Sukanya resepi karipap sedap, lagi tips bekal sekolah anak

Sukanya resepi karipap sedap, lagi tips bekal sekolah anak

Hari sabtu 2 minggu lepas, ada sesi coaching dirumah, Master Lyna dan Zainul datang jauh-jauh untuk sama-sama kongsi ilmu. Tapi bukanlah kata 5 jam kitaorang berjumpa tu, 5 jam tula duk bercerita pasal bisnes hehe. Santai je pun sesi coaching ni, nak kenal-kenal lebih rapat, cerita-cerita merapu, bab bisnes adala bincang dalam 30 minit kot hahaha.

Yang besnya, dah kata melayu ni, makan itu wajib. So buatla sesi lunch potluck. Macam-macamla orang bawak. ABC pun ade! Dan yang paling best is karipap- bukan sebab kesedapan je, tapi sebab perangai anakku Maqeel yang suka makan kelim je! Sedar-sedar dah ade 3 mangkuk kecil karipap yang kelim dah kena gigit, elok je dia taruk semula dalam bekas karipap-karipap lain tu. Lepas tu dia amik lagi, dan lagi, dan lagi! sayala yang kena habiskan! naya sungguh pada dietku haha.

Lepas kejadian tu, terpaksala mommy merajinkan diri buat karipap. Terjumpa satu resepi karipap sedap, memang sesuai juga nak jadikan bekal sekolah anak. Haa tengokla meriah betul proses buat karipap dengan bantuan mini-mini me. Yang paling kecik tu la yang paling sebok, siap menguli pakai kaki! hahaha.

Tips bekal sekolah anak karipap sedap

Tips bekal sekolah anak: karipap sedap

Resepi karipap inti sedap

(seperti dikongsi hana6877 di myresepi)

Bahan-bahan ( 20 biji )

  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin – panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
  • 2 sudu besar minyak masak – panaskan
  • garam
  • air

INTI

  • 5 biji kentang@keledek – bleh juga dicampur
  • 200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
  • setangkai daun kari dan daun sup cincang halus
  • 2 biji telur rebus – di belah 6/lebih setiap biji @ potong dadu
  • 2 1/2 sudu besar kari ayam/daging – bancuh dgn sedikit air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • gula – jika perlu
  • air

Cara-cara

  1. Untuk membuat kulit karipap – campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Untuk buat inti – kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  3. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering. tutup api.taburkan daun sup.
  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
  5. Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. *telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.
  6. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn….:)

Bagi anak-anak yang taknak makan inti karipap, boleh cuba gantikan inti dengan cheese kegemaran seperti cream cheese Pluck dibawah:

inti-karipap-sedap

Inti-karipap-sedap

Gunakan resepi kulit yang sama, taruk satu sudu kecil cheese ditengah-tengah doh, kemudian kelim dan boleh digoreng terus! Atau kalau nak simpan bekukan pun boleh, lagi senang, nanti bila-bila perlu, terus keluarkan dan goreng.

inti cheese buat karipap sedap

karipap cheese kegemaran anak

Ok, harapnya tips bekal sekolah anak kali ni membantu, jangan lupa, untuk pastikan anak mendapat nutrien yang secukupnya, bekalkan dieorang minuman kegemaran seperti ovaltine dicampur dengan satu sudu kecil mealshake shaklee, untuk tambahan dan keperluan vitamin dan mineral harian!

Kalau dah cuba janganlah lupa share :)

Hubungi saya segera kalau nak cuba mealshake Shaklee yang merupakan salah satu supplement yang disarankan dalam set kanak-kanak pintar!

Yeen

SID 913391

Tel (WA) +6012-2151970

yeen@sukavitamin.com

jadi ahli shaklee

Comments

  1. Ohhh rajinnya dia buat karipap..anak saya suka makan gak..tapi suka makan yang beli kat kedai aje..hahaha
    Hafizul recently posted…Rahsia Tarikan Pengubat Jemu Menulis BlogMy Profile

  2. Isi kentang lebih sedap dari isi keledek.
    akubiomed recently posted…Jana pendapatan dari rumah dengan World of HijabMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge