Sukanya latihan Marathon minggu 2: Kisah lebai malang bertukar ceria!

Sukanya latihan Marathon minggu 2: Kisah lebai malang bertukar ceria!

Selesai sudah minggu ke dua latihan Marathon untuk Madrid April 2015 nanti. Kali ni aku agak pelik, aku sudah tidak rasa susah ataupun payah untuk keluar buat latihan. So far la.. harap-harap semangat ini kekal begini sampai habis.. bak kata sifuku ‘Orang berjaya, dia lakukan sesuatu.. buat yang terbaik, sampai habis!’ ;D

Sebelum ni, sejujurnya, aku tak pernah buat latihan interval!

Inspired to inspire

Sesi 1 – Isnin

Dimulakan dengan larian interval di Al-Saad stadium yang mempunyai track larian, maka agak mudah untuk berlari jarak pendek. Tidak seperti sebelum ini, semakin kurang orang yang sama-sama join berlari. Tapi Alhamdulillah masih ada yang sudi teman. Keadaan malam tu sangat sejuk, sesi panaskan badan pun macam tidak memberi makna langsung. Kami mulakan larian interval, ni macam sekejap pecut, sekejap perlahan, untuk melatih kekuatan jantung, jadi lama-lama nanti kita akan memiliki heart rate yang lebih rendah walaupun dalam keadaan laju dari kebiasaan. Larian interval yang dilakukan ialag 4 kali 800 meter pada kadar pecutan effort 3 dengan 400 meter pada kadar ‘rehat’. InsyaaAllah, akan aku cerita lanjut tentang effort dan kadar rehat dalam e-book 😀 Doakan berjaya siap ya kawan-kawan..

Larian di Ceremonial Road

Beware of cylist

 

Sesi 2 – Rabu,

Sekali lagi, makin kurang orang yang berlari bersama-sama seiring sejalan. Disebabkan sambutan yang kurang, kami hanya lari di Ceremonial Road (CR) berhampiran dengan rumah. Jalan situ memang agak sunyi, dan tiada pemandangan menarik langsung! Tapi kalau sekadar nak berlari untuk mencukupkan latihan, CR adalah pilihan yang baik. Sesi 2 agak pelik, nak kata macam pyramid, ada jugak yang macam bukan. Tapi apa yang penting ialah untuk fokus pada heart rate. Larian 5 minit pada effort 1, 10 minit effort 3, 3 minit effort 4 kemudian turun kembali 10 minit effort 3, 3 minit effort 4, 2 minit effort 2 dan akhir sekali 3 minit effort 3. Lepas tu, orang arab kata.. Khalas!

Latihan Marathon minggu 2

Mr.Ai bersedia untuk latihan larian 25 km!

 

Sesi 3 – Kisah lebai malang,

aku menjadi serba-salah, apabila di ajak berlari oleh kawan-kawa se-Marathon Madrid. Aku terpaksa memilih antara pergi berlari atau ke tempat memancing untuk piknik. Sekali terlajak tidur, dan akhirnya tidak dapat kedua-duanya sekali! 😀 Memang lebai malang!

Tapi, sebab dah standby bahan-bahan untuk masak nasik lemak, aku fikir, alang-alang tu, baik la gi piknik di taman Aspire ke, boleh jugak aku tenangkan fikiran, atau lari ke.. atau sekadar beri peluang pada anak-anak untuk menikmati piknik di musim sejuk… lama dah tak buat, asyik lari je keje kan. Haha..  Jadi pagi tu, terus Whatssap kawan-kawan yang ku rasakan free dan ajak pergi piknik adhoc. Jadilah piknik tergempar hahaha. Boleh tahan jumlah makanan yang ada!

Piknik di Aspire

 

Lagi kisah lebai malang

Kalau nak tahu, Sabtu lepas (24 Jan) patut berlangsung sesi Color Run Qatar, dengan 5000 orang pendaftaran. Tetapi, disebabkan perintah berkabung yang dikeluarkan untuk 3 hari (sempena kemangkatan Sultan Saudi), upacara larian itu terpaksa ditangguhkan. Sampai sekarang masih menanti tarikh penundaan! Memang agak kelam kabut untuk batalkan sesuatu yang sangat-sangat hampir, malam Jumaat tu baru terima email sahih!. Tak tahulah apa nasib mereka-mereka yang tidak alert pada email atau fb!

Kebetulan, petang itu, AK menjemput kami ke tea party. Jadi, untuk make use of barang-barang props yang dah dibeli, kami cadangkan pada AK agar semua kami memakai tutus Color Run Qatar. Dan mommy-mommy yang gila-gila ni bersetuju. Jadilah kisah lebai malang bertukar ceria 😀

Dan selesai semua, malam Sabtu itu jugak, aku berlari berseorangan disekitar compound rumah selama 1 jam 30 minit 5:5 walk/run.  Mr. Ai pulak ke CR untuk larian 25km berseorangan! Gila! hahaha.. Yang penting, selesai juga latihan minggu ke 2 dengan jayanya! Yay!

Color Run Qatar postponed

 

Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan lagi usaha kami yang tak seberapa ini!

-yEEn-

.Love.Live.RUN!

Comments

  1. seronok dapat bermaraton sambil kembara sihat bersama keluarga.
    Dr Fattah recently posted…Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

  2. Hi , I’m a local Qatari female and I love running do you think I can join you ?

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge