SUKA-suka je makan vitamin? Ikut panduan baru betul


Bila time sesuai nak makan vitamin?
 Di bawah ni, ialah rule of thumb untuk panduan pengambilan vitamin. Tak bolehlah suka-suka je nak makan, nanti tak berkesan, marah pulak dekat pengedar. Tak pasal-pasal dapat dosa free.
Vitamin larut air ( B-complex dan Vitamin C) :
Seelok-eloknya diambil dengan segelas air untuk penyerapan yang efektif dan elakkan diambil bersama-sama makanan berlemak/berminyak.

Vitamin Larut Lemak ( A, D,E K) :

Diambil selepas mengambil makanan berlemak / berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

OsteMatrix@Calcium :
Diambil bersama produk tenusu seperti susu. Selain itu, pastikan calcium anda mempunyai magnesium kerana magnesium membantu calcium lebih mudah diserap.

Iron:

Diambil bersama dengan vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap
Bagi mereka yang baru mengambil supplement, anda boleh gunakan jadual di bawah sebagai panduan. Ini secara umum yea.
Selepas sarapan : 1x Vitalea, 1x B-complex
Antara sarapan dan makan tengahari : secawan ESP
Selepas makan tengahari : 1x Vitamin C, 2x Alfalfa
Antara makan tengahari dan makan malam : Secawan ESP
Selepas makan malam : 1x Omega, 1x Vitamin E
Sebelum tidur : 2@4x OsteMatrix
Bagi anda yang mengamalkan Lecithin untuk berdiet atau merendahkan kolestrol, ambil 2 caps selepas sarapan, makan tengahari dan makan malam berserta dengan 2 biji alfalfa.
Pantang Larang pengambilan vitamin yang perlu dipatuhi
  1. Alfalfa bersama Vitamin E –  Vitamin E akan menghalang penyerapan Alfalfa
  2. OsteMatrix bersama Iron  – Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vitalea mempunyai Iron jadi elakkan pengambilan bersama ostematrix atau produk tenusu. Produk tenusu=kalsium kan?
  3. Alfalfa bersama GLA complex – GLA complex mempunyai vitamin E jadi berbalik kepada pantang no. 1
  4. Pengambilan vitamin bersama kafein seperti kopi dan teh kerana kedua-dua minuman ini mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.
  5. Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil vitalea kerana vitalea mengandungi iron. 

Sumber: ekina
Dan ingat! Jangan lupa minum air sekurang-kurangnya 2-3L sehari sebabnya vitamin-vitamin ni dalam bentuk kapsul dan pekat, air diperlukan untuk mencairkan dan membantu penyerapan ke dalam sel-sel badan.  


Speak Your Mind

*

CommentLuv badge