Sukanya 10 kebaikan berpuasa di bulan Ramadan dari sudut kesihatan!

Sukanya 10 kebaikan berpuasa di bulan Ramadan dari sudut kesihatan!

image courtesy of google

Kita semua berpuasa disebabkan suruhan dan tuntutan agama. Tetapi, tahukan anda, berpuasa bukan sahaja untuk keperluan rohani, malah ianya memberikan pelbagai macam kebaikan. Dari segi kesihatan, kebaikan berpuasa jika dilakukan dengan cara yang betul adalah terlalu banyak, seperti membuang toksin dari badan, mengurangkan paras gula dan lemak tersimpan. Di sini suka saya senaraikan 10 kebaikan berpuasa di bulan Ramadan dari sudut kesihatan:

1. Berpuasa membantu proses detoksifikasi


Zaman sekarang kita terlalu terdedah dengan makanan segera dan processed food yang mengandungi banyak perisa tambahan yang boleh bertukar menjadi toksin kepada badan. Sebahagian darinya menghasilakn glycation end products (AGEs). Kebanyakkan toksin ini tersimpan didalam lemak-lemak. Semasa berpuasa terutamanya bagi masa yang lama, lemak-lemak ini akan dibakar, dan menguraikan toksin maka dikeluarkan dari badan. Hati, Buah Pinggang dan organ-organ lain dalam badan terlibat dalam proses detoksifikasi ini.


2. Puasa merehatkan sistem penghadaman badan



Semasa berpuasa, organ penghadaman akan berehat. Bahagian fungsi saikologi berfungsi seperti biasa tetapi pasa kadar yang lebih rendah. Ini memberikan keseimbangan cecair di dalam badan. Pemprosesan makanan berlaku pada tahap yang stabil. Penghasilan tenaga juga dijalankan secara berperingkat. Tetapi berpuasa tidak menghentikan penghasilan asid di dalam perut. Sebab itu, mereka yang mempunyai masalah peptic ulser dinasihatkan untuk berpuasa dengan penuh berjaga-jaga.

3. Berpuasa mengubati tindak-balas radang

Kajian menunjukkan berpuasa membantu mengubati tindak-balas radang dan alergik seperti arthritis dan penyakit kulit seperti psoriasis. Terdapat pakar yang mengatakan berpuasa bantu mengubati penyakit radang usus seperti ulser colitis. 

4. Berpuasa mengawal paras gula.

Berpuasa meningkatkan proses pemecahan glukos untuk menghasilakn tenaga kepada badan. Ia mengurangkan penghasilan insulin yang membolehkan pankreas berehat. Glukogen dihasilkan untuk membantu pemecahan gulukos, menghasilakan pengurangan paras gula dalam darah. 


5. Berpuasa meningkatkan pemecahan lemak-lemak


Apabila kita berpuasa, badan akan bertindak balas dengan memecahkan glukos. Apabila glukos tersimpan berkurangan, ketosis bermula. Ini adalah penghasilan tenaga segera dari pemecahan lemak-lemak. Lemak-lemak ini tersimpan di dalam buah pinggang dan otot akan dipecahkan untuk menghasilkan tenaga.

6. Berpuasa membetulan tekanan darah.


Berpuasa adalah salah satu cara mengurangkan tekanan darah tanpa mengunakan dadah. Ia mengurangkan risiko arteri tersumbat disebabkan partikel lemak. Semasa berpuasa glukos dan seterusnya lemak tersimpan digunakan untuk menghasilakn tenaga. Metabolisma badan berkurang semasa berpuasa. Hormon seperti adrenalin juga dikurangkan. Ini membuatkan metabolik menjadi stabil dan mengikut limit. Membolehkan pengurangan tekanan darah.

7. Berpuasa membantu pengurangan berat badan.


Berpuasa membantu pengurangan berat badan secara rapid. Ia mengurangkan lemak tersimpan. Tetapi berpuasa bukanlah strategi untuk kurus yang bagus. Mengurankan pengambilan gula dan meningkatkan pemakanan buah-buahan dan rehat yang sebaiknya adalah sebenarnya membantu untuk mencapai pengurangan berat badan secara sihat.

8. Berpuasa menggalakkan diet sihat

Dari kajian, menunjukkan apabila kita berpuasa, ia turut menurunkan keinginan terhadap makanan segera atau processed food. Sebaliknya, ia menggalakkan keinginan kita terhadap makanan dari sumber semulajadi, terutamanya air dan buah-buahan. Dengan sebab itu, ia dikatakan menggalakkan diet yang sihat.

9. Berpuasa meningkatkan imuniti

Apabila individu mengamalkan diet seimbang antara lemak-lemak, ia akan meningkatkan imuniti individu tersebut. Pembuangan toksin dari badan serta pengurangan simpanan lemak membantu badan berfungsi dengan lebih baik. Apabila seseorang berbuka dengan buah, dia meningkatkan kandungan simpanan vitamin dan mineral penting dalam badan. Vitamin A dan E adalah anti-oksidan yang baik yang sememangnya boleh didapati daripada buah-buahan. Ianya meningkatkan imuniti.

10. Berpuasa boleh bantu menghilangkan ketagihan


Sesetengah penulis mengatakan berpuasa membantu mereka dalan melawan keinginan kepada nikotine, alkohol, caffeine dan sebagainya. Walaupun terdapat regim-regim lain untuk merawati ketagihan, berpuasa sememangnya turut  memainkan peranan.

Disebalik kebaikan-kebaikan berpuasa di bulan Ramadan, ada juga perkara yang tidak berapa sihat yang disebabkan oleh puasa. Contohnya berpuasa boleh menyebabkan de-hydrasi badan yang boleh menjurus kepada sakit kepala ataupun migraine. Ia juga mungkin menyebabkan sakit yang semakin teruk, atau heart burn.


Oleh sebab itu penting untuk kita mengelakkan masalah-masalah kesihatan sebegini dengan memastikan ibadah puasa kita dijalankan dengan cara yang betul. Salah satu perkara yang penting, adalah dengan memastikan pemakanan yang seimbang pada waktu yang telah disarankan, contih bagi sahur, digalakkan untuk diambil pada hujung-hujung waktu sebelu masuk waktu fajar. Bagi mereka-mereka yang mempunyai masalah untuk berpuasa, Shaklee turut mencadangkan supplement tambahan berikut untuk membantu ibadah puasa anda berjalan dengan lancar. 

Memperkenalkan set Mighty 3 Gems Shaklee:

+ Mengurangkan keletihan
+ Mengelakkan dehidrasi
+ Mengelakkan masalah gastrik
+ Memberi tenaga tambahan segera
+ Membekalkan vitamin dan mineral utama yang diperlukan badan
+ Mengeyangkan untuk tahan lebih lama



Sangat sesuai bagi pelbagai peringkat umur, termasuk untuk kanak-kanak yang baru belajar untuk berpuasa! Hubungi kami segera untuk mencuba! Atau click logo BUY NOW untuk belian secara online!


Klik sini untuk Jadi ahli Shaklee
 dan dapatkan produk dengan harga 20% lagi murah dan bermacam-macam lagi kebaikan!

Klik sini untuk pelbagai set-set menarik Shaklee untuk bermacam-macam masalah kesihatan!

::Yeen:: ID 913391
 Yeen@sukavitamin.com
 +6012-2151970

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge