sukaNYA kisah: hatinya tertinggal di Istanbul Marathon part 1

sukaNYA kisah: hatinya tertinggal di Istanbul Marathon part 1

Nov 2014 mencatitkan satu lagi sejarah peribadi buat Mr.Ai. Mungkin tidak ramai yang faham perasaan mereka-mereka yang sudah berlari marathon, jadi aku nak share serba sedikit 😉 Apa yang membuatkan seseorang itu sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehari untuk berlatih, kemudian masuk pula race dan berlari sehabis baik untuk sampai ke garisan penamat?, adakah semata-mata kerana seketul medal? Sudah pasti tidak.

Kadang-kadang aku tergelak kecil mengenangkan kisah-kisah yang diceritakan Mr.Ai sepanjang dia berada di Istanbul Marathon. Ada macam-macam kisah kelakar, dan yang paling tak kan kulupakan ialah kisah perempuan mat saleh! Kata Mr.Ai, dalam keadaan sejuk-sejuk, sibuk dengan beribu-ribu orang disekeliling, ada perempuan mat salleh dengan selamba mencangkung dan kencing di sebelah dia! 😀

Expo Istanbul Marathon

Berlari marathon ni, memang memerlukan latihan yang ketat. Kerana, kalau kita betul-betul mahu sampai ke garisan penamat sebelum masa maksima yang ditetapkan, kita memang perlu berlari. Dan untuk berlari berjam-jam lamanya bukanlah mudah! Ia memerlukan kekuatan mental yang sangat tinggi, dan latihan fizikal untuk menjadikan badan kita mampu dan bersedia.

Perancangan Istanbul Marathon di buat 2 bulan sebelum tarikh. Mr.Ai memulakan latihan pertama pada 7 September 2014 dan menamatkan latihan pada 14 November 2014. Kali ini, giliran geng lelaki PelariStyloYo untuk sama-sama bermarathon, Mr.Ai, SB, YJ, Latif (42.192km) dan yang terbaru, Mr.Omm yang masuk 10km pertamanya di sana. Kapten Syafei yang sepatutnya bersama-sama terpaksa membatalkan niat, kerana race di New York City. Wahh.. dengar pun macam hebat kan? 😀

Expo Istanbul Marathon

Orang ramai di Istanbul Marathon

 

Aku ingat lagi, haritu, lepas ‘meeting’ untuk berbincang tentang Istanbul trip, Mr.Ai nampak gelisah. Rupanya, nak dijadikan cerita, dia sebenarnya tidak sedar yang pendaftarannya sebenarnya tidak lengkap dan tidak disahkan pun!, Lagi 2 minggu tak silap untuk terbang ke Istanbul! Orang lain semua dah dapat nombor bib, dia tak dapat-dapat lagi. Tapi, nasibnya masih baik, walaupun pendaftaran telah ditutup, masih ada peluang untuk pendaftar di hari exco (2-3 hari sebelum race).

Gear check Istanbul Marathon

Gear check Istanbul Marathon

 

Tiba hari ke Istanbul, masing-masing terbang pada waktu berbeza. YJ yang pertama sampai ke apartment yang disewa di kawasan SultanAhmet, sehari sebelum orang-orang lain. Apartment tiada bernama, susah nak direct teksi, dan mengikut cerita, keadaan apartment agak gelap dan seram, tingkat teratas, tiada lift, hanya ada tangga sempit untuk naik/turun. Bekalan air pula kadang terputus tiba-tiba, dan pemanas air? tak payah cerita la.. haha. Memang sadis. YJ lah yang membantu kawan-kawan semua ambilkan bib dan daftarkan Mr.Ai.. Fuhh nasib baik dapat! Kalau tak, memang sia-sia dia mengorbankan tidur dan rehat untuk berlatih selama 2 bulan!

Korang tolonglah jadikan ini sebagai pengajaran ok? Lain kali, pastikan pendaftaran sememangnya lengkap dan mendaftar email pengesahan :) InsyaaAllah satu hari nanti akan saya share cara-cara memilih Marathon event di luar negara dan cara-cara mendaftar.

Carbo-loading di Istanbul

Ok, kembali ke kisah marathon, pada sehari sebelum race, akhirnya geng-geng lelaki semua selamat tiba dan berkumpul. Mr.Ai datang terbang terus dari  Malaysia, sebab sebelum tu dia pulang sekejap untuk urusan penting. SB pulak, yang paling last sampai dari Qatar. Malam tu, dieorang (termasuklah Latif) berkumpul untuk dinner, a.k.a carbo loading. Kalau nak tau, carbo loading ni antara aktiviti paling enak dalam latihan marathon! hahaha.. boleh bedal dan makan apa saja! Tapi kenalah berpada-pada, janganlah makan benda-benda yang memudaratkan pulak :P. Tujuan carbo loading ialah supaya badan cukup tenaga untuk berlari esoknya. Syok kan?

Habis carbo loading, masing-masing balik untuk sama-sama bersiap sedia. Kebiasaannya, pelari-pelari Marathon akan membuat gear check macam gambar bib dekat atas tu, untuk pastikan tidak ada apa yang tertinggal.

Bersambung esok.. lagi kisah lucu di race Istanbul Marathon !

YeeN

-Love.Live. RUN !

Comments

  1. Wah.. menarik ni.. jarang baca blog pasal berlari.. hehe.. saya pun jarang2 berlari.. kalau tengok running man tu selalu la.. hehe.. inspired blog untuk bab2 melarikan diri.. pasni nak slow2 berlari kalo begitu..
    Aretikz recently posted…Kalau Aku Jadi Food BloggerMy Profile

    • Yay.. jom jom! Memang tujuan blog tentang larian ni seboleh-boleh nak bagi semangat pada semua untuk sama-sam berlari! Dari keliling rumah… ke keliling DUNIA! 😀

  2. Huhu..kena double check la lain kali kan…
    Hafizul recently posted…Luka DilukaiMy Profile

  3. Pernah juga alami situasi seperti Mr. Ai. Memang kecut perut..
    Ain Ridzuan recently posted…RASA MACAM NAK MENANGIS BILA KAKI BENGKAK, SAKIT DAN PENUH URATMy Profile

  4. kagum sebenanrnya dengan insan yang gigih bersukan, apatah lagi marathon ni bukan sesuatu yang mudah..
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Leg Cramps (Kejang Kaki) Waktu HamilMy Profile

Trackbacks

  1. […] aku tipu, patutnya sambung cerita semalam, tapi minggu ni aku cam agak busy melatih anak aku sebagai bersediaan dia nak masuk Triathlon […]

  2. […] perasaan sahaja. Tau-tau aku daftar lagi full marathon! Aku berjaya habiskan marathon ke tiga aku di Istanbul dengan peningkatan yang amat membangakan. 4jam 14min. Disini la semangat untuk terus berlari […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge