Pengalaman sukaRUN keliling Madrid Marathon dan itinerary lengkap bahagian I

Pengalaman sukaRUN keliling Madrid Marathon dan itinerary lengkap bahagian I

Menggabungkan target berlari Marathon dan makan angin di tempat baru.

Aku tak pernah sangka aku akan terjebak mencuba larian Full Marathon sejauh 42.195km. Sebelum ini, aku dah buat 2 Half Marathon (di Chiang Mai dan di Paris), dan aku tahu betapa seksanya untuk menghabiskan 21km. Jadi, untuk buat Full Marathon, di mana tenaga dan kekuatan perlu dikekalkan dua kali ganda, aku rasa agak mustahil, terutama sekali lepas tengok betapa mencabarnya latihan untuk full marathon itu sendiri. Kalau Mr.Ai pun boleh nampak seksa, lagi-lagi la aku, seorang wanita.

Sebelum ini, macam aku pernah cerita, aku hanya berlari suka-suka, tiada target untuk aku capai, hanya mahu seronok-seronok join bersama kawan-kawan berlari di luar negara, kira dapat berlari sambil makan angin. Tapi, kali ini, keberanian aku untuk cuba capai target Full Marathon sudah lain. Aku seperti mendapat sedikit injeksi semangat luar biasa setelah kembali dari kelas Azizan Osman (ya kelas pasal bisnes, tapi aku dapat seruan jati diri haha). Aku mahu keluarkan potensi diri yang selama ini terpendam jauh.

Setelah berfikir panjang, akhirnya aku mengambil keputusan untuk masuk larian Full Marathon di Madrid dengan semangat baru, kali ini aku mahu menghabiskan kesemua latihan dengan penuh displin. Sebab selama ni, training plan nye ada, tapi tak pernah aku ikut, lari hujung minggu je. Alhamdulillah, aku kali ni, berjaya habis dalam 70% latihan, bukan kerana aku tidak displin, tetapi kerana kecederaan yang menyebabkan aku berehat untuk 2 minggu (baca kisah di sini).

Keputusan untuk batalkan trip Madrid Marathon

Sebenarnya aku  sekali lagi hampir-hampir nak batalkan trip ini. Mula-mula sebab kecederaan, dah elok, datang pula ujian lain. Dua hari sebelum tarikh berlepas, aku dapat satu berita sedih tentang ibu. Ibu sakit.. Mr Ai cakap, sekarang ibu di ICU. Aku jadi tak tenang, nak-nak tengok gambar-gambar ibu terlantar di katil hospital. Aku lihat wajah Mr. Ai juga penuh dengan kerisauan, kami banyak berdiam, berfikir apakah jalan terbaik.

Naluri aku memikirkan, Mr. Ai perlu balik menjenguk ibu, bagi semangat. Tapi sebab dia kesian taknak aku batalkan trip, dia tidak bagi kata putus. Sebab aku dah cakap kalau dia balik ke Malaysia, aku cancel je trip Madrid, Ibu lebih penting. Dia hanya cakap ‘kita tunggu result test scan ibu’. Keadaan ibu sudah stabil, darah tinggi yang naik hingga 200 dah turun, cuma test untuk pastikan takde blockage di jantung.

bersedih-sebelum-marathon

Pagi Rabu tu, aku masih tak keruan, hati aku masih kuat berkata Mr. Ai kena jugak balik! Tak kisahlah, kalau segala usaha aku untuk sampai ke Marathon Madrid itu perlu dibatalkan, aku redha, aku yakin semuanya ketentuan datang dari Allah, pasti ada hikmah disebalik. Aku menangis….

Dalam tak tenang bekerja, aku cuba cari flight tiket untuk Mr.Ai, ada yang terdekat jam 3petang, aku terus cakap ‘You balik la, takyah fikir pasal lain.. ibu lagi penting’. Mr Ai bersetuju, sebenarnya aku tahu, sememangnya dia juga bernaluri mahu pulang, tapi dia dalam dilemma tentang trip aku ke Madrid Marathon yang telah berbulan-bulan aku usahakan.

Dalam kelam kabut, aku minta izin balik awal dari office, terus belikan tiket Mr.Ai dan bergegas balik untuk packing dan hantar dia ke airport. Sampai di airport, dia pesan, ‘I still nak you pegi Madrid. You lari untuk Ibu!’. Menitis air mata aku sekali lagi. Aku hanya mengganguk.

Bertuahnya kami mempunyai ramai kawan-kawan yang sangat caring dan baik, masing-masing offer rumah masing-masing untuk tolong jagakan 3M. Semua nak aku teruskan marathon tripku. Aku berfikir panjang, PA aku Neng ada, 3M pun sangat rapat dengan dia, jadi aku tak risau sangat kalau tinggalkan diaorang dengan Neng di rumah mana-mana kawan rapat.

Memikirkan tentang sekolah Myra, akhirnya aku pilih untuk hantar ke rumah Ana. Tapi aku masih berbelah bahagi, macam mana aku nak pergi lari, sedangkan ibu terlantar sakit di Malaysia? Aku hanya diam menunggu keputusan scan ibu. Hati aku cakap ‘Kalau test result ibu ok, baru aku teruskan dengan Marathon’.

Alhamdulillah, tak lama selepas hantar Mr.Ai ke airport, keluarga kami bagitahu keputusan ujian ok, tiada blockage. Ibu mesti kembali sihat in no time. Aku bersyukur, dan nampaknya masih ada jodoh aku dengan Madrid Marathon. Aku akhirnya bersetuju untuk meneruskan. This is for you ibu..

Petang itu, aku terima kunjungan mengejut dari Hani, menenangkan hatiku. Kawan-kawan lain turut sama bagi semangat, ‘kita mesti teruskan’. Aku menjadi sedikit ceria, dan terus menyiapkan itinerary lengkap untuk kami di Madrid nanti. Sebab masa yang singkat, dan objektif utama untuk marathon, kami perlu rancang dengan betul trip ni.Selesai buat itinerary, malam tu jugak selepas maghrib, kami pergi berlari 5km flaklek sebagai latihan terakhir sebelum berangkat ke Madrid.

3M terpaksa ditinggalkan tanpa Mommy dan Daddy

Berat nak tinggalkan 3M tanpa Mommy Daddy

Bersambung esok dengan lagi kisah-kisah menarik dengan itinerary lengkap di Madrid

Comments

  1. Enak juga ya jalan-jalan sampai ke luar negeri. Sinergi prestasi dan kesehatan!

    Blog ini sudah ditampilkan di kitaabah.com. Semoga bisa saling silaturahmi. Trims
    Komar recently posted…sukarun.com Sport, MalayMy Profile

  2. tak sangka bidang ini menuntut satu motivasi yang tinggi..hu..hu..
    Hero Borneo recently posted…Biar Gambar Berbicara Siri 2My Profile

    • ya betul.. memang memerlukan motivasi tinggi untuk berlari marathon ni! sebab itu ia antara aktivit yang sangat bagus untuk melatih diri kita tentang displin :)

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge