SUKAnya ketentuan rezeki dari Allah

Salam,
Lama tak berceloteh, Alhamdulillah.. walaupun dah agak lama tak update blog, tapi order still masuk secara offline. Ramai rupanya yang tergerak hati nak cuba produk Shaklee, tapi masih ragu-ragu disebabkan kurang kepercayaan dengan pengedar-pengedar yang hanya dikenali melalui sosial media, tetapi masih ramai juga yang masih percaya dengan pengedar-pengedar online kerana yakin dengan bisnes Shaklee yang telah kukuh bertapak lebih dari 50 tahun yang lalu dipasaran Malaysia. Apa-apa pun, syukur dengan ketentuan rezeki dari Allah.

Sekarang dah nak masuk 2 bulan saya menjalankan business online Shaklee, rata-rata pelanggan saya kebanyakkannya dari kalangan kawan-kawan di Qatar. Memang tak sangka, ramai kawan-kawan yang dah sedia maklum pasal kebaikan produk Shaklee, dah siap usha-usha dengan distributor lain, tapi masih tak tergerak hati nak membeli dan mencuba sehinggalah mereka tahu saya sekarang dah jadi distributor, jadi mereka lebih yakin untuk membeli melalui saya. Saya rasa sangat terharu dengan sokongan kawan-kawan, dan yang paling penting ketentuan rezeki dari Allah. Memang betul apa yang penah saya baca sebelum ni pasal rezeki masing-masing memang sudah ditentukan, banyak sangat kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku pada diri saya. Seoramg demi seorang kawan dalam diam rupanya dah membaca blog saya dan akhirnya mahu mencuba kerana yakin dengan pengalaman-pengalaman peribadi yang telah saya kongsikan di sini ataupun menerusi fbpage sukvitamin.
Sesungguhnya rezeki Allah itu maha luas.
Minggu lalu, saya dikejutkan dengan kejadian yang sungguh tak disangka-sangka, hingga membuatkan hati ini sedikit terguris untuk meneruskan perjuangan business online Shaklee. Tetapi Allah maha kaya, dengan serta-merta mengantikan kehilangan saya dengan lebih banyak order-order baru, Alhamdulillah.
What happened was, disebabkan saya berada jauh di Qatar, saya terpaksa menyerahkan kepercayaan kepada adik lelaki dan kakak saya untuk bantuan penghantaran order-order saya ke Qatar. Minggu lalu, tunang kepada kawan saya merancang untuk ke Qatar, dan memberikan 3kg allocation untuk saya kirim barang-barang Shaklee saya. Adik lelaki saya telah di amanahkan untuk menghantar barang-barang tersebut kepada Z. Malagnya, semasa proses penghantaran barangan tersebut, telah berlaku salah faham atau tipu daya dari pihak ke 3 yang tidak bertanggung jawab (Kami masih tidak pasti which is which).
Adik saya berjanji nak jumpe Z di stesen BHP Cheras, dia memang tak kenal Z, contact melalui telepon je. Die dah bagi gambaran kereta dan janji jumpe jam sekian-sekian. Bila sampai-sampai stesen, ade kereta high-beam dia, so dengan yakin, die keluar kereta untuk bertanya ‘Ini Z kawan Yeen ke?’ Orang itu mengiyekan, dah lumrah manusia yang berhati jujur dan lurus, dengan senang menghulurkan barang-barang kiriman tersebut kepada hamba Allah ni. Orang tu dengan selamba ambik barang-barang dan meninggalkan stesen. Tak lama selepas tu, SMS dari Z yang sebenar masuk, cakap ‘On the way’. Keliru, adik saya terus telefon Z yang sebenar untuk kepastian, sah.. tadi die dah terbagi barang-barang berharga saya kepada tah sape-sape.. die terus masuk kereta dan cuba kejar, tapi apekan daya.. orang tu dah jauh melarikan diri.. memang takde rezeki. Sehingga ke hari ini, orang misteri tu belum telefon-telefon lagi. Dekat kotka memand ada tertera contact number kakak saya. So, kalau pikir logik, orang tu ‘ter-ambik’ mesti die dah call untuk pulangkan.. tapi sampai sekarang takde berita. Malah kakak dan adik saya dah buat report polis kerasa tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut. Saya hargai usaha mereka.. semoga Allah balas jasa mereka dengan rezeki yang melimpah ruah. Aminnn..
Selepas mendapat berita tentang kejadian tu, saya pasrah.. Apakan daya, mungkin itu cara Allah nak bersihkan dosa-dosa saya. Mungkin itu salah satu cabaran dan ujian dari Allah untuk tengok samada saya layak atau tidak untuk berjuang dengan perniagaan business online Shaklee ni. Dah la saya berada jauh di perantauan, memang ini satu cabaran yang sangat hebat.
Ya, saya akui, perasaan saya sedikit terusik. Tetapi saya pasrah dan yakin, Allah dah merancang sesuatu yang jauh lebih hebat untuk saya. Suami saya, kakak saya dan parents saya semua bersimpati, tetapi ajaibnya saya tidak rasa sedih langsung.. saya teruskan berdoa, kerana yakin, doa orang yang teraniya lebih makbul insyaaAllah.
Ke-esokkannya saya terima mesej dari kawan saya di Qatar, order macam-macam product, sehingga layak untuk dapat free-membership. Alhamdulillah..
Hari berikutnya, saya dapat mesej dari seorang kawan lama yang kini berada di Denmark. Siapa nak sangka, sampai jauh macam tu pun orang boleh nak order dengan saya. Dan pada masa yang sama, satu lagi potential customer yang berjanji untuk order sebaik dapat gaji untuk bulan ini. Alhamdulillah.
Kemudian, hari berikutnya, kawan saya merangkap repeat customer (yang berada di Malaysia) yang sangat berpuas hati dengan Shaklee Collagen powder mula berminat untuk mencuba produk-produk lain, sehingga melayakkan dia untuk mendaftar percuma sebagai ahli (free-membership). Alhamdulillah.
Dan tadi, baru saja dapat order dari customer baru yang baru saja datang ke Qatar dan merindukan ESP.

Nampak? Betapa balasan Allah sangat tak disangka-sangka, saya sangat-sangat bersyukur.. Terima kasih Allah kerana memberikan jalan dan meluaskan rezekiku. Yang pastinya ketentuan rezeki dari Allah itu sudah pasti, hanya tinggal kita yang menjayakannya.. tinggal rajin tak rajin je..
Selalulah berbaik sangka, insyaaAllah balasan yang positif-positif saja yang bakal datang. 😉

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge