SukaRUN keliling MegaMarathon Qatar bersama buruh-buruh kasar!

SukaRUN keliling MegaMarathon Qatar bersama buruh-buruh kasar!

27 hb March 2015, bersamaan hari Khamis, aku yang kesibukan disebabkan keputusan last minute untuk berpindah rumah yang di decide Mr.Ai secara tiba-tiba , di kejutkan lagi dengan pendaftaran secara ‘paksaan’ oleh N untuk masuk larian MegaMarathon Qatar. Aik? Tau- tau dia dah daftar, mentang-mentangla free. Qatar Mega Marathon merupakan satu cubaan yang dibuat untuk memecahkan Guiness World record bagi penyertaaan larian marathon teramai di dunia! Tetapi, event ini hanya half-marathon sejauh 21 km.

Apa sasaran penganjur Qatar Mega Marathon?

Target penyertaan sebenarnya ialah seramai 50 ribu manusia. Sebab tu agaknya dia buat pendaftaran percuma, walhal dalam website dikatakan berbagai barangan saguhati bakal diberikan untuk setiap peserta. Medal pun dalam gambaran nampak cantik, siap bagi baju, topi segala. Macam menarik sangat untuk dilepaskan.

Tiba hari Jumaat, pagi lagi N yang semangat dah pergi untuk ambil race pack. Sambil pegi, die report balik suasana tempat pendaftaran, yang katanya sangat tidak memberangsangkan. Dia seperti agak menyesal dan tak mahu teruskan larian. Siap kena naik bas untuk pergi ambik race pack! Dalam bas lagi, dah di beri macam-macam buah buahan dan minuman. Tapi bila aku dengar, aku rasa Wow, macam best ni, belum start lari dah dapat buah bagai, bila dah start mesti lagi gempak kot? ūüėÄ
Poster anjuran yang nampa hebat

Poster anjuran yang nampa hebat

Dari cara N bercerita, dia seperti nak ajak aku batalkan penyertaan. Tapi aku pikir, since kite memang kena lari 21km (sebagai sebahagian dari latihan untuk Madrid Marathon), baik lari je dalam event, dapat jugak medal kan dari lari kosong keliling Aspire. Tapi itula, masa larian pihak penganjur yang bijak tu dah set untuk bermula jam 12 tengah hari!! Gilekeape! Satu, bulan March memang dah mula panas, terik melampau kot jam 12 tengah hari. Kedua, hari Jumaat, orang nak kena solat, mana la sempat!
Tetapi, akhirnya, selepas banyak orang komplen, pihak penganjur bersetuju untuk bermula jam 2 petang. ok set.. 2 petang aku bajet macam takla terlalu panas, so mungkin kurang terseksa larianku.. Hehe, jadi kami meneruskan niat untuk berlari di Qatar Megamarathon. Yang mana, sangatlah memberikan penyesalan yang tak terhingga! Aku yang baru saja nak pulih dari injury, terasa agak saspen. Dah seminggu lebih berehat dari berlari.

Proses pendaftaran yang horrible

Jam 1 petang, aku pergi mengambil N untuk pergi sekali ke event, sebab dari penceritaan betapa tak menariknya proses mendaftar event tu. Sampai-sampai aku tengok dah banyak kereta park di tepi-tepi jalan. Tapi hati aku terdetik, macam tak sampai seribu pun! Sikit je kereta, dah la memang masih panas tak ingat!
Seperti yang dialami N pagi tadi, sememangnya untuk ke garisan permulaan, kami kena naik bas. Bas Karwa turqouise memang sedia banyak beratur. Kami masuk dan duduk, tak sampai seminit, bas terus bergerak untuk hantar. Tiba di destinasi dalam masa kurang 5 minit. Kami sudah saspen dengan keadaan sekeliling.
Bas Karwa Qatar

Bas Karwa Qatar

Kelihatan beribu-ribu lelaki berpakaian t-shirt putih Qatar Mega marathon dan topi. Tetapi mereka tidak berpakaian sukan yang lengkap. Hanya di bahagian atas ber t-shirt, di bahagian bawah, mereka memakai pelbagai jenis seluar, jeans malah ada yang memakai pakaian Pakistan! Dan yang lebih megejutkan ialah, ada yang hanya berselipar atau tidak berkasut!
Mereka-mereka itu aku pikirkan nampak seperti buruh-buruh kasar. Kerana, jika ada yang berkasut sekalipun, mesti memakai boot seperti pekerja construction. Di mana geng pelari-pelari sebenar?! Aku mula risau. Keadaan sekeliling tak yah cakapla, dengan kotor, penuh sampah, berbau dan panas terik pulak tu.
Kami terus ke meja pendaftaran, sebab aku belum mendaftar dan ambil race pack. Mudahnya proses, mereka hanya menghulurkan satu beg putih berisi ti-shirt, nombor bib tidak berchip dan topi. Hulur-hulur..dah.. bolehla kau join! Tiada proses ambil nama untuk check pre-registration bagai seperti event-event marathon yang sebenar. Ini dah ala-ala larian budak sekolah! Sangat kelakar. Aku masih bersabar.
Macam ini ke organisasi nak pecah rekod dunia? Macam agak memalukan sedikit. Aku dan N akhirnya memutuskan untuk berpatah balik. Dengan keadaan sekeliling yang agak menakutkan, tiada nampak bayang pelari wanita, mahupun pelari lelaki yang normal, kami berjalan menuju ke bas untuk berpatah pulang. Dalam kami mencari-cari jalan, tiba-tiba ternampak kelibat seorang wanita arab.
Perempuan tu pun nampak macam takut-takut dan agak lost. Dia bertanya arah, mana nak mendaftar? Aku dan N hanya menunjukkan arah, tetapi terasa agak tidak sampai hati nak membiarkan dia keseorangan. Dia yang nampak seperti takut-takut, meminta kitaorang temankan. Ok, baiklah.. kami tidak jadi naik bas, terus menemankan dia.
Selesai ambil race pack, dia ajak kami ke depan, katanya, mungkin ramai geng pelari yang ‘normal’ ada di garisan permulaan. Betul pun sangkaan dia, ada satu group pelari yang berpakaian lengkap sedang bersedia untuk berlari di bahagian paling depan. Aku rasa adalah dalam beratus-ratus atau seribu-dua kot. Masih jauh dari sasaran penganjur.

Kenapa, mengapa dan bagaimana?!

Memang lawak sangat anjuran Qatar Mega marathon ni. Aku tak faham apa yang cuba diaorang capai. Untuk dapatkan penyertaan teramai di dunia, kenapa tidak gunakan strategi marketing paling hebat? Duit kan banyak? Kenapa perlu di isikan dengan kehadiran beribu-ribu buruh kasar sahaja? Kalau ye pun, bagilah diaorang pakaian sukan yang lengkap! Buat event betul-betul, takdelah memalukan macam sekarang kan?.
Larian bermula jam 2 petang di bawah terikan matahari

Larian bermula jam 2 petang di bawah terikan matahari

Hmm.. sayang seribu kali sayang. Banyak sangat lagi aku nak merapu dan bercerita dari pengalam pahit manis berlari di event ini. Tapi aku dah agak mengantuk, kita sambung esok k? :)
-Yeen-
sukaRUN ! even under the sun..

Trackbacks

  1. […] dari cerita pengalaman ngeri aku di Qatar Mega Marathon¬†part I semalam.. Lepas dah terjumpa segerombolan geng pelari-pelari ‘normal’, kami akhirnya […]

  2. […] Mac, ada larian Qatar Mega Marathon, aku masuk. Berjaya habiskan larian 19km lebih, tak abis 21 km, sebab banyak sangat drama event tu, […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge