Sukanya Dato Radzuan Radziwil dan majlis malam mesra Malaysia di Qatar

Sukanya Dato Radzuan Radziwil dan majlis malam mesra Malaysia di Qatar

Malam minggu ini, menjadi pembuka pada cuti panjang di Qatar sempena Eid Al-Adha. Di sini cuti Eid Al-Adha lebih meriah, sebab itu cuti pun dipanjangkan terus ke seminggu, membuatkan jumlah cuti dari Jumaat ke Sabtu seterusnya menjadi 9 hari.

Kawan-kawan di Qatar kebanyakkanya terdiri dari orang-orang yang mempunyai kabel, ramai kenalan. Untuk memeriahkan suasana, baru-baru ini, ada cadangan untuk membawa Dato Radzwan Radzwil untuk datang ke Qatar dan memperagakan koleksi-koleksi ciptaannya. Tarikh yang ditetapkan 28 November, maka bermulalah pelbagai persiapan untuk majlis gilang-gemilang itu.

Malam minggu ini juga bermulalah sesi latihan untuk komiti-komiti majlis. Bermula dengan mensyuarat ringkas, kemudian diikuti dengan latihan dikir barat dan pocho-pocho. Haha, nasib baik I tak terlibat, hanya meneman suami. Tapi seronok juga tengok diaorang berlatih, bersemangat. Myra pun turut ikut. Dia memang pantang bab-bab berjoget ni. Suka.

Disebabkan hari ini juga merupakan hari lahir Myra, kami turut bawa kek untuk celebrate kecil-kecilan setakat potong kek untuk dimakan bersama-sama. Suka Myra, siap pakai baju Queen Elsa, adiknya Mishel pakai baju Ana. Feeling-feeling birthday. Majlis yang lebih besar kami akan buat soon.

Birthday Myra

Tak sangka dah 7 tahun Myra, dah kena paksa solat dah.. huhu. Kakak Myra adalah satu contoh walking testimoni Mealshake Shaklee. Ya Allah memang saya sangat lega ditemukan dengan Shaklee. Kalau nak tahu, Myra dahulu mempunyai masalahsembelit yang sangat teruk! Setiap kali dia nak ke tandas, maka terdengarlah tangisan raungan, sangat susah bagi dia untuk melepas, seperti orang nak beranak! Serius..

Tetapi Alhamdulillah, setahun sudah dia tidak mempunyai masalah disebabkan amalan Mealshake dan omega guard. Mealshake tu kaya dengan fiber, sebab itu mudah bagi dia untuk ke tandas sekarang.. haha.. dah melalut jauh pulak dari topik asal kan?

Kembali pada tajuk, apa Dato Radzuan Radziwil akan buat nanti di Qatar? Fashion show apa? Jangan risau, hanya yang sopan dan baik-baik saja. Nanti bila dah berjalan majlis ni, saya pasi akan kongsikan di blog :) malam mesra malaysia That’s all for now! insyaaALlah akan share lagi next time.. for now enjoylah video rakaman latihan dikir barat moden dibawah;

Shaklee di mana saja!

YEEN 913391

WA +6012-2151970

+974 55022452

yeen@sukavitamin.com

 

 

 

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge