Pengalaman sukaRUN keliling Madrid Marathon dan itinerary lengkap bahagian II

Pengalaman sukaRUN keliling Madrid Marathon dan itinerary lengkap bahagian II

Sambungan dari entri bahagian I

24 April 2015

Flight kami tengah malam. Hati aku penuh emosi, mataku bengkak, tapi aku teruskan juga. Sudah tiba masa yang dinanti! Semoga anak-anak aku selamat dalam jagaan mereka-mereka.. ‘Sorry kids, Mommy got to finish what we have started, I have to go’.

Alhamdulillah akhirnya flight kami selamat mendarat di Madrid jam 1:15pm 25 April 2015. Aku dah pun arrange airport transfer dengan ZipTransfer, hanya Euro 24 seorang untuk trip pergi balik. Sebenarnya boleh murah lagi, tapi aku ambil option untuk 6 orang sebab risau beg akan beranak. Tambah 2 Euro je pun beza.  Airport ke hotel kami dekat je, dalam 15-20 minit je, tapi dia sarankan masa transfer 45 minit mungkin untuk kebarangkalian keadaan trafik.

Hotel kami Petit Palace Savoy Alfonso IV, betul-betul dekat dengan starting point Marathon Ahad nanti. End point pun dalam 1 km je, so memang best location habis! Kitaorang ambik Junior suite untuk kami berempat, memang superb. Bilik besar dan sangat cantik. Cuma toilet je agak ‘notty’, sebab pintu kaca see through haha.

Petit-Palace-Savoy-Alfonso

Kalau korang nak cuba Madrid Marathon next year, memang aku rekemen hotel ni, book la awal-awal dekat booking.com- Petit Palace Savoy, so boleh dapat rate lebih murah, dan yang bagusnya booking.com ni tak caj credit card sampai hari kita check in. Tapi pastikan betulla starting point dia tempat yang sama (Cibeles). Kiteorang bayar cash, share 4 orang untuk 3 malam dalam EUR221 seorang. Boleh tahan mahal, tapi worth it! Nanti dah baca cerita penuh, korang akan paham kenapa.

Last kopek training larian 3 km di Park de Retiro

Sampai-sampai, itinerary kiteorang ialah berlari 3km sebagai last kopek training sebelum race day. Kemudian terus ke expo yang terletak di Park de Campo untuk ambil race bib dan goodies pack. Bagusnya hotel kami, betul-betul dekat dengan entrance ke Retiro – park yang sangat cantik dan sesuai untuk berlari. Best sangat tau rasa berlari dekat tempat sejuk. Berbeza dengan tempat panas!

Dengan semangat, kami sarungkan jersey PelariStyloYo untuk bergambar matchy-matchy, acara wajib sebelum berlari hehehe. Selesai larian, dalam jam 4 petang, kami ambil teksi ke expo yang teretak agak jauh di Park de Campo, yang katanya adalah park terbesar die Europe, malah 10 kali ganda saiznya dari Central park di New York City.

sukaRUN-latihan-3k-Retiro-park

Kalau korang nak pergi trip macam kiteorang ni nanti, bagusnya kalau ramai-ramai macam kiteorang 4 orang, boleh share-share duit teksi, lagi jimat masa dan duit, plus tak penatkan kaki. Memang kalau boleh taknak jalan banyak sangat sebelum race day. Sebab menerusi pengalaman lepas, masa HM Paris, aku langsung tak jaga bab kaki, asyik la berjalan sana-sini, tidur pun lambat, terus esoknya kepenatan dan takde tenaga nak berlari.

Trip teksi, sekali start 3.30 euro, puratanya satu trip kiteorang ambik dalam 5-10 euro, paling jauh pun 15 euro, kalau bahagi 4 orang, baru berapa, naik metro pun lebih kurang. Tapi metro bagi aku dari pengalaman lepas, banyak menggunakan kaki nak jalan, so aku tak rekemen sangatla korang pakai. Lebih bijak dengan teksi.

Expo dan pengambilan race pack dan bib

Expo Rock and Roll Madrid Marathon ni nampak tak berapa besar. Tapi kaunter untuk bib collection memang banyak. Masa kiteorang sampai, tak ramai sangat orang, so mudah sangat ambil semua, bib, beg dan t-shirt. Lepas tu jalan-jalan sekitar expo untuk beli apa-apa barangan sukan yang berkenan. Tapi yang hampanya, tidak banyak pilihan sangat. Camel bag pun takde. Macam Hani dengan Loly cerita, dekat Berlin expo lebih meriah dan banyak sangat pilihan!

Boost-expo-madrid-marathon

Lepas selesai expo, semua dah lapar, kiteorg keluar untuk cari teksi ke hotel, tapi sebab park tu agak ke dalam, susah untuk dapat teksi, kenalah jalan keluar sikit. Masa nak keluar tu, terperanjat tengok punyalah ramai orang tengah beratur nak masuk! Nasib baik kiteorg dah settle awal-awal.

Berjalan keluar, satu-satu café yang dijumpa kiteorg cuba bertanya, kalau yang tak tahu English langsung, kiteorang skip, carik café lain. Sampaila jumpa café ke 3, dapat cuba Patatas –antara makanan wajib untuk di cuba bila di Sepanyol. Sedap sangat, macam telur dadar ada kentang.

Flamenco Show

Malam tu kami janji dengan Bee dan Wan untuk dinner dan tengok show Flamenco. Bee dan Wan ni memang terbaik, saja-saja nak join gi Madrid untuk support kiteorang untuk ambik gamba dekat Marathon semua. Kami sangat terharu dengan semangat dieorang. Thanks korang! Muahh skit..

Malam lepas bersiap, kami semua berjanji jumpa di restoren Lateral yang terletak di Calle de Velazquez. Kami cuba satu dish seafood yang macam menarik, ada dish cod fish- sedap sangat (tak ingat name spanish die), tapi portion dia kecik gila, besar penumbuk je. Dengan telur puyuh goreng yang comel terletak di atas. Haha. Sekali ngap je settle! Pastu Bee dan Wan cuba sup tomato sejuk yang kononnye antara specialty di Sepanyol.. haram tak sedap.. hahaha.. tapi kalau nak adventurous dan cuba, silalah.

dish-cod-fish-telur-puyuh-goreng

Bee-Wan

Bee and Wan menikmati sup tomato sejuk

Solan_de_Cabras

Solan de Cabras adalah air mineral exslusif yang wajib dicuba!

 

Selesai dinner, kami berjalan ke arah Sala La Garrotxa, untuk tengok Flamenco dance show yang terletak dalam 800 meter dari Lateral. Sambil slow-slow jalan makan angin, terjumpa pulak café, terus lepak minum kopi dulu, sebab masih terlalu awal nak pergi, show start jam 10 malam. Flamenco show ada banyak pilihan di Madrid, tapi yang kiteorang book ni murah, dalam 15 Euro je harga termasuk satu minuman. Boleh book sini.

berangan di cafe

Posing berangan

 

Bersemangat gila dieorang ni menari flamenco, seolah-olah sedang bercerita dengan penug perasaan. Yang paling excited dengan Flamenco ni, si Hani, tak abis2 menjerit ‘Hola!’ sambil buat gaya flameco haha. Show ambil masa dalam sejam, tapi starting time agak lambat dari yang ditetapkan. Masa syok diaorang ni bertepuk tangan, boleh pulak aku tertido hahaha.

flamenco-dance2

Jam 1130 baru kami bergerak pulang. Kalau ikutkan rules untuk Marathon, 2 malam sebelum, kita kena berehat dan tidur awal. Tapi ala, alang-alang dah sampai Madrid, korban sikit la kot, sebab Sabtu memang itinerary rilek-rilek dan dah set nak balik berehat bermula jam 7 malam. So, ok jugak, lagipun takde guna banyak sangat tenaga nak jalan sana-sini. Kebanyakkannya naik teksi je.

Advantage di Madrid mase ni, siang lambat, subuh pun lambat la masuk, jadi tidur lewat sikit, boleh bangun lewat sikit. Berehatla kami sepuas-puasnya.

Bersambung esok dengan kisah menarik segway keliling Madrid!

 

YEEN

sukaRUN!

dari keliling rumah, ke keliling Madridco! Hola!

 

Comments

  1. best best, cepat tak sabar nak baca sambungan

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge