Sambungan pengalaman Mr.Ai sukarun dan travel di Rotterdam marathon

Sambungan pengalaman Mr.Ai sukarun dan travel di Rotterdam marathon

Sambungan dari kisah Mr.Ai ke Rotterdam Marathon sambil travel makan angin

Larian Bermula

Waktu Subuh di Rotterdam sangat awal pukul 4:44am. Waktu begini sangat sesuai kerana Marathon bermula dalam jam 10am. Banyak masa boleh digunakan untuk solat, tenangkan minda dan juga sarapan yang teratur. Aku masih teringat masa aku masuk KL Marathon dahulu. Waktu bermula seawal 4am. Aku bangun 2.30am untuk bersiap. Dan subuh pulak 6am. 2 jam selepas larian bermula. Aku siap berhenti ditepi jalan untuk solat Subuh.

Aku dan SB turun untuk sarapan jam 6am. Kelihatan ramai pelari sedang bersantai di café hotel dan lobby. Ada yang sudah membuat senaman kecil dengan membuat larian anak di luar hotel. Aku lihat suhu pada masa ini lebih kurang 12.°C. Emm! Memang mengigil. Aku ada perasan tidak sedap hati pada pagi itu. Perasaan berdebar rasa macam kurang cukup tenaga. Aku cuba tenangkan fikiran dengan menghantar message whatsapp pada isteri dan kawan-kawan rapat. Untuk mendapatkan semangat. Perasaan aku sekarang takut “injured”.

Aku sebenarnye baru selesai proses berpindah ke rumah baru di Doha. Coach aku si pie pernah menegur aku, yang pindah-pindah rumah ni boleh kacau tenaga dan fizikal untuk larian jauh ni. Apakan daya memang menjadi kenyataan. Aku injured di KM 26. (akan diceritakan selepas ini)

Core-training-sebelum-Marathon

Core training seround

Kak Diba dan Latif sampai ke hotel kami dalam jam 8am. Latif macam biasa akan ambil masa untuk bertafakur di dalam tandas. SB pula Nampak begitu semangat siap buat “Core Training” dalam bilik. Respect!

SukaRUN get ready for Rotterdam Marathon 2015 from sukarun on Vimeo.

Kami semua turun ke bawah pada jam 9am. Memang makin meriah. Penuh dengan pelari-pelari dari serata dunia. Kemeriahan dapat dirasai. Lagu yang penuh energetic kedengaran semasa kami menuju ke “Starting Point”. Untuk pengetahuan anda, Starting point Marathon ini dipecahkan dalam beberapa kumpulan.

start wave

Start wave

 

 

Ia berdasarkan berapa target masa kita untuk habiskan Marathon ini. Semasa daftar online, ada satu bahagian diminta untuk kita isi berapa jam yang kita boleh habiskan larian ini. Aku letak 4Jam. Jadi aku dan SB dikategorikan dalam kumpulan hijau number 2.

IMG_4827

Latif pula dia kumpulan Biru number 3. Rasanya Latif letak 4jam 30min. Jadi kami berpisah di starting line. Marathon ini dilepaskan berperingkat mengikut kumpulan masing-masing. Dari kumpulan 1 hingga la ke 4. Tujuannya adalah untuk mengelakkan “cramp” . Kalau terlalu ramai, kebarangkalian untuk jatuh kerana bertolak-tolak boleh berlaku.

Latif bermula 15min selepas kami mula.

National Anthem of The Netherlands from sukarun on Vimeo.

Tembakan pistol kedengaran. Larian bermula. Macam biasa kami dibelakang akan berjalan perlahan-lahan kerana terlalu ramai pelari. Sehingga betul-betul kami lepas garisan line “Time chip” baru kami mulakan larian. SB kali ini plan untuk lari mengikut pace dia. Kami berpisah seawal larian bermula.

Penonton di sepanjang permulaan sangat mengujakan. Memberi tepukan semangat pada semua pelari. Aku berlari dengan tenang. Memang cantik dan indah Rotterdam ini. Pace larian aku maintain dalam 5:30 min/km .Yang menarik tentang Marathon ini, setiap 2km mereka ada menyediakan “Music Band” untuk hiburkan suasana Marathon ini. Sangat meriah, aku sampai tak terkira jumlah kesmua band yang disediakan. Aku rasa hampir 37 buah “Music Band” dengan sempoi menyanyi di tepi jalan.

route-map-rotterdam-marathon2

Map route Marathon Rotterdam

Dan ini adalah kali pertama bagi aku juga melihat penonton yang tidak putus-putus menyokong semua pelari di tepi jalan dari mula sehingga habis. Bayangkan sepanjang 42km ini, penonton ramai memenuhi laluan kami. Paling seronok melihat kanak-kanak mengangkat tangan untuk “pass” tangan kami. Korang boleh tengok peta diatas untuk melihat laluan yang aku lalui.

Kesakitan di kilometer ke 25

Selepas larian yang indah sepanjang 25km. Tiba-tiba lutut kaki aku memberitahu sesuatu, aku dapat rasakan sedikit sakit di tepi lutut kanan aku. Hati aku mula berdebar-debar, benda yang paling aku takut akan mungkin berlaku. Aku teruskan larian, makin lama makin kuat sakit, aku mula pasrah dan pace aku menjadi perlahan.

Aku dah berazam untuk membuat “PB “ baru di Rotterdam ini. Kalau mengikut kiraan kasar dari jam Garmin Forerunner 920 aku. Aku boleh habiskan dalam masa bawah 4jam. Tapi kesakitan di lutut menghalang aku untuk bertahan. Pace aku menurun seminit. Aku sekarang lari dalam pace 6min.

Ujian aku bermula di KM ke 29. Aku terpaksa memperlahankan lagi larian ku kerana sakit berjangkit ke lutut kiri. Fikiran aku menjadi tak tentu arah, dan aku agak emosi sedikit. Macam-macam suara datang dalam kepala ini menyuruh aku berhenti dan berjalan. Aku hanya istighfar dan teruskan berlari.. pace aku makin perlahan. Disini aku dapat rasakan rekod bawah 4 jam agak mustahil.

Kebas di kilometer ke 35

Sampai sahaja di 35KM aku terasa kaki aku keras semacam. Aku macam tidak boleh bergerak, disini la bermulanya istilah “Wall” aku berhenti.. meraba-raba tangan aku mencari krim panas di bag pingang aku. Aku sapu krim sebanyak yang mungkin di bahagaian lutut, peha dan betis. Tidak jauh dari situ ada station air. Aku simbah air ke bahagian kaki. Panas mula terasa. Aku rasa dalam 2min juga la aku tak bergerak.

Aku mulakan kembali larian tetapi dengan pace yang makin perlahan. Aku rasa dalam 7min ke 7:30min berubah-rubah. Aku hanya berlari dalam kesakitan, aku mulakan strategi walk and run. Bila aku rasa sakit je, aku akan jalan dalam 30 saat. Dan aku akan sambung berlari. Banyak jugak la.. aku berjalan 30 saat. Habislah marathon aku kali ni. Memang lari dalam keadaan seksa dan pasrah.

Ada ramai penonton di tepi jalan nampak aku berlari dalam keadaan terhenjut-henjut, menjerit memberi semangat.. “Don’t stop” “ Run my friend run” “don’t give up” “you can do it” ini la ayat2 kedengaran dari tepi jalan. Padahal aku tak kenal pun mereka tapi sokongan mereka membuat aku tetap teruskan larian walaupun dalam keadaan yang menyeksakan.

Dalam sakit-sakit tu byk jugak aku “capture” video dan gambar dengan Sun Glass “Pivothead” aku ini. Ada lah sedikit kenangan. aku akan cuba attach video dibawah nanti. Aku sudah lalui 40km. dah tak jauh sedikit lagi. Tiba-tiba tangan aku ditarik oleh seseorang. Agak terkejut dan panik sekejap. Aku ingat ada orang jatuh dan cuba paut pada aku. Rupanya partner PSY aku “Latif” sudah sampai. Dia tarik tangan aku ajak lari dengan dia.

Aku tak tahu nak cakap apa masa ini. Macam ada “magic”. Aku tiba-tiba dapat aura, semangat yang kuat dan aku boleh lari laju seperti mula-mula aku start larian tadi. Bermula la aku berlari bersama-sama Latif, aku tak fikir langsung pasal lutut kaki aku semua. Aku fikir nak habiskan dan balik tidur. Aku ikut rentak larian Latif. Aku sangat puji dengan Latif dia memberi aku semangat untuk lari bersama. Bayangkan dia boleh kejar aku balik padahal dia dilpeaskan lewat dari kami semua.

Ke garisan penamat Rotterdam Marathon

Dah masuk 42km. Aku tiba-tiba makin bersemangat. Aku Lihat Latif sangat enjoy berlari sambil angkat-angkat tangan lambai penonton. Aku pun ckp kat Latif, Latif “Come let’s finish the race together” aku keluarkan Bendera Malaysia dan mula lari sambil berkibar. Larian aku makin laju Latif dan aku pegang bendera sehingga la habis larian. Perasaan yang tak terkata, aku boleh habiskan larian dalam keadaan begini.

Never give up on your dream

Never give up on your dream

Lepas sahaja garisan penamat. Jam aku menunjukkan 4:17:04. Ada dua perasaan, sedih dan gembira. Sedih sebab rekod Istanbul tak dapat pecah. Gembira sebab dalam keadaan yang sakit dapat habiskan bawah 4jam 30min.

Kaki aku rasa keras. Aku rasa macam nak jatuh. Aku sempat jugak la posing sengih-sengih bila ada cameraman dating ambil gambar aku.Senyum paksa. Aku duduk di tepi jalan sambil minum air. Aku urut perlahan-lahan kaki aku. Dengan harapan sakit berkurangan.

habis-berlari-tengah-sakit-paksa-senyum

tengah sakit . paksa senyum

Latif tiba-tiba hilang, aku cuba cari kak Diba tapi gagal. Manusia kat area finishing line tu ramai betul. Macam nak tengok concert Metallica.Badan aku mengigil kesejukkan, aku terus balik ke Hotel. Dalam 10min duduk berehat di Lobby, SB sampai. Dia gembira sebab dapat buat “New PB”. 4:20:00. Wow! Peningkatan drastik. Pujian harus diberikan kerana dia berjaya “Sub 4:30”

Rotterdam Marathon

Kapten cipta PB di Rotterdam Marathon 2015

Pujian kepada Latif jugak kerana peningkatan yang mendadak. Berjaya buat 4:08:29. Sangat hebat.

Latif-habis-Marathon-Rotterdam

Latif- Egyptian married to Malaysian: New PB rekod di Rotterdam Marathon

Insyallah bulan 4 tahun depan kite akan berusaha untuk sub 4 pula.

Result.

SB PB – 4:20:00

Latif PB – 4:08:29

Aizal not PB – 4:17:04

Rekod Aku setiap 5KM

5KM – 27:31

10KM – 53:33

15KM – 1:20:33

20KM – 1:47:57

21KM (HM) – 1:54:04

25KM – 2:17:07

30KM 2:47:41

35KM – 3:24:30

40KM – 4:02:50

42.2KM – 4:17:04

Aktiviti selepas selesai berlari Marathon

Aku banyak habiskan masa terbaring di dalam bilik. SB yang mempunyai pengalaman dalam ilmu pengurutan bantu mengurut kaki aku. Dia cakap dia belajar urut kat Russia. Tapi aku rasa macam belajar dari Sudan. Thank you Bro!

Perut mula terasa lapar. Aku dan SB nak turun cari kedai makan. Dalam masa sama Latif dan Kak Diba nak join sekali. Ini masalah tak buat research. Memang agak sukar mencari kedai halal selain kedai halal fastfood Arab. Tekak dah mula jemu.

tukang urut Russian jemputan

tukang urut Russian jemputan

Kak diba terserempak dengan seorang Singaporean kalau tak silap. Dia ada bagi tahu ada kedai Istanbul tak jauh dari Hotel kami. Setelah berjalan dalam 15min akhirnya jumpa. Kedai sangat cantik, penuh dengan lampu-lampu Istanbul. Kami semua agak seksa berjalan, terhenjut-henjut. Ramai orang dalam kedai ketawa melihat kami.

baju-trafik-light-selepas-marathonmakan-makan-lepas-marathon

Esoknya kami bersiap awal kerana penerbangan kami dijadualkan pukul 1pm. Alhamdulillah Latif dan kak Diba sudi menghantar aku dan SB ke Airport Amsterdam. Kak Diba dan Latif dapat menyewa sebuah kereta Mercedes-Benz. Memang terasa macam orang kaya sekejap.

Kami berhenti di sebuah station minyak untuk “coffee break”. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat indah. Banyak “Windmill” di tepi jalan.

on-the-way-ke-airport-Amsterdam

Sampai di Airport maka berpisah lah dengan Latif dan kak Diba, mereka meneruskan percutian di Amsterdam untuk beberapa hari. Aku dan SB tidak sempat membeli “souvenir” untuk kawan-kawan di Doha. Kerana kesuntukan masa. Airport je la tempat kami membeli apa saja yang terlintas di kepala.

Trio-Rotterdam-marathon-diraikan

Di Doha kami diraikan oleh rakan-rakan “PelariStyloYo”. Perasaan gembira dan ingin membuat satu lagi Marathon sudah bermain di dalam kepala. Insyallah kita bertemu lagi di Marathon yang lain.

Nantikan NY Marathon dan Challenge Bahrain November ini!!

IMG_5462

-Aizal-

sukaRUN, dari keliling rumah, ke keliling DUNIA!

Comments

  1. Kalau tak hati kental memang boleh kandas dan putus asa untuk tamatkan larian..tahniah ya..
    Sani recently posted…Jom Beramal Bersama Amal Till JannahMy Profile

  2. Tahniah semua.
    Best kan Rotterdam.
    I ran it in 2014.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge