jadi ahli Shaklee untuk diskaun hebat!

DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge