sukaRUN keliling Qatar MegaMarathon bersama buruh kasar (part II)..

sukaRUN keliling Qatar MegaMarathon bersama buruh kasar (part II)..

Bersambung dari cerita pengalaman ngeri aku di Qatar Mega Marathon part I semalam.. Lepas dah terjumpa segerombolan geng pelari-pelari ‘normal’, kami akhirnya bersetuju untuk meneruskan larian. Dah alang-alang memang kena buat latihan 21km LSD kan, kita buat sajalah dalam event yang dapat medal (konon!). Biar dalam panas sekali pun. Aku masih bersangka baik pada Qatar.

Malah, sebelum ini, ada ramai kawan-kawan pelari yang mengatakan, memang target 50 ribu orang itu satu target yang tidak masuk akal, kerana penganjur gagal dalam melaksanakan strategi marketing yang meluas dan menarik. Penganjur juga kelihatan sangat tidak professional kerana sentiasa menukar tarikh dan masa event, nak-nak lagi ke 12 tengah hari di transaksi musim panas. Diaorang dah agak yang penganjur bakal memenuhkan larian dengan kehadiran buruh-buruh kasar.

Aku yang sangat sayangkan Qatar, seperti tidak dapat menerima. Aku pikir, takkanlah sanggup diaorang nak buat sampai macam tu? Ini untuk larian half marathon sejauh 21 km kot. Nyata sangkaan baikku meleset. Rupanya memang pengajur sangat sampai hati untuk buat event ‘asal ada’ ini, di atas cubaan untuk memecahkan Guinness World Record! Sungguh memalukan..

Larian mock up half-marathon 21 km bermula

Jam menunjukkan hampir 2 petang, akhirnya terdengar ‘count down’ dari pihak penganjur untuk melepaskan kami semua berlari. Kelihatan di belakang geng-geng pelari ‘normal’, kumpulan buruh-buruh kasar ditahan oleh polis dari pergi ke depan. Kami semua di asingkan. Dah macam cerita zombie aku tengok. Geng pelari normal di depan semacam ketakutan, menengok geng-geng ‘zombie’ di belakang yang cuba merempuh masuk.

Tepat jam 2, kami semua dilepaskan. Rupanya ada dalam 20 orang pelari elit yang dijemput untuk hadir berlari. Dalam fbpage Qatar Mega Marathon ada dikatakan 3 ribu cameraman akan hadir untuk buat liputan, tetapi yang aku nampak mungkin bawah dari 10 orang saja. Ok takpe, dah memang teruk dari awal, so ‘what’s new?’ 😀

Lebih mengejutkan, ada beberapa kanak-kanak berusia dalam 10-12 tahun turut berlari bersendirian. Wow! Aku dan N hanya berlari perlahan mengikut rentak latihan. Kaki aku pun macam dah ok. Memikirkan medal yang cantik seperti di war-warkan dalam website, kami teruskan larian walau panas tak ingat!

Lawak kelakar pun mula berterusan

Larian di bawah terikan matahari, di atas jalan tar sememangnya satu pengalaman yang sangat sukar. Pihak penganjur yang memang tidak berpengalaman, hanya menyediakan air mineral atau jus disetiap 2 km larian. Yang kelakar, setiap 2km itu jugak tersedia toilet bergerak. Wah, bab toilet memang tip top! 😀

Sampai dalam kilometer ke 5, tiba-tiba kami dengar bunyi bas, beberapa bas karwa mula bergerak dan mengambil buruh-buruh kasar yang sudah tidak mampu berlari! Ya Allah, memang mock up sangat event ni kan? Semata-mata meramaikan time start je. Boleh pulak bas datang pick up! Kami teruskan larian.

10 km - toilet and picture break

10 km – toilet and picture break

Akhirnya di km 10, kami berhenti sekejap untuk toilet break dan bergambar. Enjoy je la berlari dan bergambar, walau macam-macam keadaan yang tidak syok terjadi.

Dalam km ke berapa belas, disebabkan dah banyak sangat toilet tersedia, aku pun akhirnya nak jugak terkucil, hehe. Perlahan-lahan kami teruskan larian, keadaan masih panas, walau terik matahari sudah berkurang, tapi bahang dari jalan tar masih terasa panas. Bas Karwa masih meneruskan misi mengambil peserta-peserta yang tidak mahu meneruskan larian.

Terkejut jugak, bila nak dekat sampai km ke 18, ada kereta yang tiba-tiba laju melepasi pelari-pelari yang semakin sedikit. Tak lama selepas tu, kami pulak di tegur oleh satu kereta polis, dia cakap ‘Khalas, khalas, finish!’ sambil mengarahkan kami untuk pergi ke tepi jalan. Jam belum pun cukup 3 jam, padahal dalam website cakap cut off ialah 3 jam 30 minit! Aku jadi bengang.

Sebaik saja polis itu berlalu, aku ajak N panjat untuk ke seberang jalan, menuju garisan penamat. Aku tidak puas hati, sebab aku lari di bawah panas terik matahari sebab medal! Kenapa belum cut off diaorang dah suruh berhenti?! Kelihatan beberapa pelari mat salleh yang sedang berjalan dari arah garisan penamat untuk pulang. Aku terus bertanya ‘Did you get your medal?’ Mereka menggeleng ‘No medal, no goodies, no nothing!’. Mereka kelihatan hampa.

Oh sudah, kami mangsa penipuan penganjur rupanya. Ini bukanlah kali pertama aku tidak dapat medal selepas larian. Dulu masa anjuran Ooreedoo Marathon tahun lepas pun tiada medal disediakan selepas larian, tetapi mereka mengedarkan beberapa minggu selepas itu.

Aku hampa dengan Qatar MegaMarathon. Satu demi satu sangkaan baikku di musnahkan. Aku juga hampa dengan Qatar kerana membenarkan pengajur sebegini menjatuhkan maruah negara dengan ‘mock up’ event sebegini. Kenapa? Yang pasti, sehari selepas itu, kawan pelariku berjaya menghubungi pihak penganjur untuk merayu mendapatkan medal untuk kami. Terima kasih E.

Medal yang dapat selepas merayu pada penganjur!

Medal yang dapat selepas merayu pada penganjur!

 

Yang pasti, medal itu sangat terhad, sebab itu tidak diedarkan semasa event, atau mungkin kerana mahu mengelakkan untuk diberi kepada buruh-buruh kasar yang dipaksa berlari? Entahlah.. apa-apa pun, harapnya, inilah kali terakhir akan aku masuk event larian sebegini. Aku bersedih bagi pihak Qatar, imejnya tercalar.

-YeeN-

sukaRUN under the sun..

Trackbacks

  1. […] pengalam pahit manis berlari di event ini. Tapi aku dah agak mengantuk, kita sambung esok k? Baca sambungan part II -Yeen- sukaRUN ! even under the […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge