sukaRUN Review: Persediaan ke New York marathon 2015

sukaRUN Review: Persediaan ke New York marathon 2015

Pengalaman kali ni sangat berbeza dari event-event larian antarabangsa yang pernah kami sertai. Ternyata event terbesar ini sememangnya bertaraf world class. Dari berbulan-bulan sebelum event dah tersusun bermacam-macam to-do list untuk melancarkan perjalanan peserta, not just about the training and going to run, tapi pendaftaran pengangkutan dan beg check-in dan sebagainya yang akan siap-siap diprint di bib nanti. Bila korang dah berjaya terpilih untuk berlari (click sini kalau nak tau cara-cara mendaftar ke NYC marathon), nanti korang akan dapat login profile NYRR. Ini sangat penting, sebab ada beberapa perkara yang korang kena make sure buat awal-awal sebelum terlambat macam kes kiteorang:

1. Pemilihan target masa tamat larian untuk menentukan ZoneĀ pelepasan

Ok bagi event marathon yang besar macam di New York, since ada berpuluh-puluh ribu pelari, memang tak logikla untuk kesemua pelari dilepaskan serentak, jadi apa yang organizer buat ialah membahagikan pelari-pelari mengikut kategori target end time, so pelari-pelari laju boleh dilepaskan dulu dan mengelakkan kesesakan. So, masa update profile, make sure korang tulis target end time yang sebetulnya, kalau laju akan lari dulu, kalau slow memang paling last (macam aku) haha.

Bib collection perlu dibuat 2-3 hari sebelum race

Bib collection perlu dibuat 1-3 hari sebelum race

By the way kalau nak tau, target aku taruk sebenarnya bawah 5 jam, still jatuh kategori zone 4 – pelepasan terakhir jam 11 pagi! Macam Mr Ai taruk target bawah 4 jam, dapat Zone 2, tapi sebab dia baik nak teman wife dia yang tak cukup training ni habiskan jugak larian, dia join pelepasan Zone 4. Masa event tu, memang organizer sangat strict dan akan tengok kategori yang dilabelkan siap-siap di bib pelari. Kalau Zone 2 nak join Zone 4 boleh, tapi Zone slow tak boleh join zone laju. Ada orang jaga dekat pintu masuk Zone, jadi jangan harap nak sneek in šŸ˜›

2. Pendaftaran untuk pemilihan pengangkutan ke start point run di Staten Island

Start point New York marathon dan end point adalah di tempat berbeza, ini kerana keunikan larian ini, dimana kesemua peserta berpeluang untuk berlari melalui 5 borough di New York, iaitu: Staten Island -> Brooklyn -> Queen -> Bronx -> Manhattan dimana larian ditamatkan di Central Park, taman terbesar dan tersohor di New York kerana telah mejadi lokasi terbanyak dalam pengambaran filem-filem Hollywood.

So, berbulan-bulan sebelum hari race, korangĀ akan dapatĀ email reminder untuk pilih jenis pengangkutan ke Staten Island, kalau korangĀ lewat-lewatkan pendaftaran, kemungkinan slot masa yang paling sesuai akan penuh, dan korangĀ terpaksa ambil slot yang terawal untuk ke Staten Island! Ingat, masa pengakutan bermula seawal jam 3 pagi, dan event larian pertama dilepaskan dalam jam 8:30 pagi mengikut kategori dan zone! KorangĀ mungkin end up mula berlari jam 11 pagi, so takkanla nak gi Staten Island dari kul 3 pagi hehehe.

Beratur naik bas ke starting point dari jeti ferry Staten Island

Beratur naik bas ke starting point dari jeti ferry Staten Island

tunggu-lama-race-nak-start

Peserta pelepasan Zone 4 menunggu berjam-jam untuk dilepaskan

Bagi kes kiteorang yang dah terlambat, choice untuk bas ada yang awal gile jer, so kiteorang decide nak tidur semalam di Staten Island dan jumpaĀ BnB yang berdekatan dengan Jeti Ferry – nanti ada deretan bas-bas yang dah bersedia untuk bawak peserta dari jeti terus ke starting point. Ini Air BnB yang kiteorang sewa, okla untuk tidur beberapa jam. Barang-barang malam tu bawak seminima mungkin, masukkan dalam beg-check in yang disediakan organizer. Luggage beg kiteorang tumpang dengan kawan yang tidur di hotel Manhattan. Haha gile tak gile. kalau nak cuba book Air BNB, bleh register (click sini). Dah register, carik nama bnb tu Roomwithaview dekat Staten Island, memang dekat gile dengan jeti, jalan kaki 5 minit je.

BNB-Staten-island

Katil sempoi BNB Staten Island

AirBNB-Staten-island

tempat letak towel, sempoi je ambik polis punya


New York room with a view

Staten Island, NY, United States

A tranquil welcoming room for your New York visit with a fabulous view

Staten Island Rentals

3. Pemilihan samada beg check-in atau post-run poncho

Ok, post-run poncho ni hanya khas untuk mereka-mereka yang tak pilih untuk buat beg check in. Korang kena pilih salah satu je. Tapi ingat! Jangan jadi macam aku, lambat pilih, post-poncho quota tu penuh!! So menangis tak berlagu hehe. Kenapa perlu pilih post poncho? Best weh! Antara souvenir menarik yang tak dapat di tempat lain, dieorang tak jual pun!! Tengok gambar, post poncho tu tebal, so tidakla korang kesejukan lepas abis berlari nanti.

post-NYCmarathon-poncho (pic courtsey of : http://www.maguzz.com)

post-NYCmarathon-poncho (pic courtsey of : http://www.maguzz.com)

Kalau pilih ambilĀ post-poncho, korang akan dapat wrist band – takde wrist band, takde poncho. Kalau pilih beg check in, korang akan dapat siap-siap nombo reference lori mana yang korang kena check-in beg tu. Bagusnya semua beg-beg disimpan dalam lori UPS yang akan dibawak terus ke end point nanti. Memang superb organization! Aku, yang sangat bertuah pada hari event, walaupun terlepas untuk pilih post-run poncho sebab dah abes, aku terjumpa wrist band orang tercicir masa tengah tunggu nak start lari!! Yay, so dapatla aku kenangan post poncho New York, Alhamdulillah.

Sejuk - aku pakai 3 lapis baju sementara menunggu race untuk start!

Sementara menunggu race untuk start!

Ok, nanti aku sambung review diĀ event New York marathon itu sendiri, apa yang organizer provide, flow larian, route, macam mana sokongan-sokongan dekat tepi-tepi jalan dan perasaan semasa dan selepas berlari keliling New York dan gambar-gambar menariks! .. stay tuned.

-Yeen-

sukaRUN keliling New York!

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge