sukanya pecah rekod larian peribadi untuk Ooredoo Marathon

sukanya pecah rekod larian peribadi untuk Ooredoo Marathon

Jumaat baru ini, aku dan family baru saja menyertai acara larian di Ooredoo Marathon yang menawarkan 6 kategori larian, Full Marathon 42.2km, Half Marathon 21.1km, 10 km, 5km, 3km dan 1 km. Sebagai sebahagian dari latihan persediaan untuk ke RAK Half Marathon dan Rotterdam Marathon nanti, Mr.Ai ambil half marathon. So, jadilah acara trio ‘slow run’ antara dia, SB dan Latif. Slow la sangat! Still, masih mampu menghabiskan larian yang dikatakan slow dalam 2 jam 4 minit. Tekanan aku tengok hahaha. Apa-apa pun, tahniah, diaorang memang dah semakin mantap dalam larian, maka pace pun dah smakin laju. Memang terbukti training plan yang diikuti menjadi. Maqeel dan Myra pulak, masuk 1 km, dan aku 10km.

Ooredoo-marathon-psy

Ini merupakan pertama kali aku berlari dengan penuh perasaan suka. Sebelum ini, jujur aku katakan, aku berlari memang main-main. Kerana aku tidak pernah minat berlari. Aku selama ini hanya menganggap larian sebagai suatu hobi sampingan, saja nak join kawan-kawan, sebab nak lari di luar negara seperti di Paris, maka aku lakukan secara suka-suka, tiada target khusus, asalkan habis lari sudah. Bab training pulak, dulu, bila rasa nak lari, aku lari.. tiada siapa boleh paksa, termasuk diri sendiri, jadi training memang kelaut.. yang aku hanya buat, ialah larian jauh dihujung minggu bersama kawan-kawan, itu pun banyak diskaun haha. Tetapi, bermula selepas aku balik dari Malaysia Disember lalu, persepsi aku sudah berubah, aku tiba-tiba seperti diberikan semangat baru. Aku jadi suka dengan larian, maka aku mahu lebih serius dalam melatih diri untuk improve.

Pengalaman yang tidak boleh dilupakan di Ooredoo Marathon

Pada acara larian Ooredoo lepas, aku dapat rasakan perbezaan ketara pada diri, apabila aku terus-terusan memaksa diri untuk maju ke depan. Bila terasa mahu slow down, aku terus-terus fokus pada satu target: pecahkan rekod sebelum ini! Targetku ialah untuk habiskan 10 km larianku pada 1jam 15minit. Pesanan coach Syafie memang terngiang-ngiang dikepala ‘Mula-mula lari 1-2km pertama as warm up, lari dalam heart rate 165, lepas tu baru pecut 175-180.. pikir race ni, anggap badan tu macam kereta lama, kasi all-out sampai lunyai!’. Jadi, setiap kali aku terasa nak slow down, aku kuatkan diri, aku push dan terus push. Dalam otak sentiasa fikir ‘New PB! New PB(Personal Best)! 1jam 15minit!’.

Yeen-PB-Ooredoo-MarathonTak disangka-sangka, selepas kilometer kedua, apabila aku tambahkan kelajuan, aku mampu memotong Nikki dan Bulat. Aku cuba gagahkan untuk maintain pace larian agar aku tidak ketinggalan jauh kebelakang dari diaorang. Pada aku, pace diaorang sudah cukup bagus untuk bantu aku capai target, jadi aku kena at least lari sama atau jangan terlalu jauh beza. Jadi, setiap kali Nikki cuba nak potong, aku cuba sehabis baik melajukan balik larianku, sebab aku tahu, bila dia berjaya potong, bermakna, aku akan tertinggal. Tetapi, pada 2 kilometer terakhir, kakiku mula lemah, heart rate pun semakin tinggi, jadi terpaksa slow down sedikit. Nikki melangkah kedepan, kemudian dipotong lagi oleh Sukiman (rakan satu ofis). Ok fine, ini kali aku lepaskan! 😛

Tiba di garisan penamat, aku mematikan jam larian, 1:09! Biar betul? Takkanla? Yang aku target 1 jam 15 minit jer.. Berkali-kali aku tanyakan pada Hani.. betul ke ni Hani? Tak sangkanya! Rekod aku sebelum larian Ooredoo hanyala 1jam 20 minit! Yelah, yang tu adalah rekod diriku yang lama, yang suka main-main. Aku hanya lari pada kelajuan yang sangat slow dan steady – memang tidak ada rasa nak push diri punya pace hehe. Tetapi, kali ni, bila aku terasa nak push diri, dengan tidak disangka-sangka aku berjaya capai lebih dari target! 11 minit improvement! Not bad la kan? Alhamdulillah! Aku bangga dengan diri sendiri :)

Benarlah kata orang, usaha tangga kejayaan.

Aku saja nak share persiapan seminggu sebelum larian, sebab aku dah sedar akan kepentingan larian, beberapa minggu sebelum race, aku cuba melengkapkan latihan seperti yang dicadangkan, 3 kali seminggu, interval, long run dan sebagainya. Aku juga turut mengamalkan pengambilan supplement semulajadi coQ health tablet yang dikatakan sangat bagus untuk kekuatan jantung, untuk meningkatkan prestasi sukan. Memang dah beberapa kali terbukti pun. Bila aku ambik, memang terasa beza. Malam sebelum tido, aku amalkan ambil set sendi yang mengandungi glucosamine dan kalsium, untuk mengelakkan sakit lutut dan sebagainya. Alhamdulillah, sampai hari ini, tak ada masalah kesihatan lagi.

Jatuh hari race pulak, sebelum pergi berlari, aku minum dulu segelas shake protein. Memang tektik aku menjadi. Hari race, bilamana kawan-kawan lain terasa lapar dek kerana delay sejam lebih untuk dilepaskan berlari, aku hanya rileks, tiada rasa lapar langsung. Dan aku yang kekurangan latihan disebabkan bermula agak lewat, masih mampu untuk berlari dengan penuh tenaga sambil memecahkan rekod sebanyak 11 minit! Alhamdulillah. Semuanya semestinya berlaku seiring dengan izinNYA.

InsyaaAllah, usaha untuk memperbaiki larian peribadi akan diteruskan, kerana aku baru je register Full Marathon Madrid April 2015. Memang takut, gentar dan cuak. Tetapi aku bersedia, kerana aku sudah bosan menjadi manusia biasa-biasa!

Yeen

.Love.Live.RUN !

Comments

  1. Saya lari tak sampai 1 km dah pancit. hahaha
    adarain recently posted…Drama Korea Paling Best 2014My Profile

    • Hehe dulu i camtu jugak.. Tapi with training, Alhamdulillah.. Boleh berlari tanpa henti sejauh 21km dah sekarang 😉
      Jomla try slow2..

  2. Congratulations Yeen. You are making so much progress lately. It was a great start for 2015. Keep up the good work.

    Remember training for marathon is hard but it is not impossible. Always remember why you do it. Running is easier when you have reason to do it.
    Syafei recently posted…Syafei’s 0:54 h Cycling Move #SuuntoRideMy Profile

  3. wow..tahniah!kalau saya berapa jam la baru habis agaknya..hehe
    memang ramai atlet yang amalkan supplement untuk boost energy & health..good luck utk full marathon madrid ye..:)
    Mummy Dina recently posted…Ragam Anak-Anak Di hari Pertama PersekolahanMy Profile

    • Terima kasih Mummy Dina.. InsyaaAllah.. Dengan supplement, training dan semangat boleh habiskan lebih cepat dari yang kita sangka 😉

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge