Sukakan Omega guard untuk cara semulajadi mengatasi anak demam.

ENG

Kesian Myra, demam. Dia selalunya agak ceria dan petah bercakap, tak benti-benti.. kadang-kadang sampai tak terlayan, so dia selalu berimaginasi sendiri, main dengan adik-adik atau dengan anak-anak patung. Jarang Myra demam, bila demam, rumah mula terase sunyi. Tapi lumrah budak-budak, bila baik je demam, terus melompat-lompat, tak kira la baik sekejap sebab kesan sementara ubat je pun.

Dulu, saya pernah menetap di London, klinik kerajaan disana seboleh-boleh menghalang penggunaan antibiotik bila seseorang individu diserang demam, batuk dan selsema. Kita orang Malaysia ni, dah tersangat biasa dengan pengambilan antibiotik, jadi dulu bila kes Myra kena sakit 3 serangkai ni, saya jadi geram sebab nurse kerek tu tak nak bagi sebarang ubat. Dia bagitau “Give Adol to your daughter, if she’s still sick after 2 weeks, then come back’. (Terjemahannya berbunyik: ‘Bagi je Adol kat anak awak, kalau dah lepas 2 minggu tak baik-baik, datang balik check’) siap dengan nada kerek tak ingat.. gerammm..

Takde sape peduli nak terangkan kenapa dieorang sarankan begitu, lepas tu saya borak-borak dengan rakan sekerja omputeh, baru la die terangkan kenapa. Dia cakap lumrahnya di UK dan Eropah, mereka galakkan pemulihan secara semulajadi dari antibodi badan pesakit sendiri, kalau awal-awal dah telan antibiotik, memang selamanyalah kita akan bergantung kepada antiobiotik, dan badan akan cepat mengalah dan lemah.
Oooooooooo… panjang saya punya o, napelah nurse tu tak cakap macam tu je? Saya bukanlah bodoh sangat, kalau terang macam tu, kompemla paham dan mestila saya pun setuju, takdela geram dan bengang je kan? Huhuhu.. takpe, pengajaran… Jadi berbalik kepada cerita Myra demam sekarang, lepas pengalaman saya di London, saya agak anti ubat, dan seboleh-boleh nak guna bahan-bahan semulajadi untuk bagi badan anak-anak lawan sendiri mana-mana virus yang menyerang.

Kalau selsema, batuk, saya bagi dieorang Madu dan Lemon. Caranya bancuh satu sudu makan madu dengan perahan satu potongan sedang lemon dengan separuh gelas air suam. Bagi dalam 2-3 kali sehari.. InsyaaAllah akan baik sendiri.. kalau bagi ubat pun sama je, takkan baik terus, so sama jugakla bila bagi madu dan lemon ni, ambik masa skit, tapi akan baik jugak.. insyaaAllah. Tapi kalau dah lebih 2 minggu tak baik-baik, kenalah segera berjumpa doktor.

Pastu untuk demam pulak, saya terjumpa saranan cara-cara jaga anak masa diserang demam. Kena pastikan anak yang demam tu dimandikan 3 kali sehari. Ye.. memang salah pun pantang-larang dulu-dulu cakap kalau demam jangan mandi. Kita mandikan sebab nak turunkan suhu badan anak tu. Selalu la lap kepala dengan kain basah. Pakaikan baju yang nipis-nipis. Supaya haba dapat keluar dengan lebih bagus.
Kemudian, bila google-google jumpa saranan untuk yang demam, batuk selsema ni, bagi Omega Guard Shaklee bersama-sama vitamin C. Disebabkan saya takde stok vitamin C chewable, saya beli je jenama vitamin C untuk budak-budak (yang jenis kunyah) bagi 2 biji Omega Guard berserta 4 bijik Vitamin C, Alhamdulillah.. malam tu Myra tak demam, dan keesokkan harinya dia muntahkan kahak kuning. Wahhh.. sangat bagus dan berkesan!

Tapi saya hanya cuba tu sekali je, keesokkan malamnya, demam Myra datang balik, saya bagi jugak Adol. (Ye, saya akui, saya masih lemah dalam bab-bab kesihatan ni, maka masih takut nak biarkan Myra baik demam secara semulajadi, menyesal jugak tak ulang je apa yang saya dah praktikkan semalam tu.. mungkin saya akan cuba lagi di lain kali hehe).

Bagi mommy-mommy yang lagi terer dan memang tak suke nak bagi ubat-ubatan ni, cubalah petua Omega Guard dan Vitamin C tu.. InsyaaAllah… ini semua cuma ikhtiar..jangan lupa berdoa untuk kesihatan anak-anak.

Terasa nak mencuba kelaian Shaklee? Hubungi kami segera

Call/SMS/WA no to order: 

Yeen::yeen@sukavitamin.com OR Whatssap +974 55022452  or +6012-2151970 

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge