Tak suka Eczema: Kenali punca dan cara mengatasi

Tak suka Eczema: Kenali punca dan cara mengatasi

Bersambung dari entri semalam, seperti yang diceritakan usaha saya untuk mengatasi masalah eczema Maqeel, saya telah cuba beberapa produk yang disarankan seperti di bawah.

  • Mealshake – Hanya satu sudu kecil dicampur dengan minuman kegemaran, untuk memastikan bekalan nutrien yang diperlukan setiap hari. Bekalan vitamin dan mineral yang mencukupi diperlukan dalam membaik pulih sel-sel dalam badan dengan sihat dan sempurna
  • Omega guard – Menghalang inflamasi dan radang kulit, turut meningkatkan imuniti badan. Menurut bacaan, pengambilan Omega dipercayai mengurangkan 1/5 kebarangkalian simptom-simptom eczema dari terjadi – Telegraph UK
  • Basic H – Cucian yang diperbuat dari bahan-bahan semulajadi, mengelakkan kekeringan kulit yang mencetus rengsaan pada eczema
  • Herbal blend – krim rumusan herbal semulajadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Apa itu eczema? dan apa punca eczema terjadi?

Menurut baby center: Eczema yang juga dikenali sebagai topic dermatitis merupakan sejenis ruam kulit yang terjadi sebelum kanak-kanak berusia 5 tahun.  Ruam bagi bayi selalunya kelihatan jelas di pipi dan kepala, tetapi ia mungkin akan merebak ke bahagian tangan, kaki, dada dan bahagian-bahagian lain badan. Selepas tahun pertama kelahiran bayi, eczema mungkin akan kelihatan di bahagian siku, dibahagian belakang lutut, pergelangan tangan, dan pergelangan kaki atau dimana-mana bahagian badan yang lain.

Ruam mungkin akan kelihatan kering, bersisik atau bintik-bintik merah yang apabila digaru, sangat mudah dijangkiti kuman. Menggaru juga boleh menyebabkan kulit menebal, menggelap dan berparut-parut dalam jangka masa panjang. Eczema biasanya datang dan pergi. Ia tidak berjangkit tetapi ia boleh menyebabkan kegatalan yang sangat tidak selesa dan menggarunya pula akan mendatangkan masalah. Apabila ruam ini tidak dirawati, ia akan menyebabkan cabaran sosial kepada kanak-kanak tersebut.

Tiada siapa tahu punca eczema terjadi tetapi kebarangkalian ianya diwarisi adalah tinggi.

  • Anak anda lebih berisiko kepada eczema jika anda atau ahli keluarga yang terdekat yang ada masalah eczema, asma atau alahan.
  • Eczema bukan alahan kepada tidak-balas kepada sesuatu bahan, tetapi alahan kepada persekitaran seperti polen atau asap rokok boleh mencetus eczema.
  • Risiko eczema adalah rendah dari segi alahan kepada pemakanan (atau pemakanan anda, jika anda menyusukan badan).
  • Ruam ini boleh merebak disebabkan keadaan panas, gangguan alahan pada kulit seperti bulu kambing, atau bahan kimia didalam sesetengah sabun, wangian, syampu dan pencuci.
  • Ia juga turut dipengaruhi oleh perubahan cuaca dan kulit yang kering.
  • Tekanan perasaan juga turut mencentus eczema menjadi teruk.

 

Punca eczema dan cara atasi

Dalam 20% kanak-kanak mengalami eczema. Ia biasanya bermula dari peringkat bayi, 65% dari pesakit menunjukkan simptom-simptom pada seawal setahun usia, manakala 90% lagi menunjukkan simptom sebelum berusia 5 tahun. Tiada lagi kaedah untuk memastikan samada kanak-kanak tersebut akan membesar dan mengatasi eczema secara sendiri, tetapi kebiasaannya keadaan akan bertambah baik apabila usia mereka meningkat. Ramai kanak-kanak pulih pada usia 2 tahun, tetapi ramai juga yang pulih hanya setelah dewasa.

Cara mengatasi eczema dari tercetus

Ibu bapa boleh membantu dari segi mengelakkan perkara-perkara yang mencetus kepada eczema terjadi. Seperti Maqeel, doktor menyarankan penggunaan pencuci Cetaphil untuk mandian harian kerana ianya lebih sesuai untuk kulit sensitif. Jadi, konsep apa yang kita perlu cuba ialah mengelakkan keadaan kulit kering ini dari terjadi dan elakkan rengsaan gatal.

Dari bacaan, saya dapati mandian menggunakan air suam turut menyebabkan kulit kering. Dalam kes ini, selain dari menggunakan Cetaphil sebagai pencuci, saya turut cuba bertukar kepada basic H sebagai sabun basic Maqeel sekurang-kurangnya sekali sehari. Hanya 2-3 titik dicampurkan dengan air yang tidak berapa suam di dalam tub mandi. Sejurus selesai mandi, saya akan lap badannya dan terus menyapukan krim herbal blend untuk mengekalkan kelembapan kulitnya. Produk-produk Shaklee sememangnya selamat untuk manusia, dan alam sekitar, maka tiada isu was-was untuk mencuba tips ini, dan ianya nyata berkesan bagi Maqeel.

Perubahan cuaca turut menyebabkan eczema menjadi semakin teruk, maka penting untuk memastikan anak anda tidak terdedah kepada perubahan dari keadaan panas ke sejuk atau sebaliknya dalam masa yang singkat.

Banyak lagi tips-tips untuk menggelakkan kerengsaan kepada anak anda. Saya sangat bertuah kerana Maqeel hanya mempunyai masalah mild eczema, jadi ianya tidak terlalu teruk. Tetapi, saya masih bersyukur kerana bertemu dengan Mealshake, Omega, basic H dan herbal blend Shaklee, kerana saya yakin, usaha inilah yang membantu kulit Maqeel kembali pulih, licin dan lembut.

Cubalah jika anda juga buntu untuk membantu anak anda, saya jamin, jika anda tekad dan konsisten, masalah anak anda akan selesai, tetapi anda perlu bersabar dan terus berusaha! InsyaaAllah pasti berjaya!

Hubungi saya untuk mencuba,

Yeen

SID 913391

yeen@sukavitamin.com

Tel: +6012-2151970

+974 55022452 (Shaklee in Qatar)

jadi ahli shaklee

Psst…Berita baik untuk bulan September, Shaklee menawarkan promosi Mealshake beli 3 percuma 1! Inilah masa yang sangat sesuai untuk mencuba :)

mealshake promo beli 3 free 1

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge