Sukanya bisnes Shaklee bukan bisnes jual tudung

Sebenarnya dah lama saya dan suami mencari jalan untuk ada bisnes sendiri. Dah macam-macam bisnes kecil-kecilan kami cuba, individually sebelum kami kenal each other hinggalah selepas berkahwin. Dulu masih teringat lagi, semasa di sekolah rendah, nenek sebelah abah ada gerai nasik lemak di Sentul. Saya sentiasa ‘dipaksa’ jadi pembantu nenek buat teh tarik, atau potong cili, atau kopek kerang.. rasa sangat terseksa. Siapa sangka, rupanya dalam diri ini memang ada minat untuk berniaga.
Parents saya juga berkecimpung dalam bisnes nasik lemak kecil-kecilan, dengan membuka gerai didepan rumah.. pagi-pagi weekend, itulah kerja saya.. jaga nasik lemak..

Tak lama lepas tu, dah masuk ke asrama MRSM PDRM, masa form 2 atau 3 saya pun dah agak lupe hehe.. saya mula cuba berniaga sendiri, dengan hasil kongsi bersama seorang rakan. Kami jual fresh sandwich tuna atau telur.. siap delivery.. fuh.. memang memenatkan, bayangkan masak sendiri kemudian pegi hantar pulak, kena panjat tangga satu-satu flat! Tapi saya merasakan kepuasan, kerana hasil itu hasil usaha sendiri.

Apabila dah besar ni, bermula semasa saya sudah bergelar SAHM (Stay at home mom), saya cuba-cuba bisnes jual tudung dan membuat kek. Kek sebab menukar hobi kepada menjana pendapatan. Saya sangat suka kek decoration, masih mencuba-cuba.. tetapi sangat penat kerana terpaksa berjaga malam untuk menyiapkan kek tanpa gangguan anak (masa tu hanya ada Myra). Tak  lama selepas tu, saya ditawarkan kerja sambilan di ofis lama. Maka makin berkuranglah aktiviti membuat kek.

Kemudian bisnes Taufufa yang agak berjaya mencipta nama.. kami makin dikenali diseluruh Qatar. Tapi malangnya, bisnes ini agak memenatkan dan tidak mendatangkan untung yang setimpal dengan pengorbanan untuk menghantar order dan sebagainya. Ditambah pula, pembantu yang telah kami latih membuat taufufa, sudah tamat perkhidmatan. Maka bisnes itu terbantut terus.

Dan sekarang Shaklee, nampak gaya ini adalah bisnes yang paling lama bertahan dengan jumlah untung yang agak konsisten. Bisnes Shaklee lebih mudah berbanding dengan bisnes-bisnes lain kerana terdapat mentoring sistem yang telah mengguna-pakai konsep duplikasi. Kita hanya perlu mengulangkan kesemua teknik-teknik yang telah diaplikasikan upline yang telah terbukti berjaya. Dan Alhamdulillah, walaupun saya telah bertemu dengan kerja ofis hour dengan bayaran yang sudah mencukupi untuk seisi keluarga, saya masih lagi meneruskan bisnes Shaklee sebabnya saya rasakan bisnes ini sangat mudah, kerana menekankan online market. Kesemua yang diperturunkan kepada saya bakal saya kongsikan pada downline-downline saya agar kita sama-sama berjaya.
Tidak ada konsep orang bawah bekerja dan upline duduk goyang kaki dengan Shaklee. Upline tetap perlu memastikan jualan memenuhi syarat-syarat kelayakan tertentu. Sebab itu saya rasa Shaklee sangat bagus dan adil. Bukan hanya pada produk, tetapi juga pada bisnel modulenya.

Kalau anda juga masih tercari-cari bisnes yang sesuai, cubalah jadi ahli Shaklee.. tak rugi pun kerana untuk layak menjadi pengedar, pendaftaran hanyalah RM65+10(pos) untuk SEUMUR HIDUP! bukan bayaran bulanan!

Jika berminat, anda boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut..

yeen@sukavitamin.com
+6012-2151970

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge