Pengalaman sukaRUN keliling Madrid Marathon dan itinerary lengkap bahagian III

Pengalaman sukaRUN keliling Madrid Marathon dan itinerary lengkap bahagian III

Bersambung dari kisah part II.

Sabtu pagi, 25 April 2015

Kami semua bangun awal untuk menikmati sarapan di hotel. Best jugak breakfast hotel tu, macam-macam makanan disediakan. Bagi yang muslim, bolehla pilih untuk makan roti-roti, cereal atau churros, sejenis pencuci mulut yang di makan bersama dengan hot coklat. Macam yang di cadangkan coach Sarah, seminggu sebelum race Marathon lagi kita dah boleh start makan karbohidrat (Carbo loading) yang lebih sikit dari biasa, tapi bukanlah bermaksud makan sampai kembung.

Petit-Palace-Savoy-Alfonvo-IV breakfast

Petit-Palace-Savoy-Alfonvo-IV breakfast

Churros-dan-hot-chocolate

Churros cicah hot chocolate

suka Segway keliling Madridco !

Selesai bersarapan, kami bersiap dan terus ambil teksi ke metro station Opera, sebagai tempat perjumpaan untuk menikmati pakej perlancongan dengan Segway Madrid. Aku dah siap-siap booking pakej ni seminggu sebelum ke Madris untuk kami berenam. Yup, lengkap sikit perjalanan Madrid kali ni, sebab nak mengoptimumkan masa yang singkat di sana dengan cover sebanyak aktiviti dan tempat menarik yang boleh.

berjalan-jalan menggunakan segway sekeliling Madrid

berjalan-jalan menggunakan segway sekeliling Madrid

Ini kali kedua aku ambik pakej yang menggunakan Segway, first time dulu masa lepas HM Chiang Mai, memang world! Terbaik untuk jaga kaki sambil berjalan-jalan tengok tempat menarik dengan secara lebih dekat dan jimat masa. Pakej Segway Madrid yang kami ambil untuk 150 minit berharga EUR 59. Masa booking dia cuma ambil bayaran EUR15 sebagai deposit.

segway-pic-cun-temple-de-debod

Antara tempat-tempat menarik yang dibawa dengan Segway ialah Plaza España, Temple of Debod, Cathedral of Almudena, Royal Palace, Royal Theather, Iglesia de Santiago, Plaza de la Villa, Mercado de San Miguel, Plaza Mayor, Puerta del Sol, Monasterio de las Descalzas Reales dan Plaza de Callao. Segway ini sangat mudah nak dikawal, jadi jangan risau sangat nak naik, anda akan diberi sedikit penerangan dan latihan tentang cara-cara mengawal sebelum tour bermula, mudah dan seronok sangat! Lepas cuba kompem nak lagi :)

Kiteorang masa main-main segway ni dah macam budak kecik, duk berlumba la, ambik gamba sambil racing la.. padahal dah di warning pakcik Carlos (tour guide) awal-awal lagi jangan ambik gamba sambil bergerak hehe. Nak dijadikan cerita, kisah kelakar masa round-round tu, ada pulak yang tergolek jatuh sebab cuba elak seorang makcik yang terperanjat masa dia tiba-tiba muncul untuk belok berjalan ke arah segway. Makcik siap gelakkan lagi! Hai la nasib badan.. tapi taknak la cite sape yang jatuh tu hehehe.

posing dulu

posing dulu

Paella seafood di Miguel Market

Agaknya kami ni antara kumpulan yang terlalu banyak berhenti ambik gambar, sampai ada jugak tempat menarik yang tidak sempat dibawa macam Plaza Mayor. Tapi tak kisah la, yang penting semua enjoy dan seronok jalan-jalan. Pakej ni termasuk berhenti makan tengah hari percuma di Pasar Miguel. Kami diberikan seafood paela, yang sangat-sangat sedap! Di Miguel market ni banyak gila stall menjual makanan, jadi untuk siapa-siapa yang sukakan food adventure, aku sarankan pergi dan cuba.

Selfie seround sebelum makan paela seafood

Selfie seround sebelum makan paela seafood

Selesai makan tengah hari, kami terus kembali ke pejabat Segway Madrid untuk memulangkan segway dan bersurai. Terasa sangat tak cukup! Kami meneruskan berjalan kaki pula di sekitar untuk menuju ke Plaza Mayor, mencari cenderahati dan sandwich Calamari yang dikatakan paling sedap dan popular di Madird. Kami turut order Paela seafood sekali lagi untuk sesi carbo loading (masa tu jam 4, masih terlalu awal, tapi timing dah agak lari sebab lunch yang dibagi masa tour segway tadi).

 

Calamari sandwich

Calamari sandwich

 

Paela seafood

Paela seafood

 

Plaza-Mayor-calamari-sandwich

PSYMadridgirls yang kelaparan

 

Kalau korang jalan-jalan sana, dan buntu taktau nak carik apa sebagai souvenir, boleh cuba cadangan-cadangan cenderahati yang boleh dibeli di Madrid atau di Sepanyol:

  1. Fridge magnet
  2. Apron berupa Flamenco skirt ropol-ropol
  3. Keychain
  4. Barangan kemas bersadur black gold
  5. Saffron
  6. Kipas flamenco
  7. CD Lagu Flamenco
  8. T-shirt
  9. Barangan seramik
  10. Pans Paella – untuk masak paella secara tradisional.

Selesai berjalan-jalan sekitar Plaza Mayor dan kawasan berhampiran, jam 6 lebih, kami terus ambil teksi pulang ke hotel untuk berehat. Di hotel, untuk sesi carbo loading, kami hanya order room service – pasta margerita, sebab semua dah taknak keluar untuk bersedia untuk race keesokkanya.

Aku yang tah tak tahu kenapa tah, duduk mengatur gear check awal-awal lagi. Bukan apa, aku tak berapa pasti apa nak dibawak esok, jadi aku susun je la siap-siap, boleh jugak settle bab gamba dan terus mandi dan tidur. Haha, mungkin tindakan seorang yang nebes first time nak Marathon esok kot? 😀

 

Gear check untuk race Madrid Marathon esok!

Gear check untuk race Madrid Marathon esok!

Ok done! Memang awal gila aku siap, tapi lega, at least dah boleh rehat-rehat dan tenangkan minda untuk race esok. Yang peliknya, aku tidaklah rasa takut sangat, aku hanya tenang, pelik jugak, tapi mungkin sebab aku dah set, anggap macam nak pergi LSD, jadi pasti boleh habiskan dalam masa yang diberikan, buat yang terbaik!

Tips yang aku gunakan untuk persediaan dan larian esok dari coach Syafei dan Hani; setiap 5 km dari permulaan race, makan Perpetum, lepas tu 25km, 30km dan 38km makan Gel. Setiap 1 jam makan electrolyte. Siang dan malam sebelum race pun dah siap-siap minum air electrolyte, kalau takde boleh cuba cari Powerade, sedap! Then tidur awal untuk berehat secukup-cukupnya, dalam jam 8 malam dah kena baring! haha.

Malam tu mimpi yang indah-indah!

Bersambung part IV dengan kisah pahit manis ‘Madrid Marathon race day!’. Sementara tu, jom layan video Segway around Madrid.

Segway-madrid-travel-sukarun from sukarun on Vimeo.

 

-yEEn-

sukaRUN!

dari keliling rumah, ke keliling Madridco! Hola!

Comments

  1. Hi, yeah this post is truly pleasant and I have learned lot of things from it
    on the topic of blogging. thanks.
    Jeremy recently posted…JeremyMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge