Sukanya Review Taiping Raintown Half Marathon 2015

Sukanya Review Taiping Raintown Half Marathon 2015

Minggu lalu SukaRUN dijemput oleh Majlis Pembandaran Taiping bahagian pelancongan untuk membuat liputan acara larian “Raintown Half Marathon” di Taiping, Perak.

Wakil SukaRUN (Zue) yang turut mengambil bahagian dalam acara Half Marathon dengan besar hati membuat review Taiping Raintown run ini.

Jom Baca perkongsian menarik Zue!!

RAINTOWN HALFMARATHON 2015

Seawal 4pagi di sekitar kawasan Taman Tasik Taiping sudah mula riuh rendah.Peserta dari pelusuk Malaysia berkumpul untuk memulakan larian pagi RAINTOWN HALFMARATHON 2015
f1d9421bd32685419466738d9c1f2601
Cuaca baik.Tenang.Sejuk
Untuk acara tahun ini terdapat 3 sessi jarak larian iaitu 7km,10km dan 21km
Para peserta jarak 21km dilepaskan seawal 5.30pagi,ketika ini sudah ramai yang sudah menunggu untuk memulakan acara.
Ramai !!! meriah !!

0840679743908981a3d5c3304aa09772

Selepas flag-off,maka beramai-ramai lah memulakan larian pagi dengan cuaca yang sejuk, rasa nyaman dan sangat mengujakan
Trafik sangat lancar dan teratur.Dimana-mana ada sahaja Pasukan RELA dan polis mengawal keadaan.
Walaupun tempat solat tidak disediakan disekitar route larian,terdapat banyak surau dan masjid disepanjang perjalanan larian.
Route larian di Taiping paling menyeronokkan.
493b35a7e098ce08ac2010ca598f58e6
Laluan sekitar kawasan kampung,sekolah,pekan kecil dan kawasan perindustrian.Route yang sangat “manja”.Penduduk kampung yang dalam perjalanan untuk menunaikan Solat Subuh bertepuk tangan dan memberi semangat kepada peserta pagi itu.
Ketika waktu hampir menunjukkan 7pagi,cuaca semakin terang…seronok dan tidak terasa penat kerana penduduk sekitar sangat “sporting” memberi kata-kata semangat.
7cadfba5ed16f976e273a9b75bc10d9e3d740e0a5c117fa6bafb5fe125c5cf317249b505aede520fd368254593bc5186
Water Station yang sentiasa cukup minuman,petugas yang berdedikasi menghulur minuman.
Pasukan Palang Merah yang sentiasa bersedia.
Tetapi sedikit dukacita kerana “mobile toilet” hanya disediakan di 2 water station iaitu KM6 dan KM12
48538b813befb2560102502a20d8dcc5
Di KM14 peserta diberikan pisang oleh petugas untuk bekalan tenaga .Masuk dalam pekan Taiping.Lagi meriah !!! pemandu-pemandu membunyikan hon tanda sokongan.Ada yang memberikan isyarat bagus dan menjerit memberi kata-kata semangat
Waktu ini matahari sudah menunjukkan diri, dek kerana awan lapang, maka matahari seawal 7.30 pagi sudah mula rasa menerik muka
Diakhir KM20 masih lagi terdapat water station.Petugas-petugas sangat sporting memberi kata semangat.
a8445da1c233d114bcfafaca1f05b8d89f609d2388fd588e7b1c87aa4890c649
Berlari mengelilingi Tasik Taiping sangat “terasa” .Mungkin kerana tenaga sudah kehabisan,melihat dikejauhan terasa keliling Tasik Taiping sangat luas dan jauh.Walhal hanya sekitar 1.5km sahaja sebelum sampai ke garisan penamat.
raintown-half-marathon-Taiping2015b
Diakhir sebelum ke garisan penamat,pelari “dihadapkan” dengan bukit.Tetapi berbaloi,turun sahaja bukit rupa-rupanya dah hampir ke garisan penamat !!
Penulis berjaya menghabiskan larian 21km dengan gembiranya!!
Ini adalah antara marathon terbaik tahun ini.
0a2d889826988e70440eff5a0edf04c5e5507342fd8870ed4e991b5e25208536
Dikawasan padang penganjur menyediakan surau untuk bersolat yang  besar dan bersih,mobile toilet yang banyak,makanan seperti laksa,kuih muih,buah-buahan dan water station yang memboleh semua peserta dan pengunjung menikmati sarapan pagi dengan secukupnya.
Ketika sarapan sambil mendengar nyanyian dan acara-acara diatas pentas.menarik kan??
Tahniah kepada yang berjaya.Tahniah kepada penganjur.
Medal yang cantik dan finisher tee dengan warna merah menyala.
InshaAllah berjumpa lagi tahun hadapan dalam acara yang sama.

2fabadc7584d505f9bdbf89f8fe4a639

Zue Taqwallah

sukaRUN keliling Taiping checked!

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge