sukaRUN review Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2015

sukaRUN review Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2015

Sekali lagi sukaRUN sangat bertuah diberikan peluang untuk berkongsi pengalaman seorang rakan runners yang baru selesai berlari di acara larian antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud pada 19 September 2015.

Jom kita baca perkongsian dari Nik di Terengganu!

—————————-

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2015, merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Terengganu. Acara tahun ini berjaya menarik hampir 30,000 pelari dalam semua kategori. Seramai lebih 30 orang pelari elit dari negara-negara yang terkenal dengan pelari jarak jauh seperti Kenya dan Ethiopia turut serta memeriahkan acara ini.

Nik-Sultan-mahmud-bridge-run-2015

Penulis: sukaRUN-ning buddy: Nik

Aku pon tidak terkecuali untuk mendaftarkan diri untuk menyertai larian ini memandangkan acara ini adalah acara larian pertama yang aku sertai di negeri kelahiranku. Buat lebih manis, isteriku yang baru turut serta menceburkan diri dalam kancah larian turut sama mendaftarkan diri untuk berlari bersama-sama dan acara ini merupakan acara larian rasmi yang ke-2 buat dia.
Nik_Yan_Sultan-mahmud-bridge-run-2015
Kami sama-sama mendaftarkan diri untuk kategori 12km sahaja. Kategori yang dibuka untuk acara pada tahun ini adalah Full Marathon, Half Marathon, 12km Run, 5km Run dan juga 3km fun run. Seawal 5 pagi, kelihatan sudah ramai peserta menghadirkan diri di sekitar Dataran Pantai Batu Buruk dan keadaan mula riuh-rendah dengan peserta-peserta dari seluruh pelusuk Malaysia.

Sultan-mahmud-bridge-run-2015-mula

Cuaca agak baik dengan sedikit keadaan berjerebu, tapi masih dalam keadaan terkawal. Peserta-peserta dilepaskan secara “in-stages” dengan peserta full marathon dilepaskan dahulu. Sepatutnya, kumpulan pertama (full marathon) dilepaskan pada pukul 5 pagi dan diikuti dengan kategori-kategori lain selepas itu.

 

image10

Tetapi, jadual “flag-off” di anjakkan dan kumpulan pertama hanya dilepaskan pada pukul 6.15 pagi. Kemudian barulah kategori Half Marathon pada 6.30 pagi diikuti 12km run pada pukul 6.45am. Selepas flag-off, semua peserta beramai-ramai memulakan larian dalam keadaan cuaca yang sejuk dan nyaman. Trafik sangat lancar dan boleh dikatakan semua route dikawal oleh pasukan Polis dan jalan ditutup untuk melancarkan lagi acara larian ini. Route larian amatlah selesa apabila dimulakan dari Pantai Batu Buruk menghala ke bandar Kuala Terengganu.

Yan-di-Sultan-mahmud-bridge-run-2015

Keadaan route sedikit berbukit sebelum semua peserta mula masuk ke arah jambatan Sultan Mahmud, dan jarak adalah sudah melebihi 6km apabila tiba dikaki jambatan. Water station sentiasa cukup dengan minuman dan dengan para sukarelawan yang tidak lokek dengan senyuman dan kata2 semangat. Span pembasah juga disediakan di sesetengah water station. Di atas jambatan, keadaan sangat tenang kerana jambatan ditutup oleh pihak Polis kepada semua kenderaan. Jadi keselamatan para peserta terjamin apabila tiada kenderaan yang dapat melalui jambatan ketika acara larian sedang berlangsung.

Sultan-Mahmod-bridge-run-2015

Pakaian unik runners di Sultan Mahmud Bridge RUN 2015

Keadaan cuaca sangat baik kerana cuaca mendung memberi kelebihan kepada peserta meneruskan larian tanpa bahang matahari yang panas. Disebabkan aku hanya menyertai 12km run, dalam jam 7.45 pagi aku hampir menamatkan 10km dan meneruskan baki 2km untuk ke garisan penamat. Apabila sudah hampir ke garisan penamat, peserta makin ramai kerana skarang telah berkongsi route yang sama dengan peserta 5km dan 3 km fun run.

image6

Nik & isterinya Yan

Aku berjaya menamatkan larian dengan riang rianya kerana ini merupakan latihan LSD untuk aku yang akan menyertai larian Half Marathon 2XU pada November nanti. Keadaan di garisan penamat sangat tersusun dan khabarnya lebih baik dari tahun tahun sebelumnya. Pemenang untuk Full Marathon adalah peserta dari Kenya dengan masa 2jam 22 minit. Pelari marathon Malaysia yang sedang meningkat naik, Edan Syah juga menyertai Half marathon dan menamatkan larian di tempat kedua.

Medal-sultan-mahmud-bridge-run-2015

Medal? sangat menarik dan finisher tee berwarna ungu juga diberika kepada peserta larian. Tidak lupa sijil penyertaan.

 

Nik,

sukaRUN keliling Jambatan Sultan Mahmud Terengganu !

Comments

  1. Awesome Sukarun! Glad to share..

  2. Tahniah Nik dan Yan

  3. Congrats to both Nik & Yan 👏🏻👏🏻👏🏻

  4. Tahniah Nik dan wife.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge