sukaNYA terpilih untuk New York Marathon November 2015!

sukaNYA terpilih untuk New York Marathon November 2015!

First off, sorry korang.. sepanjang minggu ini aku agak teralih fokus kerana dalam proses untuk mengeluarkan sports attire sukaRUN yang pertama dipasaran. Jeng jeng jeng.. korang tunggu k? Sure meleleh nak nanti hehehe.. insyaaAllah. Dalam busy tu, tiba sudah 3 March 2015 yang dinanti penuh debaran. Kenapa?

New York Marathon merupakan salah satu ‘elite’ event di dunia, antara yang terbesar dan menjadi rebutan beratus-ratus manusia di seluruh dunia. Untuk masuk, memerlukan samada rekod catatan masa yang memenuhi kriteria, atau menerusi cabutan ‘ballot’ yang di buat setahun sekali. Kira macam lucky draw la. So, tarikh 3 March tu diaorang umumkan siapa yang bertuah dan terpilih. Daripada beratus-ratus ribu orang di dunia yang cuba, hanya 14 326 orang sahaja yang terpilih!

New York Marathon 2015

 

Ok, aku register dekat sini, so kalau korang pun nak cuba nasib tahun depan, boleh la daftar bila dia buka nanti ok? :)

Memang agak terkejut dan tak sangka sangat bertuah terpilih untuk masuk, dannnn yang lebih memeranjatkan ialah, Mr.Ai pun turut terpilih! ‘What are the odds?’ orang puteh kate hehe. Alhamdulillah, memang sangat bersyukur, sebabnya aku daftar masuk New York Marathon 2015 dengan harapan ia sebagai my first, one and only full Marathon. Tapi sekali, si Pie baik punya racun, cakap nanti menyesal la, sebab route New York agak susah, better masuk marathon mana-mana yang lain dulu sebagai latihan persediaan, maka terjebaklah aku mendaftar untuk Madrid Marathon! Ha.. itu kisahnya..

Jadi, Madrid Marathon bukanlah aim utama aku tahun ini. Legaaa dapat New York, kalau tak, sia-sia je aku buat Madrid Marathon nanti hahaha. Minggu ni dahla latihan larian bakal meningkat ke 25km hehehe tepuu. Takpa, stay positive! Nantikan update aku ok?

Saja je nak share berita gembira ni, so satu hari nanti, bolehla anak-anak aku baca balik blog ni, dan teringat, napa la Mommy ni asek-asek pergi berlari!  Rupanya untuk tujuan latihan ke arena antarabangsa! Chewahh 😀

As I said before, Marathon lah satu-satunya peluang untuk sesiapa saja, atlit or not, untuk berentap bersama-sama di arena local atau antarabangsa. So, kalau fefeling nak wakil negara macam kiteorang ni, bolehlah register haha.

sukaRUN! dari keliling rumah, ke keliling DUNIA!

Yeen 

Comments

  1. Hebatnya dapat ke peringkat antarabangsa tu. Saya ucapkan selamat berjaya dan dapat bawa pulang hadiah nanti. :)
    Nik Thoha recently posted…Kelebihan Menggunakan WordPressMy Profile

  2. Wow….tahniah… semoga berjaya!!!! hehehee
    miera recently posted…The Sexiest Way To Strip Him Down (only for married women)My Profile

  3. Woow best la.
    Dari keliling rumah ke keliling dunia.
    Terbaik la akak.
    AZENI AHMAD recently posted…Rumah Untuk Dijual Teres 2 Tingkat Di Saujana Utama, Sungai BulohMy Profile

  4. Masih lama lagi kena persiapkan diri supaya bisa fit saat marathon itu
    islam di dadaku recently posted…Ingatlah Sang Pemutus Segala KelezatanMy Profile

  5. Fuyooo! Bila tu kena lari?

    • 1 November.. tapi as part of persiapan nak ke sana, I nak cuba lari my first marathon di Madrid 26 April ni.. doakan ye :)

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge