Sukanya Resepi homemade sosej mudah dan sedap untuk si kecik!

Sukanya Resepi homemade sosej mudah dan sedap untuk si kecik!

Zaman sekarang, kanak-kanak telah terdedah dengan makanan segera. Kalau nak tahu, kandungan bahan perisa dan bahan pengawet di dalam makanan segera adalah sangat-sangat tinggi. Cuba baca link pasal isi kandungan hotdog di link ni. Sebelum ni, saya agak malas dan sering akur pada permintaan anak-anak kalau nak makan sosej atau nuggets. Tapi sikit-sikit saya cuba tarik kembali kelonggaran dalam pemakanan mereka. Mula-mula saya tarik balik nuggets, dah tak beli dah nuggets segera dan sekarang saya cuba pula untuk menarik sosej. Malangnya, dia masih lagi merengek-rengek mahukan ‘hotdog’.

So, untuk memberikan jalan tengah untuk kedua-dua pihak, saya pun mulalah mencarik resepi homemade sosej. Haa buat sendiri kan senang, kita tahu apa isi kandungan, dan boleh buat mengikut citarasa, kalau rasa nak masin ke, boleh adjust sendiri kan?

Google punya google, saya jumpa resepi dari blog efie seperti dibawah;

Bahan-bahannya

  • Daging ayam bahagian dada / mana2 bahagian tanpa tulang
  • bawang besar
  • bawang putih
  • lada hitam (optional)
  • serbuk lada putih (optional)
  • cheese (optional)
  • serbuk oregano / thyme / rosemary (optional)
  • carrot 1 batang – disagat halus
  • tepung ubi 1 sudu (saya guna tepung gandum je).
  • garam secubit
  • plastik wrap / aluminium foil / daun kunyit / daun pisang

Cara- caranya :

homemade hotdog semulajadi

  • kisar daging ayam ( basuhlah siap2 ya) bersama bawang, bawang putih,  lada hitam dan carrot. (guna food processor mudah, tapi saya guna blender sebab takde food processor)
  • tambahkan garam,  serbuk lada putih dan tepung. Gaul sebati.
  • bentukkan bulat dan leperkan. isi cheese di atasnya.
  • Gulung menggunakan plastik wrap / aluminium foil / daun kunyit/ daun pisang. Ikat kedua2 hujung dengan benang / getah. – dalam kes saya sebab guna plastik aiskrim so masukkan sikit2 adunan sampai separuh plastik, padat2kan dan ikat.
  • Jika bungkus menggunakan aluminum foil / daun boleh terus rebus atau kukus. Jika guna plastik wrap bekukan dahulu semalaman untuk dapatkan bentuk sosej tu. Bila dah beku, buka plastik tadi baru rebus / kukus. * Jangan rebus dengan plastik untuk mengelakkan bahan kimia pada plastik tu memudaratkan kita pulak.
  • Dah siap rebus / kukus boleh simpan dalam freezer.

Bila2 nak makan bolehlah goreng atau bakar.

3M dan homemade hotdog

Nah.. nampak tak bahan-bahan yang dipakai? Bagus pun dapat jugak kita selit sayur-sayuran dalam sosej tu hehehe. Malam tadi saya dah cuba buat dan dibekukan. Petang tadi, saya goreng untuk test apa anak-anak rasa. Alhamdulillah dieorang suka sangat! Legaaaa…
Jom berhijrah ke homemade food untuk kesihatan anak-anak kita!
Alternatively, saya make sure anak-anak dapat nutrien yang cukup, cubalah try taruk satu sudu kecil mealshake ke dalam minuman harian mereka.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge