Sukanya pengalaman menjadi ahli Shaklee

Kenapa saya jadi ahli Shaklee

Terus terang, sebelum ni tak penah terpikir nak daftar jadi ahli. Yang saya tau, nampak iklan dari kawan lama masa belajar di Uni dulu pasal set menyusu Shaklee. Masa tu memang tengah struggle nak banyakkan susu badan. Konon dah berazam nak susukan anak sendiri sampai paling koman 6 bulan. Dalam duk membeli tu, tau-tau member tu register saya sebagai ahli, tapi it ends there. Tiada pendedahan apa peluang-peluang penting dalam menjadi ahli. For all I know, jadi ahli, dapat beli murah. Itu je.. Sampailah ada sorang lagi member ni yang mula bercerita pasal peluang bisnes dengan Shaklee. Dia mula tunjuk cara mana nak bawa stok (masa tu tiada Shaklee online shopping!).. sikit-sikit dari cerita dia tu, saya jadi berminat nak mencuba. Masa tu dah lama tak aktif jadi ahli, sebab dah lama tak beli, check-check, kalau nak tukar upline boleh, cuma ada proses.. maka saya pun mengambil keputusan nak tukar, so senangla, sama-sama carik makan di tempat yang sama, kurangkan saingan dengan kawan, sebaliknya terjadilah mentor-protege secara bersahaja.

Jadi ahli shaklee.jpg

Kenapa dari jadi ahli makan sendiri saya mula berjinak berniaga Shaklee

Masa mula-mula didaftarkan kembali, saya bersemangat, nak sangat berjaya dengan Shaklee, bulan yang sama terus naik rank, Alhamdulillah. Sikit-sikit, saya belajar tentang teknik marketing, samada online atau offline. Semua belajar menerusi pembacaan bahan kongsi oleh masters-masters terdahulu. Belajar selok-belok bisnes, yang mana merupakan sesuatu yang baru bagi saya, sebab produk Shaklee ada banyak, dan tidak semua saya dah cuba pakai. So, rasa agak kekok nak bercerita kebaikan produk kalau diri sendiri belum try. Jadi saya pun cuba-cuba try produk Shaklee, satu persatu, nak rasa sendiri apa yang best, selain set pantang dan set menyusu. Yang menakjubkan, dalam diam, Shaklee dah bantu saya kuruskan diri dengan cepat! Kalau tak,  sebelum ni, bersenam la sekerap mana pun,  berlari ke, berjalan ke, zumba ke.. susah betul nak tengok jarum penimbang tu turun! Gerammmm. Tapi lepas telan set kurus Shaklee, tak lama, terus nampak perubahan. Siapa la tak happy kan?  Bisnes manual yang Shaklee bagi, saya tak penah khatam. Yang tau dan paham, cara kira bonus je hahahaha. Tapi lama-lama duk baca cerita kejayaan kawan-kawan, terutama kawan-kawan yang memang dah kenal sebelum ni, jadi bersemangat pulak nak cuba sunguh-sunguh. So, mulalah saya atur strategi untuk kembangkan perniagaan. Alhamdulillah, walau agak slow mode, tapi boleh nampak perkembangan bisnes dari bulan ke bulan. Bonus Shaklee bagi, kalau nak dikira, tidaklah banyak mana pun. Saya hanya niatkan, alang-alang aku makan, baik aku try jual, dari untung jual, boleh guna untuk beli supplemen untuk makan sendiri. Menarik bukan?

Yang besnya lagi, kita bukanya jadi penjual gi jaja-jaja dekat orang tak kenal. Kita hanya share pengalaman sendiri, atau pengetahuan sendiri, pastu, orang yang cari kita.

Kenapa kalau suka produk Shaklee, kena pastikan jadi ahli

Macam mana-mana kelab keahlian lain di duniala.. kalau dah suka, rugilah tak jadi ahli. Sebab, bila jadi ahli, banyak sangat kelebihan yang kelab tu sediakan. Contoh paling senang, harga la. Kalau ahli, mesti dapat harga special. Kalau tak ahli, kompem bayor lebih. Hehehe.

Lagi kelebihan jadi ahli Shaklee adalah bayaran bonus bulanan untuk ahli-ahli yang layak. Biasala.. macam kertas cop beli ice blended tu, dah beli 6 baruu die kasi free 1.. haa same kes dengan bonus ni. Tak bolehla main bagi je ikut suka suki kan? Kenalah mengikut level-level tertentu. Kalau orang belanja 100, dan 1000, takkan kita nak kasi free gift sama jer sebatang pencil? Mestilah kita nak hargai pelanggan yang membeli lebih banyak. Kalau nak tahu, maksimum peratusan bonus ialah 21%! Tapi anda boleh pegi lebih jauh lagi dengan tambahan-tambahan allowance apabila telah layak. Tiada limit untuk jumlah bonus anda. Jangan terkejut, kalau saya cakap ada master yang dah capai lebih dari sejuta sebulan hanya dengan Shaklee! Ya, semuanya pasti.. yang penting adalah teruskan usaha dan jangan berputus harap.

Kenapa sekarang masa terbaik untuk mulakan perniagaan Shaklee

Shaklee sekarang sangat terkenal di Malaysia. Bukan sebab apa, lumrah alam.. kalau dah bagus, kompem cepat naik! So, di sebabkan popularitinya, adalah sanga mudah untuk menjual tanpa perlu menjual. Selalu sangat bila saya baru nak bercerita tentang kebaikan sesuatu produk, orang tu mesti cakap, oh.. saya ade juga dengar dari kawan pasal vitamin X ni. Memang bagus.. bolehla nak cuba. Haa… kan ke itu rezeki free? Tapi, kalau nak mantapkan lagi usaha kita, lebih baik lagi kita amalkan amalan-amalan menjemput rezeki. Macam mak mentua saya cakap bila kiteorang lepak dekat KLIA2, situ punyala banyak kedai, tapi ikut rezeki masing-masingla orang nak masuk yang mana.

So, kena selalu beringatlah, tak kesahla kalau kita dah kenal 100 orang dah menjual Shaklee, tapi rezeki still hak masing-masing. Kita usaha pasti bejaya.  Bulan ni, Ogos, anda masih sempat jika mahu mencuba nasib! Kalau anda berjaya rangkul rank demi rank setiap bulan, maknanya anda akan layak untuk menyertai conference Shaklee di Itali secara PERCUMA! ya.. memang percuma! Semuanya ditanggung oleh pihak Shaklee, tak perlu risau apa pun.

Apa kelebihan mendaftar ahli dengan group iReach>infinity>Maszters

Group ini specialtynya  terletak pada online marketing. Banyak pakar-pakar marketing yang tidak lokek berkongsi ilmu. Dan ukhuwah sesama ahli sangat kuat. Bermacam-macam aktivit group dah pun dibuat demi mengeratkan persahabatan yang berpanjangan. Moto group ialah membantu lebih ramai orang hidup lebih sihat dengan Shaklee.

Cara belajar juga disediakan samada secara online atau offline, dalam kumpulan atau individu. Bergantung pada keadaan. Kepelbagaian cara untuk mengajar membolehkan mereka-mereka yang sibuk dengan pelbagai aktiviti harian juga turut diberi peluang yang sama untuk belajar. Tiada alasan untuk berjaya. Semuanya terletak pada usaha dan doa kita.

Sebetulnya, saya sangat berterima kasih dan bersyukur kerana depertemukan dengan group yang betul. Semuanya di ajar dengan sepenuh hati dan perasaan. Satu ikatan yang sangat indah!

Ahli baru Maszters yang mempunya iPhone boleh memuat turun apps Sukavitamin, yang mana ia digunakan sebagai pemberitahu masa untuk mengambil supplemen, dan pengantara untuk tips-tips kesihatan.

Saya tidak sabar untuk bersama dengan anda.. harapnya kita boleh bekerjasama dengan baik hingga akhir hayat kita.

Cara jadi ahli Shaklee bersama kami

Mudah saja, hanya hubungi saya di email atau telefon no seperti yang disediakan di bawah. Pendaftaran hanya bernilai RM65 untuk membership kit dan kos pos adalah RM10 untuk WM, RM20 untuk EM. Sebaik saja anda berikan bayaran dan butir diri seperti yang dikehendaki, saya akan daftar anda secara online, dan anda akan terus dapat login online untuk menikmati segala kelebihan sebagai ahli. Kemudian, pihak Shaklee sendiri akan pos membership kit tersebut ke alamat yang disediakan dalam masa 1-3 hari bekerja.

Hubungi saya segera di;

Yeen

Tel/SMS: 012-2151970

yeen@sukavitamin.com

Trackbacks

  1. […] saye dah baca selama mencari cara jana pendapatan sampingan dari rumah. Akhirnya, saya tertarik jadi ahli Shaklee kerana ia menawarkan pakej yang paling mudah dan murah untuk […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge