sukaNYA pengalaman MrAi travel & berlari di Rotterdam

sukaNYA pengalaman MrAi travel & berlari di Rotterdam

Perkongsian dari Mr.Ai

——————————————-

Rotterdam in Memory

Venue : Rotterdam Marathon 2015

Date : 12 April 2015

Fee : EUR 80

——————————————-

Pengalaman full marathon pertama

Aku masih ingat lagi masa buat KL Marathon tanpa latihan. Aku cedera lutut dan mengambil masa 3 bulan untuk pulih. Masa tu degil nak juga masuk ambil alih bib coach syapie. Tapi aku Berjaya habiskan juga dalam masa 6jam 28min.

First Full Marathon yang diredah tanpa latihan

First Full Marathon yang diredah tanpa latihan

Hampir-hampir tak dapat medal dah, sebab cut-off KL marathon sebenarnya 6 jam! Balik dari marathon tu, dijemput ayah dari lrt station, sampai rumah, aku tak boleh berdiri! kaki rasa kebas-kebas! Siap kena papah masuk rumah. Beza betul bila berlari marathon tanpa latihan ni.

Medal finisher KL Marathon

Medal finisher KL Marathon

Pengalaman full Marathon kedua

Masih tak serik aku daftar pulak untuk Dubai Marathon. Kali ini aku ikut jadual latihan yang diberikan oleh coach aku.. siapa lagi pie. Aku berjaya habiskan dalam masa 4jam 56min. Peningkatan yang amat drastik, tapi bagi aku badan aku masih belum cukup kuat kerana terasa agak seksa untuk habiskan. Lepas habis Dubai Marathon aku pernah berjanji ini adalah yang terakhir marathon aku masuk kerana terlalu emosi.

Dubai_Marathon_2013_Aizal

 Tidak serik-serik berlari marathon

Tapi rupanya itu semua mainan perasaan sahaja. Tau-tau aku daftar lagi full marathon! Aku berjaya habiskan marathon ke tiga aku di Istanbul dengan peningkatan yang amat membangakan. 4jam 14min. Disini la semangat untuk terus berlari menjadi kuat dan berazam untuk buat lagi yang terbaik.

Full Marathon ketiga: Istanbul Marathon 2014

Full Marathon ketiga: Istanbul Marathon 2014

Marathon yang ke 4 !! ( Rotterdam )

Aku dapat message “Whatsapp” dari coach pie. “Aizal jom ikut aku buat Rotterdam Marathon”

Aku mula-mula macam tak percaya, ingat dia main-main je. Sampai la dia tunjuk bukti dia daftar Rotterdam Marathon. Aku mengambil masa 1 bulan untuk buat keputusan. Akhirnya setelah berbincang dengan isteri, akhirnya aku daftar.

Bukan aku je kene saiko, aku dan pie pujuk kawan PSY lain untuk masuk sekali marathon ni. Akhirnya yang terkena umpan SB, Nik , Bulat dan Latif.

Bermula la “Training Plan” baru untuk marathon ini.

Rotterdam-marathon-training-plan Rotterdam-Marathon-training-plan2

Nak pendek kan cerita Nik, pie dan bulat tak jadi sertai Marathon Rotterdam ni. Pie – Cuti tak lepas. Boss dia marah sebab baru je cuti buat marathon lain.

Nik – Tukar haluan ke Vienna Marathon pada hari yang sama

Bulat – Cedera lutut masih belum pulih 100%

Tinggal aku, SB dan Latif. “Trio Runners”

TRIO_runners_Rotterdam_Marathon

Bermulah adventure travel ke Rotterdam untuk berlari marathon

Aku dan SB berlepas dari Doha dengan menaiki Pegasus Airline pada pukul 3:50pg. Transit di Istanbul, Sabiha Airport selama 2jam 20min dan terus ke Amsterdam. Sepanjang dalam kapal terbang kami berdua banyak tidur dan banyak juga la aku snap gambar SB tido. Buat stock.

Sampai Schipol Airport, Amsterdam kami bersantai sekejap. Oleh kerana masa terlalu terhad, kami terus mencari kaunter tiket keretapi ke Rotterdam.

www.ns.nl/en/travellers/home

Harga tiket : EUR 11.90   Perjalanan : 40min

Jadual keretapi ke Rotterdam ada banyak, tak perlu risau setiap 7 ke 11 minit ada je keretapi.

Stesen Rotterdam Central

Tepat pukul 4.30pm (waktu Holland) kami sampai di Rotterdam Central station. Memang banyak perbezaaan Amsterdam dan Rotterdam ni. Rotterdam Nampak cantik dan terancang. Bangunan semua nampak moden. Rata-rata semua orang menungang basikal sebagai pengangkutan utama.

SB dah tempah Hotel Holiday Inn Rotterdam. Hotel yang sangat cantik, harga berpatutan dan lokasi yang sangat baik untuk acara marathon ini. Betul-betul dekat dengan “Starting and finishing line” boleh book thru Booking.com . Hotel sangat dekat dengan Rotterdam Central jalan kaki dalam 7min.

Holiday_Inn_Rotterdam-for-marathon-review

Oleh kerana bamyak sangat bersantai, kami terlupa tempat collect bib di Marathon Sport Expo (Beurs World Trade Center) tutup pukul 8mlm. Jadi kene ambil esok dengan Latif sekali. Latif dan kak Diba sebenarnye dalam percutian “Road Trip” di Europe. Rotterdam dia jadikan middle stop untuk buat larian.

Rotterdam-hall

8mlm semua kedai dah tutup, agak membosankan. Aku dan SB hanya berjalan-jalan cuci mata di sekitar hotel. Kami Nampak persiapan sedang jalan untuk Marathon esok. Sambil-sambil tu sempat jugak la mencari kedai makan halal. Latif dan Kak Diba sampai malam hari yang sama, kami jumpa sebuah kedai halal arab. Makan malam burger ( tak berkhasiat langsung) tapi dah lapar nak buat macam mana.

Carbo loading makan burger je, sebab tak jumpa kedai halal

Carbo loading makan burger je, sebab tak jumpa kedai halal

Esok pagi-pagi lagi sebelum expo buka, kami dah terpacak depan pintu sebab nak elak beratur panjang. 10am expo marathon buka dan banyak booth jual barang sukan. Lepas ambil bib number sempat juga la membeli belah.. SB agak teruja sebab ini kali pertama pergi ke expo marathon. Istanbul dulu dia terlepas sebab sampai lewat.

Rotterdam_Hall-marathon-bib-collection  Rotterdam_Hall-marathon-bib-collection2

Pada siapa yang “last minute” join marathon ni, boleh dapatkan barang-barang sukan di expo ini. Gel Energy dan supplement pun boleh didapati disini. Selepas selesai urusan “bag pack” kami semua rancang untuk brunch, kedai ala-ala Istanbul menjadi tempat rehat kami. Jalan dalam 10min dari expo.

Dah fikir nak masak sendiri je

Dah fikir nak masak sendiri je

Selesai makan, kami akhirnya pulang ke hotel masing-masing. Hari ni memang rancang untuk berehat, sebab esok nak lari. Tiada aktiviti jalan-jalan sangat. Aku berjaya membuat temujanji dengan kawan lama semasa di Astro dulu yang sekarang bekerja di Amsterdam. Mr H sanggup datang dari Amsterdam ke Rottedam bersama keluarga dia. Sekurang-kurangnya ada la juga benda nak buat dari duduk dalam hotel sahaja.

Sempat jumpa member kerja lama

Sempat jumpa member kerja lama

“Carbo Loading” kami pada malam itu agak mengecewakan. Agak sukar mencari restoran halal. Kami terpaksa makan berger halal arab versi makanan ringan.

Malam sebelum tidur macam biasa, aku dan SB mula mengemas dan menyusun barang-barang yang perlu dipakai dan dibawa esok. Menjadi rutin kami membuat “Gear Check” sebelum lari. Ini pun tips dari coach pie. Tujuan supaya esok tidak la tergopoh-gopoh nak cari barang. Korang semua pun harus buat “Gear Check” ni. Sangat membantu.

Gear check Rotterdam marathon

Gear check Rotterdam marathon

–Bersambung dibahagian kedua: Larian Rotterdam Marathon Bermula!-

.Aizal.

sukaRUN keliling Rotterdam!

 

Comments

  1. Tahniah Aizal. Jeles tak dapat join the boys trip.

  2. Nordiba says:

    Mahbrook Aizal!

Trackbacks

  1. […] Sambungan dari kisah Mr.Ai ke Rotterdam Marathon sambil travel makan angin […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge