Tak suka keluh kesah: berhenti merokok wahai wanita bertudung! Demi uterusmu..

Tak suka keluh kesah: berhenti merokok wahai wanita bertudung! Demi uterusmu..

Perasan tak sekarang macam dah jadi trend pulak wanita bertudung merokok tanpa segan silu? Dekat shopping mall, tau-tau dekat celah-celah ada pulak sekumpulan geng muslimah merokok.. Sejak bila ek jadi macam viral pulak. Dulu ada juga yang saya kenal bertudung dan merokok, tapi tidaklah merokok secara terbuka, mereka lakukan secara tertutup, sebab yela, agak kurang manis kan? Tapi mungkin wanita sekarang semakin ‘daring’ sebab konon sudah sangat moden dan tidak perlu pedulikan pandangan orang ramai. Atau mungkin sebenarnya wanita ni dah merokok sejak darjah satu, lepas tu darjah 6 dah kena pakai tudung, maka dia teruskan jugakla tabiat merokok yang susah gila dia nak tinggalkan.. mungkinla kan?

Statistik mengejutkan sekarang, wanita lebih ramai merokok berbanding lelaki! Termasuk di Malaysia! (atau mungkin sebab wanita dah memang sah sah lebih ramai dari lelaki sekarang hehehe)

Adakah merokok buat wanita bertudung nampak cool?

Tapi saya agak curious kenapa agaknya wanita bertudung sekarang sudah tidak segan silu merokok di khalayak ramai? Adakah mereka fikir mereka nampak cool? Maka mereka merokok dengan senang hati tanpa mempedulikan orang lain? Bijak betul agenda penaklukan islam menerusi benda-benda sekecil rokok ni. Walaupun bertudung litup untuk memenuhi tuntutan aurat, kita di gelapkan pula dengan tabiat yang tidak sihat. Sebenarnya tak perlu saya tekankan yang merokok tu sebenarnya memusnahkan diri, memang saya tahu, SEMUA manusia di dunia ni tahu keburukan merokok, tetapi tetap nak hisap sebab konon ‘dah tak boleh nak tinggal’.. Please.. bagi alasan yang lebih kukuh boleh tak? Jangan lupa yang rokok adalah antara penyumbang terbesar kepada zionist laknatullah!

bahaya wanita merokokLagi satu saya jadi tak faham bila orang gunakan alasan merokok untuk menenangkan jiwa. Sebagai umat islam, kita di ajar untuk sujud- minta padaNYA.. ia merupakan sebaik-baik penenang kepada hati yang lara.. percayalah, anda tidak perlukan rokok untuk bahagia! (Maaf, saya bukanlah orang alim, tetapi ini satu-satu benda basic yang setiap umat islam memang dah sedia maklum!) Kan?

Sampai hati anda jadikan racun-racun ini sebahagian dari diri anda!?

Satu kejadian yang menakjubkan semasa saya join kelas kuasa minda bulan lepas, ialah apabila DAO mendemokan bagaimana benda-benda negatif boleh mempengaruhi kekuatan fizikal seseorang. Dia panggil beberapa peserta untuk naik pentas, mengunakkan kuasa minda kesemua 4000 peserta di dalam dewan, kami beramai-ramai dipinta memikirkan yang positif saja tentang mereka-mereka yang dipentas, dan hasilnya, mereka semua kuat dan tangan sukar ditolak jatuh. Kemudian salah satu demo, dia mintak rokok dan diletakkan rokok sebatang di celah telinga peserta. Dengan mudah, tangan peserta tersebut ditolak jatuh. Habis demo, peserta tersebut memeluk DOA dan menangis! Bayangkan, lelaki dewasa.. menangis di atas pentas! Mungkin kerana kekesalan terkumpul selepas menggunakan rokok selama sudah bertahun-tahun. Dia tekad untuk berhenti. Alhamdulillah.. yang itu lelaki.. hati keras, kalau wanita? insyaaAllah lebih mudah untuk dipujuk berhenti.. :)

Tahukah anda, dalam sebatang rokok, terkandung beberapa bahan kimia berbahaya?

Saya tahu anda tahu.. dekat kotak rokok pun dah list satu-satu keburukan rokok, tapi… ada ko kesah? Menurut wikipedia, dalam rokok terdapat bahan-bahan di bawah

  • Nikotin, kandungan yang menyebabkan perokok merasa tenang.
  • Tar, yang terdiri daripada lebih daripada 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimia di antaranya bersifat karsinogen.
  • Sianida, sebatian kimia yang mengandungi kumpulan cyano.
  • Benzene, juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna.
  • Cadmium, logam yang sangat beracun dan radioaktif.
  • Metanol (alkohol kayu), alkohol yang paling mudah yang juga dikenali sebagai metil alkohol.
  • Asetilena, merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana.
  • Amonia, boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam kombinasi dengan unsur-unsur tertentu.
  • Formaldehid, cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat.
  • Hidrogen sianida, racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun perosak.
  • Arsenik, bahan yang terdapat dalam racun tikus.
  • Karbon monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta

Tips berhenti merokok kerana kesihatan

Risiko bahaya merokok untuk wanita

Kita boleh teruskan rasa selfish untuk merokok kerana keseronokan yang diberikan bagi setiap sedutan asap rokok. Tetapi bagaimana dengan kepentingan orang sekeliling kita? Ya, kalau pasangan kita pun turut sama merokok, kitalah yang perlu berubah terlebih dahulu agar dia turut berubah. Tahukah anda, risiko kesihatan yang membahayakan wanita?! Menurut sebuah artikel bahaya merokok untuk wanita di utusan: Merokok sebenarnya mendatangkan lebih banyak kesan buruk kepada wanita jika dibandingkan dengan lelaki!! Antara risikonya:

  • Penyakit jantung
  • Respiratori
  • Risiko semasa mengandung serta melahirkan.
  • Menggandakan risiko menghidap kanser pangkal rahim
  • Mempercepatkan hilangnya telur dan menjejaskan fungsi reproduktif atau kesuburan
  • Haid tidak normal
  • Mempercepatkan proses menopaus!

Sayangnya, ada sesetengah wanita yang mampu berhenti merokok semasa mengandung, kemudian kembali ke tabiat lama selepas selesai bersalin. Tahukah anda risiko bagi bayi yang ibunya merokok? Antaranya ialah:

  • Masalah dan penyakit pernafasan
  • Perkembangan kecerdasan otot terjejas
  • Jangkitan telinga
  • Leukemia
  • Kanser otak
  • Meningkatkan simptom lelah
  • Sindrom kematian secara mengejut

If you can’t do it for yourself, at least do it for your loved one!

Mungkin ada antara pembaca seorang wanita yang belum berumah tangga, ingatlah fakta-fakta di atas. Jangan seksa masa depan anda. Tiada baik yang datang daripada rokok, hanya dari satu kerosakan ke satu kerosakan yang lain!

Bagaimana nak berhenti merokok? Apa perlu kita buat?

  1. Tanamkan niat! Benda baik, apabila diniatkan insyaaAllah dipermudahkan.
  2. Berusaha – Fikirkan kenapa kita pilih untuk berhenti, tulis satu-satu sebab, baca hari-hari agar minda separuh sedar kita akan ‘lock’ dan kemudian akan terus bertindak. Kita sebenarnya lebih kuat dari yang kita tahu! Jangan biarkan alasan ‘Aku dah addicted, tak boleh’. Kerana, kesemua jenis addiction (ketagihan) boleh diatasi! BE extra strong! Berbanyakkan solat hajat minta padaNYA.
  3. Konsisten – Teruskan usaha, jangan berhenti separuh jalan. Sedih, apabila ada yang telah berjaya berhenti merokok, tetapi kemudian kembali ke tabiat lama kerana alasan ‘Hati tak tenang’, ‘Serabut’ dan bermacam-macam lagi.. back to point 2!
  4. Gunakan bantuan – Dapatkan khidmat kaunselor atau support group untuk capai impian anda. Tiada benda mustahil di dunia ni.. kita mampu lakukan apa saja! Bantuan dari segi supplemen juga boleh membantu! Boleh tengok video testimonial dibawah bagaimana Vivix bantu mengatasi tabiat merokok! Banyak sangat cara nak bantu berhenti merokok, tetapi semuanya bermula dengan diri kita sendiri!
  5. Ubah tabiat – Jika tangan terasa ‘kosong’ – pegang pen, atau apa saja yang menyerupai batang rokok sebagai ganti. Jauhi geng-geng perokok, POSITIVE people BRING POSITIVE THINGS, dan sebaliknya, maka untuk berjaya dan kekal.. anda perlu jauhi mereka!

Suka saya nak kongsikan video testimonial berhenti merokok dengan Vivix Shaklee di bawah. Perkongsian yang sangat bagus!


Vivix sememangnya satu produk anti-aging terbaik di dunia! Antaranya, ia sangat bagus utk kesihatan jantung sebab ia memperbaiki dari tahap sel- menambah tenaga, baik pulih di tahap sel!! Bagi kes untuk berhenti merokok: Kerana sifatnya yang memperbaiki di tahap sel, ia akan buang toksin dan nikotin tu dari badan.. buat lama-lama badan rasa nak reject je nikotin tu, tu yang makin lama rasa tak sedapp je rokok tu.. .so lama-lama taknak merokok dah insyaaAllah.

If you can’t do it for yourself, at least do it for your loved one!

Jangan jadi selfish.. asap rokok tu di share oleh semua orang disekililing ANDA.. bukan hanya si perokok seorang! Dan ingatlah! Rokok antara penyumbang terbesar kepada Zionist Laknatullah!  

Berminat untuk mencuba Vivix untuk berhenti merokok?

Click sini untuk transaksi belian segera menerusi Shaklee eSell.

Beli Vivix cara mudah

Beli sendiri dengan eSELL Shaklee

Atau, jika mahu dapatkan discount hebat, jadi ahli Shaklee PERCUMA dengan belian 2 botol Vivix!

beli 2 botol vivix dapat free keahlian shaklee

Hubungi saya segera!

 

YEEN

SID 913391

Tel (WA) +6012 2151970

yeen@sukavitamin.com

+974 55022452 (Shaklee in Qatar)

Comments

  1. Bini aku merokok gak. Prwatakan die lemah lembut je, slalu pakai baju kurung n mmg org yg brtudung. Tp kuat merokok smpi nk habis 2 kotak sehari. Hisap marlboro plak tuh. Aku yg laki ni pun tak merokok. Tp aku still can get along with her. Aku faham jiwa perokok mcm mane. Dh 10 tahun kot die merokok. Kategori perokok tegar la bini aku ni. Skang die umo 25. Adik pompuan die umo 20 pun merokok gak. Pakai tudung gak lemah lembut mcm die. Tp taktau la bape batang sehari. Family die jenis tak kisah

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge