sukaNYA bagaimana aku pulih dari kecederaan dalam 2 minggu..part II

sukaNYA bagaimana aku pulih dari kecederaan dalam 2 minggu..part II

Sambungan dari entri semalam

27 Mac, ada larian Qatar Mega Marathon, aku masuk. Berjaya habiskan larian 19km lebih, tak abis 21 km, sebab banyak sangat drama event tu, haha. Tapi sebenarnya masa larian MegaMarathon tu, dalam km ke 15 aku ada rasa kaki aku mula sakit sedikit. Aku kembali risau. Tah berapa agaknya limit yang mampu kakiku pergi. Oh sedihnya.

Setiap kali habis larian, macam yang dinasihatkan coach, mesti tuam dengan ais. Jadi kalau sakit nak bengkak je boleh surut cepat. Selepas larian tu, kaki aku ada mula rasa semacam, kali ni dekat bahagian atas kaki pulak. Adoi, sakit ape pulak ni? Janganlah buat hal lagi kaki, kan baru baik?

Tapi, sebab minor je injury tu, aku teruskan juga dengan latihan larian pertama minggu itu dengan latihan interval 3km pada 31 Mac. Pada 7 April, latihan 5 km, kaki memang tak sedap, confirm. Aku jadi bertambah sedih, semakin dekat aku nak sampai 26 April, macam-maca cabaran datang, kaki kejap ok, kejap tak.

Macam mana nak teruskan latihan? 42.195km tu bukannya mudah nak dihabiskan kalau tak berlatih betul-betul. Aku mula down. Hari Sabtu, 11 Apr, geng PSYMadridgirls dah set nak sambung latihan larian LSD 20km. Malam jumaat tu lagi, aku dah sedih gila, macam tak dapat join sebab kaki mula rasa sakit balik.

Motivasi-berlari-marathon

Bila diaorang tanya-tanya dalam group, aku hanya membisu seribu bahasa. Tapi aku teruskan berharap dengan ambil AJHT dan Ostematrix, aku tidur awal, memang aku fikir, kalau esok pagi bangun kaki sakit, memang aku tak join latihan lagi. Sambil berdoa Allah permudahkan segalanya, I leave the rest to HIM.

Seperti keajaiban berlaku, esoknya pagi-pagi subuh, aku bangun, kaki aku tak rasa sakit langsung. Pelik sangat, sebab beberapa hari tu, kaki aku macam berdenyut, sakit, dan hari ni sakit tu langsung hilang. Aku pun terus last minit grab semua barang larian, dan menuju Aspire untuk join sesi LSD.

Alhamdulillah, aku berjaya habiskan 17.92km. Taknak terlalu push, sebab kaki baru nak baik. Esoknya bangun, pun sama, kakiku ok! Wahh.. magik koperpil! Aku kini agak yakin yang kaki aku sudah pulih dari injury. Aku sudah boleh teruskan latihan seperti biasa. Aku sangat bersyukur dan gembira, kitaorang basically berjaya habiskan semua latihan (diskaun takyah cite hehe). Nampaknya panjang lagi jodohku dengan Madrid Marathon.

Latihan yang paling mencabar ialah larian 32 km, yang mana aku boleh tertinggal jam, tiada rekod langsung! Dan PSYMadridgirls yang lain pulak masing-masing jam mati sampai paling jauh 27 atau 29 km jer. Sudahnya, kami semua tiada rekod. Punyalah payah nak habiskan lari 32km tu. Sebab bulan April, Qatar dah semakin panas.

Latihan-LSD-32km

Subuh bermula seawal 3:50am, jadi kami mula berlari dari jam 4:45 pagi! Bayangkan, nak habiskan 32km tu ambil masa dalam 5 jam lebih sebab lari pada pace slow. Dari sebelum matahari terbit, sampai tegak dikepala, kami masih gigih. Oh my training. Sampaikan habis larian tu, aku rasa haus gila, minum milk shake sampai 2, air jus botol satu, masih lagi rasa haus haha. Macam tak percaya berjaya habiskan (walaupun aku bagi diskaun pada diri sendiri sampai 30km je).

berlari-32-dari-subuh-ke-tengahhari

Kini, aku dan PSYMadridgirls yang lain sudah sampai ke Madrid. Esok kami akan berentap untuk menghabiskan larian sejauh 42.195km kami yang pertama. Memang kerja gila. Tapi kami bersedia. Perjalanan ini sangat susah, bukan pada hari race itu sendiri, tetapi pada perjalanan untuk menghabiskan latihan untuk tiba ke hari race.

Macam-macam drama swasta! Semangat memang perlu kuat. Korang pun mesti paham dari cerita-cerita aku sebelum ni kan. Tapi biasalah, untuk berjaya mana ada jalan mudah. Good thing is, we are supporting each other. Itu yang paling penting. Support system ni adalah tulang belakang kepada kejayaan untuk menghabiskan komitmen yang sudah kita ikrarkan dari mula. Alang-alang tu biar buat yang terbaik sampai habis!

Larian Madrid Marathon ini aku tujukan demi Mak, Ibu dan semua wonder women di seluruh Malaysia. Aku mahu buktikan, wanita melayu dari Malaysia, ibu kepada anak-anak juga mampu lakukan apa saja. Simbolik dari sekecil-kecil perkara ke sebesar-besarnya!

running-brings-out-wonder-women-in-yousukaRUN dari keliling rumah, ke keliling DUNIA!

 

Trackbacks

  1. […] Pertama kali aku benar-benar serious dalam latihan, walaupun tak berjaya habiskan 100% kerana kecederaan, inilah kali pertama aku berjaya komited sampai habis. Aku biasanya selalu hangat-hangat tahi ayam, […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge