sukaNYA senarai event-event larian di Malaysia selepas Hari Raya AidilFitri 2015!

sukaNYA senarai event-event larian di Malaysia selepas Hari Raya AidilFitri 2015!

Semalam tiba-tiba dapat email dari Setia Eco Hill Semenyih tentang Rescue Run 26 Julai 2015, sah.. mesti kerja Mr.Ai registerkan aku event larian lepas raya nanti. Memang takde chance nak escape kalau bersuamikan seorang ‘atlit’! hahah. Tapi Alhamdulillah, bagus pun, jadi nak tak nak aku terpaksa menyihatkan badan untuk kekal FIT! Tak ramai yang bertuah macam aku hehe.

Kalau korang pun mencari-cari event larian selepas raya di Malaysia nanti, boleh cuba tengok senarai di bawah. Ini senarai apa yang aku sempat jumpa la. Eco Hill Rescue Run ni pun baru saja bukak balik pendaftaran dengan menambah jumlah peserta disebabkan sambutan yang agak menggalakkan! Mungkin sebab ramai orang balik kampung dekat Semenyih time tu macam kitaorang hehe.

Anyway, sorry sebab lambat kongsi senarai ni, ada yang dah tutup tarikh pendaftaran. Tapi takpela, sekadar kasi maklumat, mana tau, ada yang suka-suka nak pergi menyokong kan :)

1. ecoHILL Rescue Run (5km atau 10km Fun Run)

Penganjur: Setia Eco Hill

Tempat: Semenyih

Tarikh: 26 Julai 2015

Masa: 0600-1100 pagi

Tarikh tutup pendaftaran: 12 Julai 2015

ecoHILL Rescue Run

ecoHILL Rescue Run

2. Seremban Half Marathon (21 km & 10km Fun Run)

Penganjur: Tak berapa pasti – tapi pendaftaran menerusi themarathonshop

Tempat: Padang MPS, Jalan Yam Tuan, Seremban

Tarikh: 26 Julai 2015

Masa: Bermula jam 0600 pagi

Tarikh tutup pendaftaran: Tidak dinyatakan tapi masih dibuka setakat hari ini.

Seremban HM & 10km Run - 26 Julai 2015

Seremban HM & 10km Run – 26 Julai 2015

3. Pacemakers Anniversary Run Series 2

Tarikh: 12 July, 2015

Masa: Race bermula 07:30 am

Tempat: Tapak C, Lake GardenKuala Lumpur

Categories: Larian relay 5 orang berganti-ganti ;untuk 3.15 km seorang

Bayaran: RM 200 satu kumpulan(wajib mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita)

Pacemaker-run-2015

4. Bloodrunner Run 2015

Tarikh: 31 Julai 2015

Tempat: Persint 6, Putrajaya

Masa: Flag-off pertama jam 10 malam!

Tapi sayangnya pendaftaran dah ditutup. Korang boleh join untuk support dan untuk pre- dan post foodtruck galore party hehe.

Blood runner run: Larian berhalangan sejauh 10km

Blood runner run: Larian berhalangan sejauh 10km

5. Kuching Marathon 2015 (Full Marathon, Half Marathon, 10 km, 5 km fun Run)

Tarikh: 16 August 2015

Tempat: Padang Merdeka,  Kuching, Sarawak

Flag-off Mengikut kategori larian:

03:00 am untuk full marathon 42km!

05:00 am untuk half marathon 21km!

06:00 am untuk 10 km

07:30 am untuk 5km

Ini kami ada pengalaman di Kuching Marathon 2014. Bolehlah baca perkongsian :)

Kuching-Half-Marathon-2014

Geng PelariStyloYo ramai-ramai memeriahkan Kuching Marathon 2014

 

Kalau ada lagi event larian yang menarik yang korang rasa aku patut senaraikan dan kongsi, bagitaulah ok?

-yEEn-

sukaRUN after Ramadan!

 

Comments

  1. errr aku tak fit nak join lari lari ni hehe
    Uncle Zuan recently posted…Bakar Lemak Ketika Di RumahMy Profile

  2. banyak ye event tu
    Index Apk recently posted…Brothers in Arms 3 v1.3.1f ApkMy Profile

  3. dulu masa sekolah suka aktiviti merentas desa..memang tak pernah menang tapi best aktiviti begini
    mrhanafi recently posted…Rahsia Jana Pendapatan RM9 Ribu TerbongkarMy Profile

  4. Alah terlepas yang ecohill tu! baru nak join

  5. Baru cuba-cuba nak marathon so far dh masuk 2 event. Perasaan masa joint sgt2lah mengujakan, selalu lari atas treadmill je. Dua hari agi joint Semenyih Eco RUN. Tak sabar ni..

    • Eh.. you join Ecohill?! kiteorang pun.. bes kan Ecohill rescue run, boleh tahan ramai orang! Exciting

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge