Pengalaman sukaRUN keliling Madrid Marathon dan itinerary lengkap bahagian IV

Pengalaman sukaRUN keliling Madrid Marathon dan itinerary lengkap bahagian IV

Sambungan dari part III

26 April 2015

Seperti tidak percaya, akhirnya tiba juga hari race Marathon Madrid. This is it, the day that I will put myself to test. Hari dimana aku akan cuba mengatasi ketakutan aku tentang full marathon, larian sejauh 42.195 km tanpa henti! Sebab kalau nak walk run macam dalam latihan, memang tak boleh nak sampai sebelum cut off 6 jam. Aku pun tak tahu samada aku mampu atau tidak, sebab latihan terjauh hanya 30km dengan pace yang sangat perlahan. Tapi coach Sarah tak habis-habis meyakinkan, ‘if you can run a 30km, you can run the 42km for sure’. Ok, untuk menenangkan perasaan, aku hanya menggangap ini hanya latihan, my real marathon will be in New York nanti.. just bloody enjoy the run! :)

Breakfast-nervous-before-race-madrid-marathon

Pagi-pagi lagi lega dah selamat ke tandas – salah satu ketakutan aku ialah terasa nak membuang masa berlari nanti! Tak sanggup aku nak guna toilet sementara untuk event itu nanti, sure horrible. So, satu tips yang diberikan coach Syafie, pagi-pagi buang dulu habis-habisan, kemudian boleh ambil Immodium untuk tahan buang air besar. Tapi ikut coach Sarah, Immodium tidak semestinya diambil kalau kita sudah tahu masa-masa kita akan membuang. So, atas nasihat-nasihat tu, aku yang agak tidak suka makan ubat, tak ambil.

Perut kesakitan sebelum Marathon

Sarapan pagi di hotel Petit Palace Savoy Alfonso IV ni bermula jam 7:30 pagi. Tapi kami semua 6 lebih lagi dah bersiap sedia, dan sudah kelaparan. Aku terus makan pisang untuk mengelak masuk angin. Tapi, seperti biasa, badan aku yang sememangnya tidak berapa serasi dengan pisang, mula sakit memulas-mulas. 3-4 kali aku ke tandas! Aku mula risau, tapi aku tetap yakin Allah akan permudahkan perjalananku dan kawan-kawan, aku tidak putus-putus berdoa dalam hati ‘Rabbi Assir Walla tuasir’, minta dipermudahkan. Nak ambil immodium, tak dibawa pulak. huhu.. aku tawakkal.

Masa breakfast, ada juga terjumpa dua tiga pelari lain. Wah, memang betullah macam Sarah cakap, Madrid ni kebanyakkan pelari yang serious. Mamat tu aku tengok tengah mengira-ngira pace sambil makan cereal dalam mangkuk sebesar periuk! šŸ˜€ Kami yang semuanya agak gugup, tidak pasti nak makan apa. Hanya ambil roti bakar sedikit dan kopi. Aku pun tak berapa lalu sebab perut tengah memulas.

Apa-apa pun Selfie dulu

Apa-apa pun Selfie dulu

Sebelum ke garisan permulaan yang terletak hanya lebih kurang 100-200 meter dari hotel, semua ke toilet untuk last kopek bisnes. Inilah yang aku maksudkan betapa berbaloinya hotel mahal ni, sebab dahla hari itu hujan, sejuk, perut pula tengah tak sedap, memang bersyukurlah hotel dekat dengan starting point! Kalau tak, dah pasti terpaksa ke toilet umum! Bila sampai di sana, kebanyakkan orang sudah berada di dalam wave point masing-masing, bersedia untuk berlepas.

sukaRUN keliling Madrid Marathon!

Permulaan larian berjalan lancar. Semua pelari full marathon dilepaskan sekali, mungkin kerana peserta tidaklah terlalu ramai. Aku sudah set, taknak tengok jam Garmin sangat, nak lari jer ikut kemampuan! Asal boleh tetapkan bawah 8 minit setiap km, insyaaAllah akan sampai end point sebelum cut-off. Bismillah..

happy-go-lucky

happy-go-lucky

group hug sebelum start race kasi semangat

group hug sebelum start race kasi semangat

Hujan rintik-rintik, aku happy, yay Alhamdulillah, memang ikutkan weather forecast hari Marathon tu hujan, so okla kalau setakat hujan rintik-rintik. Tapi sangkaan aku meleset! Tak lama selepas tu, hujan makin melebat! Tapi macam tak caya, mungkin sebab dah training berbulan-bulan, berlari pun dah seperti robot, tak fikir sangat, lariii jek. Kadang-kadang kena berlari di kawasan yang ramai supporter, aku lari semakin laju.Ā Tapi sejujurnya, banyak tempat yang tiada supporter langsung, mungkin disebabkan hujan, ataupun memang orang-orangnya tidak begitu bersemangat kesukanan haha.

Race bermula

Race bermula

Mengelak saiko masaĀ berlari Marathon

Aku tengok pace selepas 2-3 km, wah! seperti yang Sarah tetapkan! 6:50-7:05 min/km! Tak sangka boleh! Tapi masih panjang lagi perjalananku. Tiba-tiba masa berlari tu, aku ternampak seorang pelari lelaki berpakaian pengantin perempuan. Haha kelakar danĀ sporting, siap tanya aku dari mana. Sepanjang berlari tu, yang terkejut, ada juga 2-3 orang pelari lain yang datang menghampiri aku, dan memberi salam, kemudian bercakap dalam bahasa Sepanyol, mungkin cuba untuk mengetahui dari mana aku datang.

Aku hanya menunjukkan bendera Malaysia kecil yang aku gantung diseluar. Aku cuba cakap ‘Malaysia’, tapi diaorang macam tak kenal negara tu, bila aku semua ‘Melezie’ (macam style arabic) baru diaorang macam paham, tahla betul-betul paham atau buat-buat paham! šŸ˜€ Sepanjang berlari tu, aku happy, sebab banyak benda yang mengalihkan pemikiran aku dari memikirkan larian semata-mata, jadi sedar tak sedar kilometer demi kilometer berjaya diharungi dengan mudah.

Hujan pulak, kadang lebat kadang slow. Yang bagusnya Madrid Rock and Roll Marathon ni, setiap beberapa kilometer, ada live band bermain lagu-lagu rock (Nanti aku share video). Wah, bila lalu jer aku terus bersemangat dan pergi lebih laju dari sebelum. Aku pastikan untuk rekod setiap band yang aku lalui. Seronok sangat rasa, dan yang paling pelik bagi aku, macam mana aku tidak rasa beban pun untuk berlari, walhal aku sebenarnya sudah agak penat.

madrid-marathon-guy-running-in-wedding-dress from sukarun on Vimeo.

Lama aku mengikut geng pelari pengantin tu, pace dia aku rasa bawah 7 minit. Dan ada juga segerombolan geng power walk, yang banyak kali cuba untuk memotong aku. Aku hanya jadikan diaorang sebagai batas untuk aku teruskan larian. Aku pikir, kalau diaorang berjaya potong, maka gagallah aku. Jadi, setiap kali diaorang nak potong, aku lajukan larianku, padahal penat nak mampus! Hahaha.

 

Pace kecundang di bukit ParkĀ de Campo

Ok, mengikut route, 10 km terakhir, memang dikatakan akan ada kawasan berbukit yang agak tinggi. Tapi sebenarnya sejak awal lagi, banyak gila bukit menaik, turunnya rasa cam sikit jer! Ciss. Tiba-tiba aku dapati bukit agak tinggi, aku cuba berlari, tapi macam tak berapa bergerak pun haha. Terus aku teringatkan Paris HM, wah.. setahun yang lalu, aku pernah berjalan masa membukit, aku tak mampu langsung nak berlari mendaki bukit!

Tapi kali ini, aku lebih gagah, aku melangkah satu kaki demi satu kaki yang sudah terasa agak keras. Aku berjaya teruskan larian! Alhamdulillah, walaupun pace sudah menurun sedikit. Geng powerwalk tadi pun dah berjaya potong aku. Sedih.. di route park de Campo agak sunyi, tiada supporter dan tiada sangat pelari, mungkin sebab aku sudah agak ketinggalan dibelakang.

Aku juga mula risau tentang kakiku yang cedera sebelum ini, ada terasa macam nak sakit. Pergelangan kaki kanan pun dah mula terasa sakit sedikit. Aku terus cuba untuk elakkan memikirkan tentang kesakitanĀ dengan berzikir. Harapan aku, Allah permudahkan larian. Masa lari, macam-macam orang aku jumpa, ada yang cacat takde tangan, berlari dengan teman yang menarik dia menggunakan tali. Setiap kilometer yang aku lalu, aku semacam tak percaya, selepas melepasi 21km, aku rasa seperti nak menangis, satu waktu dulu, aku tidak terfikir langsung untuk buat full marathon, tapi sekarang, aku masih sedang berlari untuk 21km lagi! Gigih!

Oh ye, aku teruskan larian tanpa melupakan tips untuk ambil Perpetuem setiap 5 km. Dalam Perpetuem tu ada 6 capsul, jadi kalau korang pun nak cuba, mesti cukup untuk start, 5, 10, 15, 20 dan 25km. Lepas tu ambil pulak GEL energy di 30km, 35km dan 38km. Setiap satu jam pula, ambik pil eletrolite. Tangan yang dah kebas tak rasa apa, masih kugagahkan untuk bukak plastik yang membalut supplement-supplement.

terjumpa Bee &Wan di km ke 38

terjumpa Bee &Wan di km ke 38

Di kilometer ke 38 tak silap aku, tiba-tiba aku nampak Bee dan Wan tunggu ditepi jalan. Masa tu hujan agak melebat, gigih diaorang kejar aku untuk ambil gambar. Sebenarnya bila nampak diaorang, aku seolah-olah diberikan injeksi semangat, masa tu pace dah mula menurun, dengan hujan dan kesejukan lagi, tapi bila nampak je diaorang, terus aku up kan pace! Happy sangat! Laju sikit la balik, Alhamdulillah. Sikit lagi Yeen! Sikit lagi nak habis, aku sangat-sangat happy!

Dua kilometer terakhir, aku berlari lebih laju dari sebelum (aku rasa laa haha). Sebab dah tak sabar nak sampai end point. Tapi aku macam pelik, masih lagi dikawasan bandar, kedai Ā dan bangunan di kiri kanan, bilanya nak masuk Park Retiro ni? Aku terfikirkan Bee dan Wan, kesian, hujan lagi. Mesti dah tak sempat nak jumpa dekat end point nanti. Aku teruskan larian.

Akhirnya aku nampak jalan untuk ke park. Tapi yang agak sedihnya, masa baru 5 jam berapa belas minit, tapi pihak penganjur dah mula menggulung banner-banner! Ciss.. tiba-tiba masa lagi 200 meter tak silap, aku dengar suara minah salleh menjerit ‘Almost there! You’re doing great! Good job!’ sumpah suara dan wajah dia sebijik macam coach Sarah! hahaha. Aku teruskan larian.

Tiba di garisan penamat, aku memang tak boleh nak terangkan perasaan aku. Korang tengok sendiri jela video ni. Betapa happy dan beriyanya aku! Kalau korang nak tau, aku tak biasa begini, aku tak biasa nak menjerit bertindak gila-gila macam ni! I was a quite, shy girl, pemalu, senyap, PENAKUT!Ā Tapi hari itu I have conquered my fear and I have proved to myself I AM A winner! Tiba-tiba ada salah sorang penganjur tunjukkan aku ke arah Bee & Wan, oh wah! diaorang dah sampaiĀ situ!

Yeen sukaRUN menjerit gembira sebab habis 42.195km Madrid Marathon from sukarun on Vimeo.

Doa aku, usaha aku, akhirnya terbukti membuahkan hasil.. Pertama kali aku benar-benar serious dalam latihan, walaupun tak berjaya habiskan 100% kerana kecederaan, inilah kali pertama aku berjaya komited sampai habis. Aku biasanya selalu hangat-hangat tahi ayam, tapi kali ni, I did it! IĀ sukaRUN keliling Madrid sejauh 42.195km! Alhamdulillah.

sukaRUN keliling Madrid habis!

sukaRUN keliling Madrid habis!

Selesai berlari, dalam menggeletar, aku menghampiri khemah untuk engrave medal. Marathon pertama memang wajib kena engrave – catatan masa 5jam 24 minit 42 saat! Ya Allah lamanya aku lari haha. Aku keluarkan 10 Euro yang basah kuyup untuk bayar. Selepas 10 minit lebih, dah selesai. Aku kesejukan dan tak berapa pasti nak ke arah mana. Aku berjalan menuju ke arah tempat aku nampak Bee dan Wan, tapi diaorang dah takde, mungkin tak tahan kesejukan. Tak lama selepas tu, aku nampak Loly sampai! Aku menjerit! Loly!!!! Syukur jumpa dia, dia ada phone, bolehla carik jalan haha.

yeen-loly-jumpe-after-race-madrid-marathon

Two happy marathoners

Nantikan sambungan cerita Madrid Marathon kami. Of coz tidak sampai disini saja, aku nak turut kongsikan perasaan Nanie, Loly dan Hani (yang kini digelar pelari Kenya!). Mesti korang akan syok dan teruja baca kisah diaorang pula, semuanya sumber inspirasi dan kekuatanku. Thanks ladies! You are all wonder women!

We did it! We rocked Madrid Marathon awesomely!

We rocked Madrid Marathon!

We rocked Madrid Marathon!

-yEEN-

dari keliling rumah, ke keliling Madridco! Hola!

Comments

  1. Best nya Yeen. I can feel your excitement and satisfaction. Hard work pays. Tahniah. You are stronger than you thought.

  2. Wow, running in places like this? Soooo cool! šŸ˜€
    Shaima recently posted…Gambar EPIK Dalam DIY RumahMy Profile

Trackbacks

  1. […] Bersambung part IV dengan kisah pahit manis ‘Madrid Marathon race day!’. Sementara tu, jom layan video Segway around Madrid. […]

  2. […] yang dijanjikan dalam last entri (pengalaman sukaRUN keliling Madrid Marathon), harini aku nak kongsikan satu-satu perasaan dari my running buddies. Salah seorangnya iron lady […]

  3. […] aku baru teringat tips yang coach Sarah ajar bila sakit ulu hati macam ni menyerang bila lari full marathon pertama aku di Madrid. Coach Sarah pesan, tarik nafas dalam-dalam, kemudian lepaskan dengan satu nafas kuat (hembus […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge