Sukanya Resepi Nasi Ayam Amber Chia tangkap leleh!

Sukanya Resepi Nasi Ayam Amber Chia tangkap leleh!

Jangan terperanjat nampak nama nasi hahaha. Tapi bersyukurlah sebab harini saya dengan baik hati nak share satu resepi turun-menurun tangga esclator yang saya dapat dari Ibu mertuaku. Tidak pernah failed dari menambat hati pencoba-pencoba resepi nasi ayam yang bermacam-macam jenis tu. Yang paling best, mudah simple dan bak kata-kata ibu ‘Ala senang je, sambil-sambil borak boleh siap masak!’ dan dan sedap sehingga menjilat dinding!

Resepi Nasi AYam

Kenapa Resepi Nasi Ayam Amber Chia? Bukan nasik ayam Ramlah Ram?

Ok first of all, ini nasik aku, ao aku punye suka nak bagi nama ape hahaha (walaupun resepi tiperturunkan, tetap dah jadi hak milikku sebagai pengomor di blog :D)

Nasi ayam ni, ibu kate dapat dari seorang rakan chinese ibu, so memang originally macam yang chinese-chinese masak la.. so memang sedapla.. Maka sangat kenala namanya kan kan?

Jom go stratight to the point! Nasik ayam ni ada beberapa hidangan wajib, nasi, sup, sambal dan air kicap dan ayam

Bahan-bahan A untuk nasi

Bawang putih – ambil 3/4 dari satu labu, tumbuk kesemuanya

Halia – 2 inci

Bunga lawang – 3 biji

1 Batang Kayu manis

Garam – Setengah senduk kecik (atau mengikut citarasa)

Air untuk dimasak

Ayam seekor – dibersihkan kemudian dibelah 2

Bahan-bahan B untuk sup

Daun bawang dan daun sup

Bawang goreng

Beras 3 pot (Lebih best kalau guna Basmathi)

Minyak masak satu senduk kecik

Kunyit serbuk 1-2 cubit

Bahan-bahan C untuk sambal cili

Seulas bawang putih – tumbuk

Gula

Garam

Cili hidup merah – 5-7 biji diblend dengan sedikit air

Sos cili

Sos tomato

Bahan-bahan D untuk air kicap 

Kicap tamin (juga diperlukan untuk goreng ayam)

Tepung jagung

Air

Bahan-bahan sayuran

Mengikut citarasa masing, saya suka dauh salad, potongan timun dan tomato

 

Cara-cara masak resepi nasi ayam amber chia

A: Cara-cara masak Nasi ayam

  1. Mula-mula, masukkan Bahan-bahan A kedalam periuk yang cukup besar
  2. Air, pastikan paras yang menutup ayam, biar lebih pun takpe sebab air sup dari rebusan ayam ini akan digunakan untuk masak nasik
  3. Panaskan periuk dengan api yang sederhana, biarkan masak sehingga ayam empuk
  4. Tos keluar ayam, biarkan sup di dalam periuk – tutup api. Jangan buang air sup ni, untuk diguna sebentar lagi.
  5. Cuci bersih beras di dalam periuk yang lain (Saya gunakan periuk nasi dari rice cooker eletrik- senang nanti tanak dalam tu je).
  6. Ukur air yang diperlukan untuk masak beras tadi (gunakan penyukat jika perlu) atau cam style koboi saya, sukat pakai jari je, or tengok paras air yang biasa kita guna di periuk nasi tu- 1 liter ke 2 liter ke.. gitu.. kemudian toskan beras keluar. (Tak paham ke? Adoi.. nanti ye saye share guna gambo)
  7. Mengunakan sukatan air yang diperlukan, buang air dan gantikan dengan sup rebusan ayam yang di buat tadi untuk masak nasi. Ada lebihan sedikit lagi, simpan, untuk digunakan sebentar lagi.
  8. Gunakan periuk nasi yang dikosongkan tadi dan panaskan dengan api yang sederhana
  9. Masukkan minyak masak dalam satu senduk kecik – tunggu panas
  10. Apabila minyak masak dah panas, masukkan beras tadi, goreng sebentar, bila agak-agak beras dah garing sikit, masukkan sup ayam yang telah siap disukat di step 7. Sukatan air ini penting, biar sukat betul-betul so nasik tak keras sangat, atau tak lembik sangat ok? Masak sebentar di atas dapur (dalam 2 minit).
  11. Masukkan secubit-dua kunyit serbuk.
  12. Padamkan api periuk nasi tu, dengan berhati-hati, alihkan dan masukkan ke rice cooker, tekan butang ‘cook’ dan biar dia masak seperti nasi biasa.

Resepi Nasi Ayam

 

B: Cara-cara masak sup untuk nasi ayam

  1. Ok, sekali lagi, gunakan lebihan air sup di dalam periuk tadi, tambah air, masakkan dengan api sederhana dan tambah garam secukup rasa. Selepas mendidih, masukkan bawang goreng segenggam, serta sedikit daun sup dan daun bawang mengikut citarasa. Tutup api. Ini untuk jadikan sup untuk dihidang makan bersama nasi dan ayam.

C: Cara-cara masak sambal cili 

  1. Ok sekarang move on to sambal cili, yang ni saya dah alter sikit ikut style sendiri hehehe
  2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak (lebih kurang satu sudu), masukkan bawang putih yang telah ditumbuk, biarkan sampai naik bau sikit, masukkan cili merah yang diblend tadi, masak sebentar
  3. Masukkan satu senduk sup ayam yang telah siap dimasak tadi
  4. Masukkan sos cili dalam 2 sudu besar, sos tomato dalam 2 sudu besar, tambahan gula garam secukup rasa
  5. Kacau dan biarkan masak, kecilkan api dan biar memekat sebelum ditutup terus

D: Cara-cara masak air kicap

  1. Ambil satu senduk sup, panaskan di kuali yang lain
  2. Masukkan sedikit kicap mengikut rasa
  3. Biarkan mendidih, dalam bekas yang lain, bancuh sedikit tepung jagung dan air, masukkan ke dalam kuali – kecilkan api
  4. Kuah kicap dah agak pekat seperti yang disuka, boleh tutup api

E: Cara-cara goreng ayam nasi ayam

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali yang lain
  2. Sementara tunggu minyak panas, di bekas yang lain, lumurkan kicap tamin di atas ayam (kalau ada berus, boleh guna berus)- sapu rata
  3. Setelah minyak panas, gorengkan ayam hingga garing
  4. Angkat dan apabila nak dihidang, boleh diketuk dan potong

Bolehla dihidangkan nasi, sup, ayam, sambal dan air kicap dengan salad pilihan mengikut citarasa masing-masing!

Resepi Nasi Ayam mudah cepat

Selamat mencuba!!

chef Yeen

Comments

  1. Kalau ada gambar nasi ayam yang besar lagi menggiurkan.
    Norhayati Suaib recently posted…Terima Kasih Suami Kerana Menemaniku Di Wad BersalinMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge